Lajukan Pelayar Firefox dengan SpeedyFox
Firefox adalah satu pelayar atau pun browser internet yang semakin popular kini kerana antaramukanya yang ringkas, ditambah pula dengan kebolehan anda untuk meng”customize”nya melalui plugin dan addons. Berbanding dengan Internet Explorer, yang merupakan pelayar nombor 1 sekarang, anda akan mendapati Firefox jauh lebih pantas. Namun, tahukah anda, walau pun Firefox ini agak pantas, ada kalanya ianya akan menjadi lembab dan lambat disebabkan oleh pangkalan datanya yang berfragmentasi (fragmented database). Oleh itu anda akan dapati Firefox agak lembab sedikit semasa startup, terutama semasa menjalankan sesi “browsing Histories” dan ini secara keseluruhannya akan menyebabkan pelayar ini menjadi perlahan.
Oleh itu, jika anda ingin melihat Firefox berjalan dengan lebih lancar dan pantas, maka cubalah Portable SpeedyFox. SpeedyFox akan memperbaiki masalah lag (lembab) ini dengan hanya satu klik saja. Anda mungkin tidak percaya, tapi anda akan terkejut dengan apa yang SpeedyFox akan lakukan untuk anda dengan Firefox, utiliti kecil ini akan mengoptimakan Mozilla Firefox untuk menjadi 3 kali lebih pantas kelajuan startup, browsing histories akan menjadi lebih pantas, dan melakukan operasi dengan cookie akan lebih lancar daripada sebelumnya.
Add-on ini mempercepat browsing histories dan menyediakan operasi yang lebih cepat dengan cookies. Memulakan Firefox akan meningkat juga, dengan mengatasi profil fragmentasi yang sebelum ini menghalangnya daripada dimulakan dengan lebih pantas.
Portable SpeedyFox adalah permata kecil yang boleh membantu kelancaran operasi Firefox dan selepas pemasangan secara automatik dengan profil default Firefox, anda akan dapati kesannya yang bertambah lancar. Anda juga boleh mencuba profil-profil lain daripada drop-down menu yang disediakan untuk mengoptimumkannya, dikuti dengan menekan butang Speed Up My Firefox! Keseluruhan masa proses pengoptimalan Firefox anda bergantung kepada seberapa besar saiz pangkalan data tanpa anda mengganggu data browsing histories, bookmark, kata laluan anda dsb.

Aku hanya perlukan hanya beberapa minit untuk menyelesaikan proses optimasi profil default dan sekarang anda telah bersedia untuk mengalami pengalaman baru dengan Firefox yang lebih pantas dan lancar daripada sebelumnya. (*Pastikan anda menutup dulu operasi Firefox sebelum anda memulakan Portable SpeedyFox ini) Anda boleh memuat turun Portable SpeedyFox di bawah:
SELAMAT MENCUBA!!
Lain2 Artikel Menarik:
Filed Under: Internet







