Khasiat dan Manfaat Sarang Burung Laut atau Rumpai Laut

makananyangdihasilkandrprumpailaut.jpg

Sarang burung laut organik atau rumpai laut (kadang-kadang juga dipanggil rumput laut) merupakan satu anugerah alam yang tidak terperi manfaat dan khasiatnya. Diistilahkan sebagai “seaweed” dalam bahasa Inggeris atau “saghe” dalam loghat Kelantan, ia biasanya boleh di dapati di perairan laut yang jernih dan tidak begitu dalam lebih-lebih lagi di kawasan yang terdapat terumbu karang.

PENGENALAN SEPINTAS LALU

Sarang burung laut organik atau rumpai laut ini amat dikenali di kalangan masyarakat China, Jepun, Taiwan, Hawaii, Britain dan Amerika serta asia sejak ribuan tahun yang lalu. Dikenali dengan pelbagai nama seperti Seaweed di Barat, “Limu” di Hawai, “purple laver” di Britain dan di Asia Timur ini dipanggil sebagai dipanggil “rumpai laut”, “rumput laut” atau “sayur laut”, ianya mengadungi khasiat yang amat tinggi yang dikatakan hampir menyamai khasiat sarang burung layang-layang.

makananyangdihasilkandrprumpailaut Khasiat dan Manfaat Sarang Burung Laut atau Rumpai Laut

Pek Makanan drp Rumpai Laut

Sarang burung laut merupakan 100% tumbuhan (Halal) semula jadi laut berbentuk alga kerana ia tidak memiliki akar, batang dan daun. Sarang burung laut sangat sempurna dari segi sifatnya yang biasa hidup di dasar laut cetek di tembusi cahaya matahari. Kehidupannya memerlukan laut yang amat bersih,tidak tercemar dan ombak laut yang tidak kuat.

Istilah rumpai digunakan pada flora ini, lebih tepat lagi ia diistilahkan sebagai sayur-sayuran. Sarang burung laut ini mempunyai potensi yang besar dan meluas sebagai makanan (vegetarian diet),perubatan, industri kecantikan dan industri lain. Biasanya, sarang burung laut yang di bungkus 100% secara semula jadi dari laut akan berbau air laut dan mempunyai sisa-sisa garam.

KHASIAT DAN MANFAATNYA

  • Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
  • Menguatkan tulang dan sendi.
  • Meningkatkan sel rawan dan otot.
  • Merawat penyakit gaut.
  • Mencegah kanser
  • Menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Merawat Gastrik.
  • Anti bakteria / kulat.
  • Merawat Anemia.
  • Menurunkan kolestrol dalam tubuh.
  • Menyerap lebihan garam dalam tubuh(lumpuh).
  • Melicin dan menegangkan kulit serta payu dara (anti penuaan).
  • Memulihara sel-sel kulit mati (jerawat).
  • Menpercepatkan penyembuhan luka.
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis).
  • Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas.
  • Memberi Kekenyangan(diet).
  • Melancarkan sistem metabolisme.
  • Memulihara usus kecil.(Sembelit).

KEGUNAAN DI DALAM BIO-PERUBATAN

Dalam industri bio-perubatan dan farmaseutikal, hasil rumpai laut ini digunakan pada pembalut luka, dan penghasilan acuan pergigian dan ada beberapa bilangan peneparan lain. Dalam pengajian mikrobiologi, agar secara banyak digunakan sebagai perantara kebudayaan. Carrageenans, alginates dan agaroses (yang ketiga adalah disediakan dari agar melalui penulenan), bersamaan dengan macroalgal polysaccharides lain yang kurang dikenali, juga mempunyai beberapa aktiviti-aktiviti mustahak biologikal atau penerapan dalam bioubat.[perlu rujukan] Ia telah dituntutkan bahawa rumpai laut ada sifat-sifat penyembuhan untuk tuberkolosis, artritis, demam sejuk dan selsema, penyakitan cacing dan juga tumor [1]. Sebilangan kajian penyelidikan telah diconduct untuk menyelidik dakwaan-dakwaan ini dan kesan rumpai laut pada kesihatan manusia

8 Comments

  1. haslina said:

    thanks for the info. suka sgt..sy suka makan rumpai laut.. bagi yang berminat boleh hubungi saya

    HARGA RUNCIT:

    GRED AA (KUNING) RM25.00 SEKILO
    GRED AAA (PURPLE) RM30.00 SEKILO
    GRED AAAA (HIJAU) RM60.00 SEKILO

    HARGA BORONG (MINIMUM 10KG)
    GRED AA (KUNING) RM20.00 SEKILO
    GRED AAA (PURPLE) RM28.00 SEKILO
    GRED AAAA (HIJAU) RM50.00 SEKILO
    (BOLEH CAMPUR CAMPUR BHA)

    FREE DELIVERY WITHIN MALAYSIA.

    sila pm/email/text untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

    Lin : 01115708711 / [email protected] /http://www.facebook.com/asylinhaslina

  2. Permata said:

    terima kasih atas sharing info yang bermanfaat
    mohon share ya

  3. lysa said:

    rumpai laut memang banyak khasiatnya .. siapa2 nak cuba keajaibannya, boleh call saya 016-5846791 .. harga serendah RM4/100g ..

  4. mizs.aries said:

    Produk ini sesuai tak untuk bayi?apa khasiatnya?

  5. zainuddin bin mat nor. said:

    Amat bagus memberi pegetahuan kepada pembaca di halman web ini.terima kasih.

*

*


+ 3 = six

 

[corner-ad id=1]
Top This site is protected by WP-CopyRightPro