Awas! Lolipop Beracun – Lolipop Pendafluor Bertoksik

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan Lolipop Pendafluor Beracunmengharamkan segera penjualan lolipop pendafluor (fluorescent lollipops) kerana didakwa mengandungi bahan-bahan bertoksik.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris mendakwa, batang pendafluor itu mengandungi bahan-bahan kimia bertoksik yang boleh ditelan oleh kanak-kanak jika kimia cecair dalam batang itu merembes keluar.

“Ujian Institut Kebangsaan bagi Menguji Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Vietnam menunjukkan batang plastik lolipop berkenaan mengandungi ftalat dan Poly aromatic carbon (PAH).

“Ftalat ini bertindak sebagai pelarut untuk PAH dan gabungan kedua-dua bahan kimia tersebut menimbulkan tindak balas oksigenan dan menghasilkan sinaran cahaya yang menarik pada batang tersebut.

“PAH merupakan sejenis bahan kimia yang amat toksik yang biasanya digunakan hanya untuk tujuan industri seperti mencairkan cat dan ia boleh menyebabkan kanser atau mutasi gen dalam manusia,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

S.M. Mohamed Idris seterus mendakwa, CAP berasa bimbang kerana tinjauan pihaknya mendapati lolipop pendafluor amat digemari oleh kanak-kanak masa kini dan lebih membimbangkan ia turut dijual oleh vendor di hadapan sekolah.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*