4 Cara Menonton YouTube secara Berkualiti Tinggi

YouTubeHD-verticalSeperti yang anda semua mungkin sudah tahu, Youtube telah mengumumkan video yang disiarkan di Youtube boleh diakses dan ditonton dengan kualiti yang tinggi berbanding dengan kualiti sebelumnya. Sehubungan dengan itu, sekiranya anda ingin mengakses video yang berkualiti tinggi tersebut, anda boleh mendapatkannya dengan 3 cara:

1. Cara paling mudah untuk melakukannya adalah dengan mengklik link yang tersedia bagi anda di bawah View Statistics (pandangan statistik) untuk menukar mod video kepada kualiti yang lebih tinggi. Masalah dengan kaedah ini ialah tidak setiap video di Youtube telah dikemaskini untuk memiliki link ini. Hakikatnya, sebahagian besar video tidak mempunyai pautan kepada “View in Higher Quality” di bawah mereka. Jadi, ini menjuruskan kepada kaedah seterusnya.

2. Apabila pautan untuk menukar mod kualiti video tiada dipaparkan, anda sebenarnya boleh melakukan sedikit pengubahsuaian pada kod URL atau kod alamat pada video Youtube tersebut. Dengan bantuan kod ini, anda mampu untuk menonton hampir semua video di Youtube pada kualiti yang lebih baik/tinggi. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menambah sedikit tag pada bahagian akhir URL video yang anda ingin tonton. Tambahkan &fmt=18 pada penghujung URL video tersebut untuk menonton video pada kualiti yang lebih baik dan anda akan mendapati kualiti video tersebut akan lebih jelas kerana resolusi video itu telah bertambah daripada resolusi sebelumnya. Sebaliknya jika trik menambah & fmt = 18 tidak berfungsi pada sesetengah video seperti yang diinginkan, cuba tukarkannya dengan format &fmt=6.

Jika anda menambah tag adalah & fmt = 18, itu akan meningkatkan audio dan resolusi (shingga 480 × 360 piksel) daripada video asal dan menghasilkan sebuah video mirip resolusi jenis MP4. Manakala tambahan &fmt=6 menambahkan resolusi video asal daripada resolusi 320×240 kepada 448×336 (Kualiti video Flash 2 tatacara). Penambahbaikan kualiti ini sebenarnya boleh dikesan pada kebanyakan video-video Youtube yang baru keluar di internet.

Cuba semak perbezaan di antara – Enhanced Youtube Video dengan &fmt=18 and Kualiti piawai video

3. Sekiranya anda adalah pengguna Firefox, ada cara lain untuk menonton video berkualiti tinggi di Youtube. Better Youtube 0.4.2 adalah sebuah addon Firefox baru yang direka oleh Gina Trapani dan boleh digunakan untuk meningkatkan pengalaman Youtube anda. Setelah dipasang dengan menggunakan aturcara berikut: Klik Tools-> Add-ons pada menu bar untuk memilih opsyen-opsyen yang ingin anda aktifkan.

4. Jika anda mempunyai sambungan broadband berkelajuan tinggi, anda boleh memilih untuk memain balik video dengan kualiti yang tinggi (YouTube HD) dengan memilih opsyen link Video Playback Setting selepas anda log in ke akaun Youtube anda. Tetapan lalai yang ditetapkan oleh Youtube ialah membiarkan YouTube memilih. Tetapan piawai ini sesuai untuk talian broadband yang tidak konsisten kelajuan atau kelajuan yang kurang tinggi.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*