Ilusi Optik – Ajaibnya Otak Manusia

ilusi optik imej segi tiga

Ilusi optik selalu mempesonakan manusia sejagat kerana apabila ianya pertama kali dijumpai, menimbulkan pelbagai persoalan tentang bagaimana cara otak kita bekerja. Ilusi optik berikut pasti akan menguji imaginasi anda dan kemahiran pemerhatian anda ke tahap maksima. Oleh itu cuba lihat dan uji bagaimana keupayaan otak anda berfikir.

Walaupun bertahun-tahun penelitian dan kajian dibuat, otak manusia masih memiliki banyak misteri yang belum terungkai. Cara otak kita merasakan realiti adalah sebuah topik yang diperdebatkan untuk jangka waktu yang lama dan jawabannya masih lagi agak kabur. Walaupun kita mungkin tepengaruh untuk percaya bahawa apa yang kita lihat adalah sama dengan apa yang minda kita fikir/rasakan, namun beberapa contoh ilusi optik berikut mampu membuat kita berfikiran sebaliknya.

amazing optical illusions medium Ilusi Optik   Ajaibnya Otak Manusia

Contoh pertama adalah gambar yang menunjukkan seolah-olah ada 2 segitiga, namun hakikatnya ialah hanya ada 1 segitiga yang dilukis. Ilusi optik ini dikenali sebagai ilusi Segitiga Kanisza .

Berikut adalah beberapa contoh ilusi optikal yang lain:

Ilusi Fraser Spiral
Kontras dalam gambar ini seolah-olah mewujudkan satu siri lingkaran atau spiral konsentrasi yang mampu mengelabui otak kita. Hakikatnya, ianya bukanlah satu lingkaran, tetapi hanya satu siri bulatan berpusat yang membentuk lingkaran tersebut.

597px fraser spiral Ilusi Optik   Ajaibnya Otak Manusia
Ilusi Gambar Bergerak

Kadang-kadang kontras warna dan penempatan sesuatu elemen tertentu mampu menipu otak kita berfikir bahawa beberapa imej atau gambar tersebut bergerak padahal sebenarnya mereka statik. Situasi ini terjadi jika anda perhatikan gambar di bawah:

800px anomalous motion illusion1 Ilusi Optik   Ajaibnya Otak Manusia

chess optical illusions Ilusi Optik   Ajaibnya Otak Manusia

ilusi optik- papan catur bergerak

new optical illusions 189 380x341 Ilusi Optik   Ajaibnya Otak Manusia

ilusi optik - roda kelihatan berpusing walhal ia sebenarnya tidak

Ilusi Dinding Cafe
Satu contoh ilusi mata yang klasik ialah Ilusi Dinding Cafe, yang mula ditemui oleh Dr. Richard Gregory. Dalam ilusi ini, garisan-garisan tersebut kelihatan bengkok, padahal hakikatnya mereka merupakan garisan-garisan yang lurus dan selari. Hanya cuba perhatikan betul-betul, anda akan pasti dapat melihatnya.

cafe Ilusi Optik   Ajaibnya Otak Manusia

The Hermann Grind

232px hermann grid illusionsvg tm Ilusi Optik   Ajaibnya Otak Manusia

Ilusi ini pertama kali ditemui pada tahun 1870 ditandai dengan kemunculan berselang-seli titik berwarna kelabu yang tampaknya menyambung permukaan putih dan latar belakang hitam. Namun, setelah kita melihat dengan lebih dekat, kita akan dapati titik-titik “ajaib” itu menghilang. Ilusi ini dapat dijelaskan oleh disonansi yang terjadi dalam bidang reseptif dari otak.

Kekaburan Fotografik
Sekarang terdapat banyak ilusi berdasarkan konsep ini. Kekaburan fotografik menguji imaginasi anda serta kemahiran pengamatan anda dengan meletakkan gambar berbeza yang dapat dirasakan dengan melihat dari sudut yang berbeza. Contohnya, bolehkah anda melihat kedua-dua wanita muda dan wanita tua dalam gambar di bawah?

mainimage Ilusi Optik   Ajaibnya Otak Manusia

Bermasalah mencari penyelesaian tentang gambar ini? Berikut adalah sedikit hint/petunjuk untuk menjadikannya lebih mudah: dagu wanita muda itu sebenarnya membentuk hidung wanita tua.

Jika yang satu ini sepertinya terlalu jelas untuk anda, cuba amati gambar di bawah. Gambar ini benar-benar mencabar kemampuan otak anda membuat pengamatan dengan lebih terperinci. Bolehkah anda mencari harimau yang tersembunyi dalam gambar ini?

hidden tiger optical illusion Ilusi Optik   Ajaibnya Otak Manusia

Lukisan ini mungkin kelihatan seperti tidak lebih hanya sebuah lukisan pemandangan biasa yang indah tetapi sebenarnya ia mengandungi rahsia yang tidak dapat dijumpai hanya dengan sekilas pandang.

Sudahkah anda menjumpai “the hidden tiger” yang dimaksudkan pada gambar di atas. Jangan hanya pandang pada gambar harimau yang anda nampak sahaja….

One Comment;

*

*


one + = 10

 

[corner-ad id=1]
Top This site is protected by WP-CopyRightPro