Mudahkan Penggunaan Akaun GMail, Google Gadjet dan Aplikasi

integrated-gmailAnda menggunakan akaun GMail untuk sebarang emel anda? Anda juga mungkin pernah menggunakan Google gadjet dan aplikasi seperti Google Calendar, Reader, Notebook, Groups, Maps, Picasa, Situs, Berita dan Portofolio. Ramai di antara kita semua mungkin menggunakan GMail kerana ianya amat reliable, di samping ruang simpanan data untuk emel yang agak besar. Dengan antaramuka yang senang digunakan, GMail sekarang seolah-olah telah menenggelamkan kepopularan Hotmail suatu ketika dahulu. Rata-rata member yang saya jumpa menggunakan Gmail sebagai emel mereka. Tahukah anda bahawa anda boleh mengautomatekan dan memudahkan penggunaan GMail dan Google Gadjet serta aplikasinya hanya dengan menggunakan add-on untuk Firefox.

Easy Browsing atau Mudah Belayar adalah salah satu faktor terpenting dalam mempopularkan sebarang aplikasi di internet. Keupayaan untuk browsing yang semakin mudah dari hari ke hari membuatkan pengguna internet lebih selesa berada di internet dalam jangkamasa yang

lama. Mula-mula wujud link horizontal browsing, kemudian fungsi tab mengambil tempat dan kini adalah sesuatu yang baru, “dilipat Browsing”. Cukup klik dan baca / runtuh. Sangat mudah untuk menelusuri perkhidmatan google sekarang. Jika anda menggemari GMail dan aplikasinya, maka addon atau ekstensi Firefox Integrated GMail ini amat sesuai sekali.

integrated gmail

Apa itu Ekstensi Integrated GMail?
Ianya merupakan satu addon atau ekstensi untuk pelayar Firefox yang membolehkan anda untuk membuat Peti masuk dilipat (collapsible) dan memulakan aplikasi Google seperti Google Calendar, Reader, Notebook, Groups, Maps, Picasa, Situs, Berita dan Portofolio secara terbina dalam antaramuka Gmail mengguna pakai peti masuk (inbox dan bukannya pada sidebar) dengan menggunakan kotak dilipat/dikatup (collaspsible) dan dibuka dengan mudah. Bahkan ia juga menyokong URL tersuai (dengan butang navigasi) dan Google Gadget. Jika anda seorang yang bersifat minimalis dengan peti masuk anda, anda bahkan boleh menghidupkan mod minimalis untuk membersihkan peti masuk bahkan lebih. Ianya juga berfungsi seiring dengan Akaun Google Account dan juga tema Gmail.

Ciri-ciri menarik Integrated GMail:

  • Dilipat/dikatup/dibuka Peti Masuk (Collaspsible Inbox)
  • Peti masuk Mod Minimalis (sesuai untuk seseorang yang inginkan sesuatu yang simpel dan ringkas)
  • Terbina dalam peti masuk GMail dengan ciri-ciri dan aplikasi Google berikut:
    • Kalendar (Google Calendar)
    • Pembaca (Google Reader)
    • Notebook (Google Notebook)
    • Groups (Google Groups)
    • Peta (Google Maps)
    • Picasa (Google Picasa)
    • Situs (Google Sites)
    • Berita (Google News)
    • Portfolio (Google Portfolio)
    • Custom URL
    • Google Gadjet (Google Gadgets)
  • Padam Headers di Termasuk Pages
  • *** Pelayaran Butang Pada-Frame ketika Tepat
  • *** 100% dari Ground Up Redesign daripada Pilihan Interface
  • Bekerja dengan Google App Akaun
    • Bahkan Membolehkan Menggabungkan Ciri Non-App dengan Akaun App
Bersepadu Gmail hampir siap untuk digunakan, tetapi saat ini sebuah percubaan men-download di Pengaya Firefox site.
http://www.inventwheel.com/imagesdb/gmailig.jpg

Memandangkan perkhidmatan GMail dan aplikasi merupakan pilihan majoriti di internet, adalah masuk akal jika kita memilih addon/ekstensi Firefox ini untuk memudahkan dan mengautomate penggunaan ke semua aplikasi berkenaan di bawah satu antaramuka dan Peti Masuk. Harap anda mencubanya!!

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*