Raven: Penyunting Blog Alternatif Percuma

raven_main.jpgTahukah anda apa itu Raven? Lebih tepat lagi Zoundry Raven v1.0.375 – Bagi sesiapa yang membina blog secara online seperti menggunakan WordPress.com atau Blogger atau pun menggunakan penyunting dalaman perisian WordPress Blog, anda mungkin merasakan sedikit terhad kerana terpaksa menyunting artikel anda secara online (dalam talian internet). Anda bertuah kerana anda tidak perlu lagi berbuat demikian, malah anda akan merasa lebih selesa dengan penyuntingan secara offline sebelum anda upload ke server blog anda.

Sebenarnya, ada beberapa Penyunting Blog secara offline (Desktop Blog Editor) yang percuma yang anda boleh gunakan. Saya secara peribadi menggunakan BlogDesk dan Windows Live Writer yang berkebetulannya adalah PERCUMA. Begitu juga dengan Raven. Cuma yang membezakan antara Raven dengan ke dua-dua software tersebut ialah Raven boleh dipasang di komputer anda atau digunakan secara portable di dalam Pendrive/USB Drive anda tanpa memerlukan anda memasangnya di komputer.

Pemasangan Raven di Komputer Anda raven1.jpg

Pemasangan Raven di komputer anda boleh dibuat dalam 2 cara – iaitu pemasangan secara penuh ke dalam sistem Windows atau pun dipasang secara portable (mudah alih) ke dalam PenDrive atau USB Drive anda. Jika dipasang secara portable, anda boleh membawanya ke mana-mana komputer untuk digunakan menyunting blog anda, walau dimanapun anda berada. Ini memberi kelebihan kepada pengguna notebook di mana mereka hanya perlu memasukkan Pendrive Raven tersebut untuk menyunting blog mereka.

Ciri-ciri yang terdapat pada Raven juga adalah lebih baik berbanding dengan kebanyakan Blog Editor yang lain dan hampir menyamai fungsi yang disediakan oleh Windows Live Writer yang dikeluarkan oleh Microsoft. Raven boleh digunakan untuk membuat post bagi beberapa platform blog popular seperti Blogger, Movable Type & TypePad, Windows Live Spaces, WordPress dan beberapa lagi.raven2.jpg

Semasa saya menulis artikel ini, saya menggunakan sepenuhnya kelebihan Raven yang bercirikan WYSIWYG (What You See Is What You Get) Selain daripada butang asas seperti butang format mirip Microsoft Word, anda juga boleh menggunakan fungsi ekstra seperti membina table, memasukkan dan menformat tag XHTML, malah boleh juga menggunakan Spelling Checker bina dalam untuk menyemak ejaan teks anda. Dengan mempunyai sokongan terhadap banyak platform blog ternama yang ada seperti Blogger, WordPress, Movable Type, Type Pad dan lain-lain, Raven boleh digunakan sepenuhnya untuk menulis artikel kepada mana-mana platform blog tersohor tersebut. Dengan kata lain, anda boleh membina banyak blog berlainan platform HANYA dengan menggunakan Raven. Ditambah pula dengan fungsi Indexer yang begitu powerful anda boleh memuat turun semua post atau artikel anda ke desktop komputer anda dan kiriman anda akan diindeks secara automatik. Anda boleh menyunting balik artikel-artikel tersebut dan mengemaskini semuanya dan reupload (muatnaik semula) ke server anda.

Setelah menggunakan Raven selama beberapa hari, saya rasakan ianya antara perisian penyunting blog yang mudah dan praktikal. Kalau sebelum ini saya menggunakan BlogDesk untuk menulis artikel, kini saya beralih arah kepada Raven. Tetapi pada saya yang paling penting ialah ianya bersifat portable, di mana tidak perlu dipasang sepenuhnya ke dalam PC anda. Anda hanya perlu memasukkan nya dalam pendrive USB anda saja dan bawa bersama notebook ke mana saja anda pergi. S E L A M A T M E N C U B A!!

raven3.jpg

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*