Khasiat Halba Untuk Kesihatan

Halba atau Hulbah ialah tumbuhan yang tergolong dalam famili Fabaceae. Ditanam di seluruh dunia sebagai tanaman separa gersang, ia digunakan sebagai kedua-dua herba (daunnya) dan rempah (bijinya). Hulbah juga sering digunakan untuk memasak kari. Perkataan bahasa Melayu, “halba”, berasal daripada nama bahasa Arab, “Hilbeh” Nama saintifiknya Trigonella foenum-graecum.

Negara pengeluar halba yang terutama termasuk: India, Argentina, Mesir, Perancis, Sepanyol, Turki, Maghribi dan China, dengan India merupakan pengeluar yang terbesar di dunia. Negeri Rajasthan mengeluarkan 80% daripada jumlah pengeluaran di India, dengan negeri-negeri pengeluar utama yang lain termasuk Gujarat, Uttaranchal, Uttar Pradesh, Madhya Pradesh, Maharashtra, Haryana, dan Punjab.

Rasulullah saw bersabda :

” Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup
tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas
(Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau menganjurkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa’. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

” Gunakanlah Halba sebagai ubat”
( Qamus Al-Tibb Ahad Qodamah-Mesir)

KEGUNAAN HALBA

1. Diminum sebagai teh untuk

2. Teh Halba + Madu

  • Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
  • Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh

  • kecergasan
  • kekuatan badan
  • Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu

  • Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

  • Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.
  • Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

*

*


× eight = 72

 

[corner-ad id=1]
Top This site is protected by WP-CopyRightPro