Khasiat Madu Lebah

khasiat madu lebah

lebah madu Khasiat Madu LebahTahukah anda “Lebah” atau An-Nahlu merupakan salah satu surah di dalam AL-Quran? Ini menunjukkan perihal pentingnya lebah dalam kehidupan manusia di dunia ini. Dan sudah  pastinya sesuatu yang dicipta oleh Allah SWT itu ada manfaatnya kepada makhluknya yang lain. Sepertimana ayat 68 dalam surah tersebut, firman Allah SWT yang bermakna

“Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat yang dibina manusia.” dan

pada ayat ke 69 pula Allah menerangkan tentang khasiat madu lebah seperti berikut:

“…Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” (QS. An-Nahl: 69)

Analogi Madu Lebah dan Al-Quran

Madu berasal dari sari pelbagai jenis bunga dan menjadi ubat kepada pelbagai jenis penyakit  manusia. Sedangkan al-Quran mengandung inti sari dari kitab-kitab yang telah diturunkan kepada nabi-nabi terdahulu ditambah dengan ajaran-ajaran yang diperlukan oleh semua bangsa sepanjang masa untuk mencapai  kebahagiaan dunia dan akhirat.

Kemukjizatan madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah terbukti secara ilmiah. Dalam tafsir al-Quran, sayyid Quthb mengungkapkan, madu sebagai ubat penyembuh penyakit sudah dibuktikan secara ilmiah oleh para pakar perubatan. Inilah salah satu bukti kebenaran ayat al-Quran yang harus diyakini umat manusia.

Dalam tafsir Ibnu Katsir diterangkan, madu lebah itu warnanya bermacam-macam sesuai dengan makanannya. Ada yang berwarna putih, kuning, mahupun merah. Selain itu, menurut Ibnu Katsir, madu memang sesuai bagi setiap orang, misalnya untuk mengubati kedinginan, kerana madu itu panas.

Di dunia Islam, penggunaan madu sebagai ubat sudah diterapkan pada zaman nabi s.aw. Pada saat itu, madu digunakan untuk ubat cirit. Propolis lebah yang berasal dari madu juga sangat berkhasiat untuk mengubati berbagai macam penyakit.

Kajian khasiat madu secara ilmiah juga telah diteliti oleh ilmuan Muslim terkemuka di era keemasan Islam, yakni Ibnu Sina (890-1037). Tokoh Kedoktoran dunia dan ilmuwan muslim di abad ke-10 Masehi itu tercatat sebagai doktor yang mengulas mengenai khasiat madu dari segi kesihatan dan dunia kedoktoran.

Selama hidupnya Ibnu Sina banyak mengambil madu sehingga awet muda dan berumur panjang. Madu, menurut Ibnu Sina, dapat menyembuhkan berbagai penyakit dari yang ringan sampai yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga dapat menurunkan suhu badan serta menyediakan dan mengatur rembesan, sehingga dapat menghilangkan penyakit demam.

Related posts

2 Comments

  1. khasiat madu said:

    Khasiat madu lebah sememangnya termaktub dalam al-Quran sejak lama lagi. Kalau digunakan denga taqwa, insya-Allah boleh mengubati bermacam-macam penyakit.

*

*


3 × five =

 

[corner-ad id=1]
Top This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
belajar bahasa inggeris
9 Tips Menguasai Bahasa Inggeris

Bahasa Inggeris sebenarnya bukan suatu bahasa yang sukar untuk dipelajari. Namun ramai yang berpendapat bahawa Bahasa Inggeris amat sukar untuk dikuasai. Saya pada suatu ketika...

Close