Siapakah Wanita Tercantik Di Dunia?

jessica_alba.jpg

Tentu ramai di antara kita samada lelaki mahu pun wanita tertanya-tanya tentang siapakah “Wanita Yang Tercantik Di Dunia?” Bibir wanita manakah yang paling seksi dan menarik untuk dipandang? Hidung wanita manakah yang mampu menarik minat ramai lelaki di dunia ini? Mata semacam manakah yang mampu memanah dan membunuh hati setiap lelaki? Begitu banyak persoalan yang perlu dijawab oleh kita semua.

Oleh itu artikel ini sebenarnya ditujukan khusus untuk anda semua yang bergelar wanita. Cuba teka siapakah wanita yang paling cantik di dunia sekarang ini. Siapakah wanita yang begitu bertuah dikurniakan oleh Allah dengan raut wajah dan bentuk tubuh yang cantik sedemikian.

jessica alba Siapakah Wanita Tercantik Di Dunia?

Jessica Alba

liuyifei Siapakah Wanita Tercantik Di Dunia?

Crystal Liu (Liu Yi Fei)

angelina jolie paling cantik Siapakah Wanita Tercantik Di Dunia?

Angelina Jolie

Kecantikan wanita dilihat daripada pandangan yang berbeza. Ada yang anugerahi Allah dengan kecantikan melalui raut wajah, ada juga melalui bentuk bibir, persona mata dan bentuk tubuh yang mengghairahkan. Namun jika dipadankan dengan semua elemen kecantikan tersebut, dapatkah anda mencari seorang wanita yang benar-benar yang boleh dikelasifikasikan sebagai paling cantik di dunia? Apakah Britney Spears atau Angelina Jolie? Atau Jessica Alba? Atau Aishwarya Rai? Atau mungkin juga aktres tersohor China, Crystal Liu dan Zhang Zi Yi?

aishwarya rai Siapakah Wanita Tercantik Di Dunia?

Aishwarya Rai

zhang ziyi Siapakah Wanita Tercantik Di Dunia?

Zhang Zi Yi

britney spearspalingcantik Siapakah Wanita Tercantik Di Dunia?

Britney Spears

Tak diragukan lagi mereka semua memang cantik dan antara yang tercantik di dunia dan telah terkenal di seluruh pelusuk dunia.


Tapi siapa sebenarnya wanita tercantik di dunia ini?

siapakah wanita tercantik di dunia Siapakah Wanita Tercantik Di Dunia?


Anda pasti tertanya-tanya bahkan mungkin terkejut, siapakah gerangan sebenar wanita yang paling beruntung di dunia ini, yang mempunyai kecantikan yang luar biasa? Dan inilah jawabannya, orang yang paling cantik di dunia ini adalah:

A N D A

Saya ulangi Anda. Ya… Anda sendirilah orang yang paling cantik di dunia ini. Jangan bertanya, kenapa saya mengatakan bahawa Anda lah yang paling cantik di dunia ini. Artikel ini hanya untuk mengingatkan kepada kita semua bahawa dalam menikmati kehidupan di dunia ini, kriteria pertama dan utama adalah rasa percaya dan yakin dengan diri kita sendiri.

Jadi mulai dari sekarang, yakinlah pada diri anda sendiri, bahawa anda adalah wanita tercantik atau jika anda adalah kaum Adam, maka anda adalah jejaka paling tampan di dunia ini. Dengan begitu, anda akan sentiasa berfikiran positif dan menerima hakikat kemampuan anda di atas segala yang dianugerahkan oleh Allah swt. Yakinlah, Alah Maha Pencipta, Maha Mengetahui dan Ia selalu menciptakan yang terbaik untuk hidup kita. Wallahua’lam….

Related posts

4 Comments

  1. helmi said:

    apa guna pun muka cantik tapi perangai hancuss……

*

*


3 + = eleven

 

[corner-ad id=1]
Top This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
6 Tips Penting Membeli Rumah Pertama

1. Membeli rumah buat kali pertama adalah satu saat terindah pada diri kita. Ketika itu mungkin anda mencari dan menunggu harga hartanah jatuh keparas yang...

Close