Sepuluh Sebab Untuk Pertimbangkan Perbankan Secara Online

perbankan internetInternet jelas sekali telah mengubah cara kita hidup. Ianya telah berkembang dengan cepat sekali sehinggakan menjadi pilihan sebagai satu cara komunikasi bagi ramai orang. Ini juga telah menjadi faktor utama dalam kehidupan jutaan pemilik sumber kewangan. Menggunakan Internet untuk berinteraksi dengan institusi kewangan anda boleh membantu memudahkan segala urusan kewangan anda. Berikut adalah sepuluh sebab mengapa anda perlu mempertimbangkan perkhidmatan perbankan secara online:

1. Anda boleh membayar bil anda secara online. Kebanyakan talian institusi kewangan menawarkan perkhidmatan bayaran bil secara online. Dengan perkhidmatan ini, membayar bil anda hanya memerlukan klikan tetikus pada jari anda.

2. Anda boleh memohon untuk pelbagai jenis pinjaman atas talian. Mengajukan pinjaman secara online adalah satu perkara yang jauh lebih mudah dan selesa berbandingkan dengan anda  mengisi pelbagai jenis borang secara offline. Bahkan anda mungkin akan mendapat kelulusan dengan lebih cepat. Namun, beberapa jenis pinjaman mungkin masih lagi memerlukan dokumen tertentu yang perlu anda kemuka kemudian.

3. Anda boleh menyemak aktiviti akaun anda dan tahu akan status akaun terkini anda. Sangat mudah untuk melihat mana-mana cek anda yang telah diproses dan diluluskan, malah anda juga berupaya untuk memblok mana-mana cek yang telah dikeluarkan.

4. Anda boleh memindahkan dana di antara akaun-akaun anda yang lain dengan mudah. Dengan mengetahui jumlah wang yang anda miliki dalam setiap akaun boleh memungkinkan anda untuk memindahkan wang dengan mudah untuk mendapatkan kadar faedah yang lebih tinggi di antara akaun-akaun tersebut.

5. Ianya menjadi lebih murah. Perbankan online menghapuskan kos setem dan kos menempah cek. Ianya juga dapat mengelak daripada anda membuat perjalanan ke bank yang pada akhirnya menjimatkan petrol dan bayaran parkir kereta.

6. Anda juga boleh menjimatkan masa. Ini kerana anda boleh melakukan pada bila-bila masa tanpa memerlukan anda beratur di bank. Apa yang anda perlukan adalah sebuah PC dengan akses Internet.

7. Anda boleh membuat penyemakan dan mendapatkan kadar faedah terkini tentang akaun savings anda, fasiliti pinjaman anda dan juga CDs (Certificates of Deposit).

8. Ianya Selamat. Kebanyakan perbankan secara online di Malaysia sekarang adalah selamat. Ini kerana kebanyakan bank-bank tersebut menyedia pelbagai metod keselamatan seperti peranti enkripsi yang sofistikated, perisian yang sukar dimasuki oleh hacker dan pelbagai cara lagi bagi memastikan perkhidmatan mereka selamat dan menjamin maklumat peribadi setiap pelanggan terjaga. Yang PENTING adalah akses kod anda perlu dijaga sebaik-baiknya. Gunakan kata laluan yang unik yang sukar diteka oleh orang lain. Untuk artikel bagaimana nak mencipta kata laluan yang selamat tetapi mudah diingati.. rujuk artikel berikut.

9. Anda boleh menerima pelbagai maklumat yang bernilai melalui emel atau perkhidmatan SMS. Banyak institusi kewangan mempunyai buletin elektronik dan mesej email agar anda sentiasa maklum tentang maklumat dan tawaran-tawaran khusus terkin yang mungkin mereka miliki.

10. Anda boleh belajar bagaimana membuat keputusan kewangan yang lebih baik berpanduakan maklumat-maklumat yang disediakan secara online. Kebanyakan institusi kewangan sekarang menyediakan ruangan atau bahagian tertentu dalam laman web mereka yang dikhaskan untuk memberi pengetahuan dan pendidikan tentang isu-isu kewangan seperti isu berkaitan akaun-akaun tertentu, informasi mengenai perkhidmatan pelbagai jenis pinjaman dan pelaburan yang boleh dibuat dengan mereka. Ianya hanya bergantung kepada anda untuk menentukan halatuju keperluan anda.

Itulah 10 sebab atau alasan mengapa anda perlu kepada perkhidmatan perbankan secara online. Malah anda berhutang kepada diri sendiri untuk mempertimbangkan manfaat mempunyai hubungan talian dengan institusi kewangan anda. SELAMAT MENCUBA

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*