Penipuan Utama Dalam Internet

tipu internetBanyak terdapat unsur dan kejadian penipuan dalam Internet. Seperti mana di dunia nyata ini, dunia siber dalam internet juga mempunyai penjahat-penjahat yang bersedia menipu sesiapa sahaja. Malah penipuan dalam internet nampaknya lebih licik lagi. Di sini disenaraikan beberapa teknik penipuan yang sedang berleluasa dalam internet. Saya kira, sebagai pengguna internet yang aktif, kemungkinan ada antara kita yang menjumpai e-mel atau jemputan seumpama ini.

Penipuan Barang Antik

Anda diberitahu bahawa anda telah memenangi lelongan terhadap gitar lama kepunyaan Rolling Stones (khusus kepada peminat kumpulan ini). Apabila and menghantat cek, tetapi gitar entah ke mana. Walaupun gitar mungkin sampai, tetapi yang dihantar adalah gitar rosak!

Capaian Internet

Penyedia perkhidmatan internet semalam sahaja. Ia menawarkan lebar jalur yang amat perlahan atau tiada sambungan langsung. Anda bayar yuran pendaftaran, tetapi tiada akaun yang dihantar. Kalau hantarpun, akaun tidak sah. Sudah ramai pengguna yang tertipu dengan cara ini.

Penipuan Jualan Komputer

Banyak kategori di sini. Namun yang paling popular ialah penawaran peralatan komputer canggih seperti PC multimedia, alat pengimbas dan sebagainya secara percuma. Akhirnya andapun tidak memperolehi apa-apa.

Lain-lain Penipuan Jualan

Laman web e-dagang yang menawarkan pelbagai penjimatan pembelian dari set televisyen, pemain cakera padat hingga kepada rekod-rekod lama, tetapi tidak pernah ada penghantaran.

Pembangunan Laman Web

Anda baru memutuskan untuk memulakan laman web di Internet. Atau anda sudah mempunyai laman web, tetapi tidak berapa menarik, mungkin anda lakukan sebegini sebagai permulaan. Berhati-hati dengan pihak-pihak yang ingin ‘membantu’ anda membaiki atau mendirikan laman web yang menarik kepada anda. Jangan terkejut jika ianya diberikan secara percuma. Jangan percaya!

Laman Lucah

Mungkin anda secara tidak sengaja meluncuri laman-laman yang digolongkan sebagai laman web untuk orang dewasa, berunsur lucah atau menyediakan bahan-bahan yang memualkan. Jangan anda terkejut bila mana kemungkinan bil telefon anda dibilkan tanpa pengetahuan anda untuk panggilan jauh yang tidak dibuat.

Skim Cepat Kaya

Aha… paling menarik untuk golongan yang ingin cepat kaya tanpa usaha lebih. Bukan setakat dalam dunia nyata sahaja, kemajuan teknologi juga boleh digunakan dalam menjalankan aktiviti ini dalam dunia siber. Pelbagai skim dari berbentuk piramid, mencari ahli, rujukan e-mel malah sampai kepada pujukan memasukkan sejumlah wang dalam akaun tertentu. Siap dengan nombor akaun bank sekali. Jangan percaya. Sekali terkena, menyesal tidak sudah. Dalam internet, lagi sukar untuk dikesan.

Bekerja Di Rumah

Banyak tawaran menambah pendapatan dengan melaksanakan kerja di rumah. Nampak mudah dan menarik. Memang anda lakukan kerja tersebut dengan siap, tetapi bayaran hanyalah dalam bentuk e-mel atau cek siber. Tidak laku di mana-mana pun.

Pelancongan Dan Percutian

Anda dikatakan akan memenangi atau telah memenangi pakej percutian menarik. Selalunya di tempat-tempat yang menjadi idaman anda, sepert kawasan pulau peranginan eksklusif. Anda dibayangkan dengan fantasi menyeronokkan. Akhirnya anda membayar melalui kad kredit sebagai yuran pendaftaran, tetapi itulah sahaja yang anda dapat. Angan-angan fantasi umpama mimpi.

E-mel Rujukan

Skim ini berbentuk rantaian rujukan e-mel. Dikatakan apabila anda panjangkan kandungan yang mengandungi laman web tertentu, anda akan diberikan wang setiap kali rakan-rakan anda pergi ke laman tersebut. Siap dengan kenyataan orang-orang yang telah memperoleh wang dengan cara ini. Suka dinasihatkan, jangan hiraukan e-mel sebegini. Anda akan berakhir dengan sia-sia. Pihak yang untung ialah tuan empunya laman tersebut kerana semakin ramai orang akan melawat ke situ, dan mereka akan mengatakan kepada pengiklan bahawa laman web mereka dikunjungi berjuta orang dalam seminggu. Apa yang anda dapat? Iklan percuma kepada laman tersebut.

Artikel dipetik tanpa diolah daripada Dewan Kosmik Januari 2001 Ms 38-39

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*