Buku : Pelajar Bertanya Prof. Dr. Muhaya Menjawab

Pelajar Bertanya Prof. Dr. Muhaya Menjawab

Jika anda peminat setia radio IKIM, anda sudah tentu amat mengenali Profesor Dr. Muhaya Hj Mohamad melalui slot “Islam Itu Indah”. Pakar Mata dan Pakar motivasi ini begitu rendah diri memberi ilmu, memberi panduan rohani kepada semua pendengar termasuk juga pelajar.

Dalam era serba moden ini, bergelar pelajar menuntut kekuatan dari pelbagai sudut. Bukan sekadar mental, spiritual, dan emosi, malah fizikal juga perlu kuat. Tiada individu yang terkecuali, tidak kira siapa pun dia.

Pelajar Bertanya Profesor Doktor Muhaya Menjawab diilhamkan daripada persoalan dan pengalaman yang diajukan kepada Profesor Doktor Muhaya, selama beliau berkhidmat sebagai doktor sehingga sekarang.

Buku ini merangkumi aspek:

  • Pelajaran
  • Fesyen
  • Perhubungan
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Dilema dalam Diri
  • Persahabatan
  • Politik
  • Disiplin

Dengan tagline ‘Celik Mata, Reset Minda,’ Profesor Doktor Muhaya sentiasa menarik para pendengarnya dengan kata-kata yang penuh inspirasi. Bak sebutir mutiara yang bersinar, beliau tidak pernah jemu berbakti dan berkhidmat untuk masyarakat.

Buku ini boleh diperolehi secara online di : http://www.bookcafe.com.my/en/pembangunan-diri/pelajar-bertanya-prof.-dr.-muhaya-menjawab-en.html

Related posts

*

*


+ five = 7

 

Top
This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
fakta tentang payudara 1
Fakta Tentang Payudara Wanita

Apa yang dipandang lelaki pada tubuh wanita selain wajahnya? Rasanya tidak keterlaluan untuk dikatakan bahagian yang dimaksudkan ialah pada bahagian dada! Begitu juga ketika melakukan...

Close