Penyedia E-Mail Terpendek Di Dunia
Anda menggunakan Hotmail, Yahoo Mail, Gmail dsb sebagai e-mel anda. Atau pernahkah terjadi di mana anda tidak dapat menggunakan nama anda sebagai nama emel anda. Atau emel anda terhad dengan saiz storan sebanyak GB sahaja?
Selamat datang kepada In.com – penyedia perkhidmatan e-mel terpendek di dunia. In.com adalah perkhidmatan email percuma dari India. Ia menyediakan perkhidmatan e-mel @in.com percuma dengan menggunakan antaramuka senang berlandaskan AJAX dan ruangan storan yang besar iaitu 10GB.

Selepas anda log masuk ke Peti Masuk anda, anda akan mendapati bahawa In.com mempunyai antara muka yang sangat mirip dengan Yahoo Mail. Keduanya menggunakan AJAX, dan mereka akan membuka e-mel baru / item pada tab baru.
Tetapi ciri yang paling menarik daripada In.com adalah mereka memberikan alamat emel yang paling pendek di dunia. Ia membuatkan alamat emel anda mudah diingat oleh orang lain. In.com juga mempunyai pengimbas antivirus secara bina dalam, begitu juga ciri penapis spam. Tetapi sayangnya anda tidak boleh menggunakan ciri SMTP dan POP3, jadi anda terpaksa menggunakan antara muka web mereka untuk mengakses peti masuk anda.
Walaupun Gmail dan Yahoo Mail menyediakan lebih banyak ciri-ciri ekstra, tapi anda boleh cuba In.com jika anda ingin memiliki alamat email yang pendek. Jom layari In.com di sini
S E L A M A T M E N C U B A!!
Lain2 Artikel Menarik:
Filed Under: Internet







