Dapatkan DISKAUN 18% OFF dgn sebarang pembelian ONLINE SEMPENA HARI RAYA! KHAS utk Hari Raya Ini Shj - Gunakan kod HARIRAYA18
Dapatkan DISKAUN 18% OFF dgn sebarang pembelian ONLINE SEMPENA HARI RAYA! KHAS utk Hari Raya Ini Shj - Gunakan kod HARIRAYA18
Dapatkan DISKAUN 18% OFF dgn sebarang pembelian ONLINE SEMPENA HARI RAYA! KHAS utk Hari Raya Ini Shj - Gunakan kod HARIRAYA18

10 Bandar Tertua di Dunia

bandar kuno bandar tua
bandar kuno bandar tua 150x150 10 Bandar Tertua di Dunia
bandar kuno bandar tua
Bandar kuno atau bandar yang tertua merupakan bandar peninggalan sejarah yang memberi nilai tambah kepada dunia pelancongan dalam sesebuah negara. Tahukah anda bandar-bandar tertua yang dimaksudkan tersebut>? Berikut adalah senarai 10 bandar tertua dunia:

10. Lisbon, Portugal (2000 SM)

Kota yang didirikan di perbukitan rendah di sebelah utara Sungai Tagus, pesona Lisbon ini berkait rapat dengan masa lalu. Lisbon pertama kali didirikan oleh bangsa Iberia. Setelah berdiri berabad-abad lamanya, Lisbon sekarang adalah kota paling hidup di Eropah.

Lisbon 10 Bandar Tertua di Dunia

Istana-istana kuno yang dipulihara semula, gereja-gereja tua dan berbagai bangunan bersifat kesenian atau pun Art Nouveau adalah bahagian paling indah yang membentuk wajah budaya kota ini.

Museum seperti Calouste Gulbenkian Museum, National Coach Museum, dan Carmo Archaeological Museum menyimpan pelbagai kenangan indah tentang kehidupan masa lalu kota ini.

Bairro Alto, pusat kehidupan malam kota ini juga penuh dengan banyak restoran, bar dan club seru bagi anda. Campo de Santa Clara juga membuka berbagai kesempatan bagi anda untuk membeli pebagai jenis kenangan indah atau cenderahati perjalanan anda.

9. Luxor, Mesir (Sebelum 2160 SM)

Luxor, yang dulu dikenal sebagai kota Thebe, adalah kota indah yang dipersembahkan untuk Dewa Amon Ra, dan semenjak dunia pelancongan dikenal di dunia, kota ini sudah ramai dikunjungi para pelancong, termasuk banyak pelancong di zaman Rom dan Yunani yang mengunjungi kota ini. Luxor adalah kota paling popular di Mesir.

800px L 10 Bandar Tertua di Dunia

Kota ini bermula dari monumen-monumen Luxor, Karnak, Hatshepsut dan Ramses III. Tidak aneh jika kota ini sering disebut sebagai muzium udara terbuka terbesar di dunia. Kota ini sebenarnya terbahagi kepada tiga bahagian, Luxor yang berada di sebelah timur Sungai Nil, kota Karnak dan Thebe yang berada di sebelah barat sungai Nil, berseberangan dengan Luxor, dan sekarang tergabung menjadi satu.

8. Asyut, Mesir (sebelum 2160 SM)

asyut 10 Bandar Tertua di Dunia

Kota ini terletak 375 km di selatan bandar Kaherah. Kota ini adalah kota terbesar di bahagian Utara Mesi dan adalah kota pertama yang didirikan di zaman Firaun. Sekarang kota ini adalah kota paling penting sebagai pusat pertanian dan juga kota tempat universiti ketiga terbesar di Mesir.

7. Xi’an, China (2205 SM)

Dengan sejarah panjang yang terbentang sampai 30 abad lamanya, kota ini adalah salah satu kota paling penting dalam sejarah China. Kota ini adalah salah satu dari Empat Ibukota Kuno Paling Agung di Cina. Kota ini banyak sekali dinikmati dan memiliki tempat yang sama dalam sejarah dengan kota-kota Athena, Kaherah dan Rom.

56700 f 10 Bandar Tertua di Dunia

Berbagai relik kuno dan berbagai tempat budaya penting menempatkan kota ini sebagai Museum Sejarah Dunia. Muzium Teracota yang berada di kota ini juga dianggap sebagai “Keajaiban Dunia Yang keLapan”. Jika anda ingin mengalami China, kota ini adalah salah satu kota yang harus dituju.

6. Giza, Mesir (sebelum 2568 B.C)

Napoleon Bonaparte memberikan pidatonya kepada para prajuritnya sebelum pertempuran Giza pada 1798, katanya “Di atas piramid-piramid itu, empat abad lamanya sejarah tidak bergeser.”

giza py 10 Bandar Tertua di Dunia

Orang mungkin tidak percaya bahwa Giza sebenarnya adalah kota mandiri yang terpisah dengan Kaherah, tapi kerana perkembangan bandar Kaherah yang cepat, Giza seakan ditelan oleh Kaherah.

Di kota ini, anda akan menemukan piramid-piramid Giza, dengan Sphinx yang setia menjaga. Dataran Giza akan diubah menjadi Grand Museum of Egypt, yang akan diselesaikan pada 2012.

5. Konya, Turki (2600 SM)

Kota ini diapit oleh dua laut, Laut Tengah dan Laut Hitam, dengan ketinggian 1000 meter di atas permukaan laut. Kota yang di dirikan di atas padang rumput Anatolia ini adalah salah satu kota yang paling menarik di Turki.

09 DOOL 10 Bandar Tertua di Dunia

Salah satu muzium paling popular di kota ini adalah Green Mausoleum of Mevlana Celaleddin Rumi, makam penyair Turki terkemuka. Berbagai muzium indah menanti kunjungan anda di kota ini, antara lain adalah Chaeological Museum, Koyunoglu Museum dan Ethnographical Museum.

4. Zurich, Switzerland (3000 SM)

Sebagai kota terbesar di Swizerland dan sekaligus kota tertua di Eropah, Zurich pertama kali didirikan di zaman Romawi dengan nama Turicum. Jejak masa lalu ini dapat ditemukan di berbagai tempat di Kota Tua Zurich.

Switzer 10 Bandar Tertua di Dunia

Jalanan sempit yang dipenuhi dengan kafe, kedai barangan antik dan butik. Bahnhofstrasse, adalah salah satu jalanan yang dipenuhi kedai-kedai paling indah di Eropah.

Grossmünster dan Fraumünster adalah dua gereja tua yang penuh dengan interior indah. Swiss National Museum atau Kunsthaus, juga adalah salah satu muzium paling terkenal di dunia. Anda pasti akan tahu betapa kota ini menawarkan semua hal terbaik dalam kehidupan anda di dunia.

3. Kirkuk, Irak (3000 SM)

Dengan berbagai bekas arkeologi yang berusia lebih dari 50 abad, Kirkuk adalah kota paling penting bagi orang Kurdi. Kota ini sekaligus menjadi pusat industri minyak Iraq. Mungkin memang bukan tujuan yang paling banyak mendapat perhatian pelancong, tapi Kirkuk berdiri di atas bekas pusat kebudayaan kuno Asiria.

kirkuk  10 Bandar Tertua di Dunia

Kota ini pernah menjadi tempat pertempuran tiga kaisar besar: Asiria, Babilonia dan Media, yang saling bergantian mengambil alih kuasa atas kota ini. Di kota ini terdapat makam Nabi Daniel (Kristen) dan Pasar Al Qaysareyah. Qal’at Jarmo dan Yorgan Tepe yang berada di pinggiran kota ini akan memberikan anda pengalaman hidup di masa lalu.

2. Yerusalem (3000 SM)

Kota suci bagi tiga agama terbesar dunia, Islam, Nasrani, dan Yahudi, kota ini adalah tempat di mana nilai kuno digabungkan dengan berbagai budaya baru yang membawa suasana metropolis baru.

photo 1 10 Bandar Tertua di Dunia

Kota ini terbagi menjadi tiga bagian: Juruselam Barat, bahagian yang paling cepat berkembang dan menjadi pusat perdagangan. Jerusalem Timur, yang menjadi tempat permukiman populasi Arab, dan Kota Tua, dengan pemandangan yang luar biasa indahnya.

1. Gaziantep, Turki (3650 SM)

Kota yang dulunya dikenal dengan nama Antep yang sekarang menjadi ibukota wilayah yang sama dengan namanya, Giazantep ini adalah kota tertua yang masih tegak berdiri. Kota ini memiliki sejarah sejauh zaman orang Het (Hittite). Kota ini terus menerus di tinggali semenjak zaman Paleolithic, dan tumbuh besar bersama dengan kekaisaran Ottoman.

gaziant 10 Bandar Tertua di Dunia

Hari ini, Giazantep adalah kota yang ramah, dan penuh dengan banyak masjid, madrasah, penginapan bahkan pemandian yang berasal dari beberapa abad lalu. Rumah-rumah tua dari batu selalu memiliki taman dan pohon anggur yang menghiasi, sehingga setiap kali anda menoleh, anda akan mendapat pemandangan terindah di dunia.

Sumber :
wahw33d.blogspot.com

Related posts

Dapatkan DISKAUN 18% OFF dgn sebarang pembelian ONLINE SEMPENA HARI RAYA! KHAS utk Hari Raya Ini Shj - Gunakan kod HARIRAYA18
Dapatkan DISKAUN 18% OFF dgn sebarang pembelian ONLINE SEMPENA HARI RAYA! KHAS utk Hari Raya Ini Shj - Gunakan kod HARIRAYA18

*

*


− 1 = five

 

[corner-ad id=1]
Top
This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
senarai sbp ranking spm 2011
Sejarah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia
Sejarah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia

Sejarah penubuhan SBP bermula pada tahun 1890, ketika R.O. Winsted menjadi Timbalan dan kemudiannya menjadi Pengarah Pelajaran Tanah Melayu. Pada tahun tersebut “The Selangor Raja...

Close