Cara Kenali Barangan diPerbuat Daripada Kulit Babi

titik segitiga

pola bintik2 petanda kulit babi 380x199 Cara Kenali Barangan diPerbuat Daripada Kulit Babi

Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidak semahal barangan yang diperbuat dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana seperti di kompleks beli-belah atau barangan bundle yang diimport dari negara-negara lain seperti China, Filipina, Jepun, Korea mahu pun USA.

kasutkulitbabi2 Cara Kenali Barangan diPerbuat Daripada Kulit Babi
Selaku umat Islam, kita sewajarnya lebih peka dan berhati-hati dalam membeli sesuatu barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu diperbuat daripada kulit babi:

  1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK membentuk segitiga. Cuba belek dan perhatikan dengan terperinci, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalah kulit babi. Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Walaupun harganya mungkin lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti gambar di atas adalah petandanya.
  2. Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain.
  3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.
  4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.

kasut babi 4 380x285 Cara Kenali Barangan diPerbuat Daripada Kulit Babi

Bagaimana dengan anda? Adakah pernah anda terbeli barangan buatan daripada kulit babi ini seperti kasut, beg tangan, tali pinggang dan seumpamanya? Diharap kita lebih berhati-hati di masa akan datang. InsyaAllah, dengan izinnya, semoga kita sentiasa dilindungiNya

10 Comments

  1. siti nur rabiatul - adawiyah said:

    kulit babi ialah haram untuk islam

  2. berriebear said:

    assalamu’alaikum.. nak tanya… kalau ade 3 bintik2 sebaris, maksudnya diperbuat daripda kulit babi jugak ke?
    terima kasih..

  3. khairul said:

    saya ada beli casing handset..tp ia berbintik 3 titik yang berbaris tp BUKAN corak segitiga. cth: 3 titik berbaris (…) . adakah ianya kulit babi? pless bagi penjelasan. terima kasih.

    • tokjogho said:

      Kulit babi biasanya berntik 3 seperti yg terdapat pd gambar tu. Kalau pattern macam lain, rasanya bukan.

  4. Rasyidahtul said:

    boleh xperiksa kan gambar saya.,saya mahu tahu ia kulit babi atau tidak~

  5. mama said:

    baru mndgr penjelasan drpada prsiden ppim. titik2 tu, kalau secara sama sahaja bentuknya maka itu adalah sintetik manakala titik2 yg terdapat pada kulit tersebut kalau ianya secara rawak dan tidak sekata, maka ianya kulit babi. Perlu buat kerja lebih, bawalah kanta pembesar utk membelek barangan yg ingin dibeli. lihat, sekiranya terdapat liang2 roma, maka berhati2 la.

*

*


+ 8 = sixteen

 

[corner-ad id=1]
Top This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
microsoft1
Buka Fail Word 2007 .docx Dalam Word 2003

Anda mungkin pernah menggunakan Microsoft Word 2003 dan menyimpan fail dalam format Word 97-2003. Tahukah anda, jika anda menggunakan Microsoft Word 2007, format fail Word...

Close