Keputusan SPM 2011 Maahad Muhammadi Lelaki Dan Perempuan

Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) dan Maahad Muhammadi Lelalki berjaya mengekalkan keputusan 100 peratus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang diumumkan hari ini.

Seramai 24 pelajar MMP mendapat semua A berbanding 18 orang pada tahun 2010. Manakala calon mendapat 12A seramai tiga orang.

 

Pelajar terbabit iaitu Aisyah Nazurah Ubaidah (10A+, 2A), Nazihah Mohd Daud (7A+, 5A) dan Nur Mardia Mazri (7A+, 5A).

 

Manakala pelajar yang mendapat 10A+ iaitu Izzah Hameeda Zamani (10A+, 1A) dan Aisyah Nazurah berbanding tiga orang pada 2010, manakala calon mendapat 9A+ seramai 4 orang berbanding 2 orang pada 2010.

 

Pengetua MMP, Ustaz Mohd Mansor Daud berkata, seramai 23 pelajar mendapat 11A berbanding 14 pelajar (2010), manakala 15 pelajar mendapat 10 A meningkat berbanding 11 pelajar pada 2010.

 

“Calon mendapat 9A pula seramai 18 orang. Jumlah calon mendapat 9 A dan ke atas seramai 57 orang berbanding 54 pelajar pada 2010,” katanya ketika mengisytiharkan keputusan peperiksaan tersebut.

 

Menurutnya pencapaian tersebut merupakan yang terbaik dan tertinggi setakat ini. Seramai 391 pelajar MMP menduduki peperiksaan SPM tahun lepas.

 

Manakala seramai enam pelajar Maahad Muhammadi Lelaki mendapat 11 A. Pelajar terbabit iaitu Afif Akram Jusoh dan Abdul Muhaimin Hamzah masing-masing mendapat 10A+1A.

 

Turut mendapat keputusan 11 A, Ameer Firdaus Zulkifli, Muhammad Aiman Abdullah, Nik Mohd Masri Nik Mohd Manan dan Mohd Ikhwan Zulkifli.

 

Sekolah terbabit turut mengekalkan keputusan 100 peratus dalam peperiksaan tersebut. Seramai 248 calon menduduki peperiksaan berkenaan.

 

Keputusan peperiksaan itu diumumkan mudirnya, Ustaz Che Kamarudin Kamil Mohamed.

 

Ekoran kejayaan itu enam pelajar berkenaan mendapat cenderahati khas dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) sekolah berkenaan sebanyak RM100 seorang.

 

Kamaruddin berkata, sekolah berkenaan mencapai peningkatan sebanyak 41.12 peratus berbanding sebelumnya 31.1 peratus.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*