BolaStore.com - Jersi Bolasepak Malaysia Original!

Keputihan atau Leukorrhea: Masalah Yang Sering Dialami Wanita

Leukorrhea atau keputihan merupakan sejenis masalah atau pun penyakit yang sering dialami oleh kaum wanita. Penyakit ini tidak harus dipandang remeh kerana jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan ia boleh menyebabkan masalah dalaman yang lain seperti frigid dimana vagina menjadi kurang sensitif atau kurang peka pada sentuhan.. Selain itu ia juga boleh menyumbang kepada  kemandulan jika dibiarkan berlanjutan pada tempoh masa yang lama.

Jamu untuk keputihan

Tumbuhan herba telah lama digunakan untuk menangani masalah ini. Ramuan ini telah diamalkan sejak turun temurun dan terbukti berkesan menjadi penawar untuk keputihan. Bahan- bahan yang diperlukan untuk rawatan ini ialah:

  1. 10 helai daun beluntas(pluchea indica)

  2. Temu kunci (Kaemferia pandurata)

  3. Temu lawak (curcuma manthoriza)

  4. kayu rapat

  5. Kunyit hidup (curcuma domestica)

Bahan-bahan diatas diricih (dipotong nipis-nipis) dan dimasukkan ke dalam periuk berisi 1 liter air. Campuran ini direbus hingga mendidih dan airnya tinggal 1/3 dari kandungan asal (330 ml). Air ini hendaklah diminum sekali sehari. Setiap kali hendak diminum air ini akan dipanaskan dan dibiarkan hingga suam.

Sirih (piper betle) juga telah terbukti dapat mengurangkan dan merawat masalah keputihan. 10 – 20 helai daun sirih diramas keadalam sebesen air dan air ini digunakan untuk mencuci bahagian sulit setiap kali selepas membuang air kecil. Ia juga boleh direbus untuk mendapatkan kesan yang optimum.Selain mampu merawat keputihan ia juga akan menghilangkan kegatalan dibahagian alat sulit yang selalunya disebabkan oleh bakteria. Ini kerana sirih mengandungi fenol yang merupakan antiseptik yang kuat.Minyak pati yang terdapat dalam daun sirih juga mempunyai bau yang wangi yang dapat menghilangkan bau yang tidak menyenangkan pada vagina . Air rebusan daun inai (lawsonia inermis) juga boleh digunakan dengan cara yang sama iaitu sebagai bilasan selepas setiap kali membuang air kecil

Filed Under: Info!

Tags: , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.

 

Artikel Terkini di PanduanPercuma.info

No thumbnail available

Hayati Erti Sebenar Korban Dalam Islam

June 18th, 2013

Umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Haji / Hari Raya[...]


Fahami Tujuan Perkahwinan Dalam Islam

Fahami Tujuan Perkahwinan Dalam Islam

June 16th, 2013

Pembentukan keluarga itu bermula dengan perkahwinan. Perkahwinan itu mempunyai tujuan dan matlam[...]


Teknik Persembahan atau Presentasi Yang Berkesan

Teknik Persembahan atau Presentasi Yang Berkesan

June 14th, 2013

Teknik persembahan adalah sebahagian daripada ilmu komunikasi. Komunikasi itu sendiri adalah penyamp[...]


Hidup Tanpa Seks

Hidup Tanpa Seks

June 12th, 2013

DIANGGARKAN satu peratus daripada penduduk di dunia terdiri daripada mereka yang hidup tanpa seks da[...]


Mutiara Kata Khalil Gibran – Bhg II

Mutiara Kata Khalil Gibran - Bhg II

June 9th, 2013

Berikut adalah sambungan kepada artikel sebelum ini iaitu koleksi mutiara kata terpilih daripada[...]


This site is protected by WP-CopyRightPro 17 queries in 0.999 seconds.