Bagaimanakah cara menyimpan laman web kegemaran anda pada PC anda?
Tip ini akan membantu anda untuk menyimpan laman Web kegemaran anda pada komputer anda dengan cara yang betul. Sering kali anda menjumpai laman web, yang mana anda ingin lihat atau baca secara offline/anda tidak bersambung ke internet. Ia mungkin terjadi pada anda puluhan kali dalam sebulan. Di sini saya ketengahkan penyelesaian kepada masalah ini, di mana hampir semua web browser membolehkan anda untuk menyimpan semua halaman Web ke komputer anda dan dengan itu anda boleh menikmati laman tersebut secara off pada bila-bila masa. Ada banyak pilihan di web browser untuk menyimpan laman web kegemaran anda.
Mula-mula, buka laman web kegemaran anda, kemudian pergi ke menu –File- di web browser anda untuk menyimpan laman tersebut. Pada menu -File-, pilih <Save as> sebagai pilihan di sini. Anda harus memastikan lokasi folder di mana anda ingin menyimpan laman web itu dan memilih format yang sesuai untuk menyimpannya pada komputer anda.
Laman Web Lengkap (*. htm, *. html)
Pilihan ini akan menyimpan laman web dalam format HTML biasa. Dengan format ini, Internet Explorer akan menyimpan semua laman web grafik itu hanya dalam satu folder.
Arkib Laman Web, Satu Fail (*. mht)
Dengan menggunakan pilihan ini, IE akan menyimpan laman web dalam satu fail dalam format zip yang dikenali sebagai Multipurpose Internet Mail Extension HTML. Tidak ada folder yang dicipta dengan teknik ini dan ia menyimpan semua grafiks daripada laman web hanya dalam satu fail. Jika anda tidak mahu menggunakan kod HTML, format ini lebih baik untuk menyimpan file apapun kerana opsyen ini akan menyimpan semua jenis fail ke dalam satu fail.
Laman web, hanya HTML (*. htm, *. html)
Dengan opsyen ini anda boleh menyimpan hanya sebahagian HTML laman Web tanpa grafiks. Selepas ini, sekiranya anda ingin membuka laman yang telah anda simpan walaupun mungkin gagal dibaca, kerana grafiks yang biasanya digunakan untuk memegang potongan-potongan daripada laman web tadi tidak disimpan bersama. Jika anda ingin menggunakan kembali kod HTML pada laman web yang ingin anda ciptakan, pilih opsyen ini dan anda perlu memasukkan sendiri grafiks yang bersesuaian untuk laman web yang anda cipta tersebut.
Fail teks (*. txt)
Anda boleh menyimpan laman web sebagai format teks (hanya teks) dengan menggunakan opsyen ini. Jika anda hanya ingin menyimpan teks sebuah laman dan anda tidak perlu kepada foto-foto berkaitan, maka ini adalah pilihan yang baik untuk anda.
Bila anda ingin membaca laman tersimpan, buka browser anda dan pergi ke menu File dan kemudian browse ke folder di mana anda telah menyimpan laman tadi.