Kitab Injil Dengan Nama Nabi Muhammad Ditemui Di Turki

Sebuah Kitab Injil yang dikatakan Asli yang mana di dalam mengandungi satu “prophecy” atau “ramalan” menyatakan akan turun Nabi Muhammad saw ke atas muka bumi ini selepas Nabi Isa as, ditemui dalam sebuah operasi anti-seludup yang dilakukan oleh polis Turki pada tahun 2000.

Ketika ditemui Kitab Injil Dengan Nama Nabi Muhammad ini cuba diseludup keluar dari Turki. Ianya dijaga dan disimpan secara rahsia oleh kerajaan Turki selama 10 tahun sehinggalah berita ini didedahkan oleh kerajaan Turki  pada tahun 2010. Selama 10 tahun itu, kerja-kerja pemuliharaan dilakukan terhadap Kitab Injil Asli tersebut. Ia akhirnya diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara untuk dipamerkan kepada orang awam.

Kitab Injil Dengan Nama Nabi Muhammad ini dibuat dari kulit binatang dan ditulis tangan dengan dakwat emas menggunakan bahasa Aramaic, iaitu bahasa ibunda Nabi Isa as. Kitab ini dikatakan mengandungi ajaran awal Nabi Isa as dan juga ramalan akan kedatangan seorang nabi selepas Nabi Isa as.

Pope Benedict XVI didakwa ingin melihat sendiri kitab berusia 1,500 tahun itu, yang mana ramai mendakwa yang ianya adalah kitab asli Gospel of Barnabas.

Kitab Injil Dengan Nama Nabi Muhammad Bernilai £14 Juta

 

Pihak Vatican turut menyatakan hasrat untuk melihat sendiri Injil ini bagi memastikan ketulenannya. Ramai ahli arkaelogi menyangkal kesahihannya kerana ianya ditulis 500 tahun selepas kewafatan Isa A.S.

 

Jika Kitab ini benar-benar ASLI, satu salinan muka surat dari manuskrip kuno ini dijangkakan bernilai £1.5 juta.

 

Sumber: dailymail.co.uk : Kitab Injil Dengan Nama Nabi Muhammad Di Dalamnya Ditemui Di Turki?

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*