Bahaya Jika Menduda Terlalu Lama

menduda boleh wujudkan sakit mental

Jika anda anda seorang duda dan telah menduda begitu lama, anda berkemungkinan akan menghadapi masalah mental. Begitulah hakikat yang didapati hasil satu kaji selidik di dunia barat.

STOCKHOLM – Satu penyelidikan baru menunjukkan duda hidup sebatang kara bertahun-tahun selepas kematian isteri lebih berkemungkinan menghadapi masalah mental.Oleh itu, saintis menggalakkan duda kembali mencari cinta selepas kematian isteri kerana ia dapat merawat kesedihan dan menghalang masalah mental.

Penyelidik Sweden berkata lelaki yang berupaya mencari pasangan baru lebih mudah meneruskan hidup dan pulih daripada kesedihan. Yang terus bersendirian berisiko paling tinggi menghadapi keadaan seperti kemurungan, kebimbangan dan insomnia, dan lebih berkemungkinan menggunakan ubat antikemurungan atau ubat tidur.

Penyelidikan Universiti Gothenburg itu, yang pertama seumpamanya, dibuat bagi meneliti bagaimana kehilangan pasangan memberi kesan ke atas lelaki. Ia melibatkan hampir 700 lelaki kematian isteri akibat barah.

Hasil penyelidikan menunjukkan duda yang menemui pengganti empat atau lima tahun selepas kematian isteri dapat menangani kehilangan itu dengan lebih baik.

Penulis penyelidikan, Profesor Gunnar Steineck, yang hasil kerjanya disokong Persatuan Barah Sweden, berkata: ‘Kajian terdahulu menunjukkan orang kehilangan pasangan berisiko tinggi menghadapi masalah mental jangka pendek.

menduda bahaya kepada kehidupan Bahaya Jika Menduda Terlalu Lama

‘Penyelidikan kami yang pertama menunjukkan risiko masalah mental berlanjutan beberapa tahun, rata-rata ia terhad pada mereka yang tidak mencari pasangan baru.’

Ditanya apakah hasil penyelidikan membuktikan cinta memberi kesan bak ‘menyembuhkan penyakit’, beliau berkata: ‘Kami perlu lakukan lebih banyak penyelidikan, tetapi memang benar sokongan emosi pasangan baru mungkin membantu menghilangkan kesedihan dan melindungi daripada masalah mental.

‘Pada masa sama, lelaki yang dapat meneruskan kehidupan dengan baik selepas kehilangan pasangan paling berkemungkinan menunjukkan minat mencari kekasih baru.’

//

Related posts

*

*

1 + = three

[corner-ad id=1]
Top This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
Pelajar Bertanya Prof. Dr. Muhaya Menjawab
Buku : Pelajar Bertanya Prof. Dr. Muhaya Menjawab

Jika anda peminat setia radio IKIM, anda sudah tentu amat mengenali Profesor Dr. Muhaya Hj Mohamad melalui slot "Islam Itu Indah". Pakar Mata dan Pakar...

Close