Ilmuwan Islam dan Nama Latin Mereka

Al-Razi rawat pesakit

Al Razi rawat pesakit 225x168 Ilmuwan Islam dan Nama Latin Mereka

Tidak dapat dinafikan ramai pencipta dan pencetus kepada ilmu dan teknologi dunia era kini bermula daripada dunia Islam zaman lampau. Kita mungkin mengenali ramai ilmuwan Islam lampau dengan nama seperti Ibnu Sina, Ar-Razi, Al-Khawarizmi, Al-Biruni, Al-Farabi, Jabir Ibnu Hayyan dan lain-lain lagi. Tetapi bgi dunia barat, nama-nama tersebut telah terhapus dalam istilah dan sejarah ilmu itu sendiri. Apatah lagi dengan peranan pihak “orientalis” barat yang sememangnya mahu menghapuskan hak dan kebenaran tentang Islam dan kemajuan teknologi yang dipelopori oleh umat Islam sejati.

Pada artikel ini, saya hanya ingin membuka mata kita semua tentang perihal pentingnya para saintis Islam zaman silam yang telah mempelopori setiap cabang ilmu di dunia seperti ilmu kaji bintang atau astronomi, ilmu matematik, falsafah, asas sains, perubatan serta pelbagai bidang lagi. Dengan melatinkan nama-nama cendekiawan Islam tersebut, pihak orientalis dengan megahnya menjaja kebijaksanaan dan penemuan ilmu baru berjaya dilakukan oleh pihak mereka tanpa memberi kredit yang sepatutnya kepada ilmuwan Islam.

Ilmuwan Islam dan Nama Latin Mereka

Di sini disenaraikan 20 nama para Ilmuwan dan cendekiawan Islam serta nama latin yang diguna oleh dunia barat:

Bil. Nama Arab/Islam Bidang Ilmu Nama Latin
1. Al-Khawarizmi Matematik/Geografi/Astronomi Algorithm
2. Al-Kindi Astronomi/Matematik/Falsafah/Muzik/Fizik/Kimia Alkindus
3. Al-Battani Astronomi dan Matematik Albategnius
4. Al-Farghani Astronomi Al-Fraganus
5. Al-Razi Perubatan/Kimia/Falsafah Rhazes
6. Al-Farabi Saintis danFalsafah Al-Pharabius
7. Abu Al-Qasim Al-Zahravi Perubatan/Pembedahan Albucasis
8. Al-Haitham Optik Moden Alhazen
9. Abu Al-Hasan Al-Mawardi Sains Politik/Sosiologi Alboacen
10. Ibnu Sina Perubatan/FAlsafah Avicenna
11. Ibnu Zuhr Perubatan/Pembedahan Avenzoar
12. Ibn Rusyd Falsafah/Perubatan/Astronomi/Sains/Fizik Averroes
13. Al-Zarqali Astronomi Arzachel
14. Al-Bitruji Astronomi Alpetragius
15. Ibnu Bajah Perubatan/Fizik/Astronomi/Falsafah Avempace
16. Ahmed Ibn Yusuf Ibn Ibrihim Matematik Ametus filius Iosephi
17. Al-Jazzar Perubatan Algizar
18. Al-Qabishi Astrologi Alchabitius
19. Ibnu Wafid Perubatan Abenguefith
20. Abu Al? al-Khayyt Astronomi/Astrologi Albohali
220px Canon ibnsina arabic Ilmuwan Islam dan Nama Latin Mereka

Buku Ibnu Sina "Canon of Medicine" dalam bahasa Arab

220px Canons of medicine Ilmuwan Islam dan Nama Latin Mereka

Karya Ibnu Sina - "Canon of Medicine" diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin

Sebenarnya ada ramai lagi cendekiawan Islam yang lain yang diberi nama latin oleh dunia barat seperti Abu l-Fath Mahmud Ibn Muhammad al-Isfah?n? di namakan sebagai Abalphatus atau Asphahanensis, Abu Bakr Muhammad Ibn Tufayl al-Qays di kenali sebagai Abubacer dan Abu Ma’shar al-Falaki – Albumasar. Anda boleh mengGoogle terma “Muslim scholars and latin names” untuk nama-nama yang lain atau boleh layari pautan berikut – Nama Cendekiawan Islam dan Nama Latin. Selamat Membaca!

Related posts

*

*


× 9 = twenty seven

 

[corner-ad id=1]
Top This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
lelaki merajuk
Tanda-tanda Lelaki Merajuk

Ada orang kata, buruk sangat rupanya kalau lelaki merajuk. Tetapi pernahkah anda melihat lelaki merajuk? Pernahkah anda lihat lelaki tarik muka? Sebenarnya semua manusia, tak...

Close