Pengasas Apple Steve Jobs Meninggal Dunia

Pengasas Apple Inc, Steve Jobs, telah meninggal dunia awal pagi tadi, Rabu 5 hb Oktober, 2011. Beliau meninggal dunia setelah sekian lama bergelut dengan penyakit kanser pankreas.

Lembaga pengarah Apple telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengesahkan kematian Steve Jobs. Paparan pada laman web Apple Computer telah meletakkan tribute tentang kematian Jobs.

Dilahirkan di San Francisco, California pada 24hb Februari, 1955 dan merupakan anak pasangan Joanne Schieble and Abdulfattah Jandali (seorang imigran Syria). Beliau bagaimana pun tidak pernah mengenali bapanya kerana diambil sebagai anak angkat kepada Paul and Clara Jobs sejak lahir.

Mendiang berumur 56 tahun dan telah meletakkan jawatan sebagai ketua eksekutif Apple atas sebab-sebab kesihatan pada bulan Ogos lepas.

Dilihat sebagai seorang yang inovatif dan kreatif dalam membangunkan produk-produk yang berjaya menguasai pasaran global. Malah beliau dianggap ramai sebagai “the great visionary” yang tiada pengganti sehingga kini. Beliau dianggap sebagai ikon terhebat era kini yang tiada tolok bandingnya dengan tokoh-tokoh IT yang lain seangkatan dengannya.

Antara produk-produk yang diilhamkan oleh Jobs setelah kembali semula ke Syarikat Apple pada pertengahan tahun 1997 ialah iMac, iPod dan iTunes, iPhone, iPad dengan yang terkini dilancarkan ialah iPad2 dan yang bakal dilancarkan iPhone5.

iPod dan iPhone: Antara produk Apple popular yang menggegarkan dunia

Adakah era kegemilangan Apple Inc akan merudum setelah kematian Jobs?

 

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*