Khasiat Belut Untuk Kesihatan

Melihat belut, sudah tentu ramai yang menganggap ianya seolah seekor ular dengan bentuk badan yang licin dan kepalanya mirip sekali seekor ular. Namun hakikatnya belut ialah sejenis ikan dengan kepala berinsang dan hidup di dalam air. Ianya juga dikenali dengan nama “ikan linang”.

Fakta Belut

Belut merupakan makanan kegemaran banyak negara terutama Jepun dan Korea. Tidak hairanlah mengapa jangka hayat warga Jepun antara yang tertinggi di dunia.

Secara keseluruhan, dalam daging belut terkandung kebaikan yang banyak, di antaranya termasuk kolesterol, sodium, protein, air, kaloriesbelut sawah Khasiat Belut Untuk Kesihatan tinggi, asid lemak tak tepu Omega-3, Asid lemak tak tepu Total Omega-6, Vitamin A, C, E (Alpha Tocopherol), Thiamin, Riboflavin, Niacin, Vitamin B6, Folate, Vitamin B12, Pantothenic Acid, Choline, Kalcium, Zat besi, magnesium, fosfor , potassium, sodium, Zinc, Mangan, dan Selenium. Sumber khasiat sebegini hanya boleh didapai pada seekor belut yang seberat hanya 204 gram saja.

Khasiat Tersembunyi pada Belut

Banyak kepercayaan yang menyebutkan bahawa belut merupakan makanan stamina lelaki yang mampu meningkatkan daya seksual. Dari segi kesihatan, ia dikatakan mampu menjaga daya tahan tubuh kita, terutamanya pada saat musim panas. Belut tidak mengandung gula dan rendah sodium, namun tinggi fosfor, kaya dengan vitamin yang diperlukan tubuh secara umum. Mengonsumsi belut mampu meningkatkan kolesterol baik dalam tubuh dan mengurangi tekanan darah, juga mengurangi risiko arthritis.

belut goreng Khasiat Belut Untuk Kesihatan

Belut juga bermanfaat untuk penglihatan, perkembangan fungsi saraf pusat, menormalkan tekanan darah di otak. Dan, beberapa penelitian menjelaskan kehebatan belut untuk mengurangi risiko diabetes jenis 2. Dengan kandungan omega 3, belut menjadi sumber makanan yang mampu menghalang peningkatan kadar gluokos dalam badan seterusnya mengelak daripada tumbuhnya penyakit kencing manis.

Belut juga mampu memberi kesihatan kepada jantung kita. Ini termasuklan mengurangkan risiko sakit jantung seperti mengelak berlakunya penyempitan pembuluh jantung, sehingga orang Jepun menciptakan kapsul suplemen makanan dari belut dikhaskan untuk menjaga kesihatan jantung.

Kapsul-kapsul ekstrak daripada belut telah dikomersialkan menjadikan suplimen makanan sebagai sumber tenaga dan stamina, sehinggakan di Korea, mereka menyamakan gingseng dengan belut sebagai sumber stamina. Sementara di England pula, belut telah menjadi makanan tradisional terutama bagi mereka yang tinggal di London timur. Di Malaysia, belut bukan saja dicari atau dipancing secara tradisi, malah ianya telah dijadikan ternakan komersial. Faktor-faktor kesihatan sebegini menjadikan belut sebagai makan kegemaran ramai yang inginkan kelainan dan sudah tentu kesihatan diri.

5 Comments

  1. Monopterus Albus said:

    Artikel ini amat mengelirukan.

    Belut yang dimakan di England, Jepun dan Korea adalah dari famili Anguillidae ( Anguilla anguilla / japonica ) yang bertelur di laut tetapi membesar di sungai. “Belut” jenis inilah yang disebut sebagai Ikan Linang. Ikan Linang secara semulajadinya tiada di Malaysia kerana ia memerlukan lautan dalam untuk bertelur ( Ikan Linang ada di Indonesia kerana ianya bertelur di Lautan Hindi )

    Manakala BELUT yang dikenali dan dimakan di Malaysia ialah dari famili Synbranchidae iaitu apa yang disebut dalam bahasa Inggeris sebagai Swamp Eel. Ianya langsung tiada sirip insang (tidak seperti belut ikan linang) dan lebih mirip seperti ular. Spesis dikenali di Malaysia adalah Monopterus albus, yang popular dibuat sup belut, paprik dan sebagainya. Belut ini membiak di kawasan berpaya sahaja.

    PERLU DIMAKLUMKAN bahawa famili Anguillidae dan Synbranchidae adalah SANGAT SANGAT BERBEZA dan pastinya nilai khasiat pun adalah berbeza.

    Sila betulkan “fakta” tuan.

    p/s : Sila google jika tak percaya …

  2. kenariputih said:

    sy blm pernah mkn belut ni. mmg xtahu la apa rasanya. sy sebenrnya geli tgk belut or ikan keli. tp bila sy stat mkn ikan keli, hihi, mmg sedaple.. belut sy xpenah mkn lagi. teringin nak jugak makan belut sbb khasiat belut yg tersendiri tu mmg bagus utk kesihatan :D

  3. Toko furniture-mebelanda.com said:

    Tidak disangka khasiat belut sedemikian hebat. Di Indo belut disia-sia

*

*


seven − = 5

 

[corner-ad id=1]
Top This site is protected by WP-CopyRightPro