Panduan Memilih Nama Domain

godaddyNama domain memainkan peranan penting dalam dunia Internet. Setiap laman web yang ada mesti mempunyai nama domain yang bersesuaian dengan peranan dan fungsi sesuatu individu atau organisasi terbabit. Ini termasuklah memilih nama domain samada untuk tujuan peribadi, bisnes, jenama dan sebagainya. Apa yang penting ialah ianya mestilah unik, bersesuaian dengan fungsi dan kalau boleh senang diingat oleh umum.

Sebelum anda bertindak membeli nama domain, berikut adalah panduan dan tip-tip yang perlu anda ikut dan cuba fikirkan sebelum membuat keputusan:

  1. Pastikan tujuan utama memilih nama domain
    • Jika nama domain anda bersifat peribadi, anda boleh memilih nama domain berdasarkan nama anda atau nickname anda.

Contohnya:

iskandar.com, iskandar.info, aminah.info, syarifahaini.com dsb; sekiranya nama tersebut telah dibeli oleh pelanggan lain, anda boleh menggunakan gabungan nama keluarga, nama tempat atau karektor anda seperti iskandarfamili.com, iskandarmohd.com, ustazsaiful.com, namasayasiti.com, ideasiti.com, chatwithsiti.com, iskandaronline.com dsb.

Anda juga mungkin pernah mempunyai nama nickname yang mungkin tersohor ketika anda belajar di sekolah menengah hatta mungkin juga semasa di universiti. Oleh itu nama seperti meknah.com, tokwan.com, iskandarhansem.info, siticute.com, sifuchan.com dan lain-lain lagi adalah bersesuaian untuk dijadikan nama domain. Anda juga disarankan menggunakan nama seringkas yang mungkin untuk tujuan ianya senang diingat dan ditaip dalam bar alamat browser anda.

  • Jika nama domain anda bersifat jenama atau organisasi, anda perlulah menamakan domain anda berpandukan fungsi dan peranan jenama atau organisasi tersebut.

Contohnya:

Jika organisasi anda membabitkan kanak-kanak pra sekolah, anda boleh menamakan domain anda seperti tadikaumi.com, abc123.com, anakku123.com, jommaingame.com, prasekolah.com, diariprasekolah.com dan lain-lain.

Jika nama sekolah, gunakan nama seperti smkputeri.com, sksrimelor.com dsb. Kalau organisasi anda terlibat dengan orang kurang upaya gunakan nama oraganisasi tersebut dengan sambungan .org contoh: klorphancharity.org, kamioku.org, pibgsmkputeri.org, masjidmelor.org, masjidputra.org dll. Anda boleh juga sambungan .com walau pun ianya pada asalnya bertujuan untuk tujuan komersil.

  • Jika anda mempunyai syarikat atau jenama tertentu, anda boleh menamakan domain anda berpandukan nama syarikat, jenama syarikat atau fungsi dan peranan syarikat/laman web yang anda ingin wujudkan.

Contoh:

Nama domain laman web ini ialah panduanpercuma.info kerana ianya berperanan memberi panduan dan informasi secara percuma kepada umum. Ianya dinama menggunakan Bahasa Melayu kerana peranannya mengenengahkan panduan, tips dan informasi berbahasa Melayu hampir sepenuhnya. Ia menggunakan .info kerana fungsinya memberi infomasi dan domain .info adalah murah berbanding dengan .com atau .org, .net dsb. Jika anda ingin mewujudkan laman web yang berbahasa Inggeris, tentulah ianya tidak sesuai; maka anda harus memikirkan nama domain yang menggunakan Bahasa Inggeris seperti tipsonline.com, myfreeinfo.info, myfreetips4all.net, thisismyfreesite.info dan lain-lain.

Contoh laman web tersohor Malaysia yang termasuk dalam kategori ini ialah Paultan.org (walau pun bersifat personal, tetapi ia mengenengahkan artikel-artikel mengenai permotoran secara global berdasarkan minat beliau dalam bidang tersebut), jeffooi.com, sifoo.com, cari.net, mesra.net dan lain-lain.

2. Pilih nama domain yang ringkas, bermakna, senang disebut dan diingat

Selain drp tujuan utama di atas, anda seboleh-bolehnya mencari nama domain yang ringkas, senang diingat dan memberi makna kepada umum. Anda perlulah kreatif mencipta nama domain dan memastikan ianya tidak digunakan oleh orang lain. Sekiranya nama domain tersebut telah diambil, anda boleh menggunakan hypen atau tanda tolak (-) dalam nama. Biasanya, jika perlu hanya gunakan 1 hypen sahaja untuk nama domain.

Contoh:

Jika nama sifuonline.com telah tiada, anda boleh cuba sifu-online.com atau sifoo-online.com, ahmadihassan.com ࠠ ahmadi-hassan.com, karyakreatif.com karya-kreatif.com dsb.

Kalau nama domain dalam Bahasa Inggeris, anda boleh menggunakan gantian nombor/huruf kepada perkataan seperti for 4, to 2, are r, you u.

Contoh:

ideasforstudents.com ideas4students.com, tipsforkids.org tips4kids.org,

infoforyou.info info4u.info, toysareus.com toysrus.com, wearemuslims.org wermuslims.org, kidsarefunny.net kidsrfunny.net dan sebagainya.

Inilah yang dikatakan nama yang memberi makna kepada umum.

Menamakan nama domain mestilah kreatif. Ini kerana terlalu banyak nama domain yang dibeli pelanggan saban tahun sehingga mencecah 10,000 unit setahun. Ianya memberi masalah kepada sesiapa yang ingin membeli nama baru kerana nama kebanyakan telah diambil.

3. Pilih nama sambungan domain berpandukan fungsi organisasi, syarikat, jenama dan tema laman web anda.

  • Sekiranya anda ingin mewujudkan domain yang berorientasikan komersil, anda disarankan menggunakan sambungan domain .com terlebih dahulu kerana sambungan .com lebih popular dan mendapat kelebihan dari segi ranking dalam enjin pencari seperti Google dan Yahoo. Jika tiada, barulah anda memilih sambungan yang lain seperti .org, .net, .biz dsb.

Sekiranya fungsi organisasi atau laman web anda lebih kepada yang lain, anda boleh menggunakan sambungan seperti .info untuk informasi, .tv untuk online tv atau jenama syarikat anda bersifat produksi tv, .fm untuk radio, .edu untuk institusi pendidikan seperti kolej dan universiti, .net networking, .me untuk tujuan peribadi, atau pun menggunakan nama domain mengikut negara masing-masing seperti .com.my dan sebagainya; malah boleh juga memilih nama domain level tertinggi bagi sesebuah negara seperti .my dengan bayaran yang agak premium sedikit.

4. Perlukah Saya Menggunakan Hypen (-) Dalam Nama Domain

Ini merupakan pilihan peribadi masing-masing. Secara umumnya, menggunakan hypen atau tanda tolak (-), adalah kurang digalakkan namun ada banyak juga laman web yang berjaya dengan nama sedemikian.

Sebab-sebab ianya tidak digalakkan adalah:

  • Kita akan mudah lupa untuk menaip hypen dalam nama domain. Ini kerana nama domain lebih senang dirujuk bila tanpa perkataan dsh/hypen.
  • Nama domain yang menggunakan hypen (-) biasanya amat sukar untuk dirujuk secara verbal (kata-kata). Jika ia ditulis atau dipaparkan pada mana-mana iklan, ia mungkin tidak menjadi masalah. Sebagai pengguna internet, anda mungkin lebih senang menaip nama domain tanpa hypen dalam bar alamat di browser anda.

Sebab-sebab ianya sesuai digunakan:

  • Ianya menjadi satu kelebihan jika nama domain yang mahu telah tiada, dan kita hanya perlu menambah 1 hypen antara 2 perkataan dalam domain tersebut. Contoh telah saya sebutkan sebelum ini.
  • Kelebihan ke-2 ialah enjin pencari seperti Google akan mudah mengenali nama domain anda kerana ianya merupakan beberapa perkataan yang dipisahkan oleh -, oleh itu peluang untuk domain anda muncul dalam senarai enjin pencari adalah lebih baik berbanding dengan nama domain yang tanpa hypen. Contoh: nama domain www.popularartistssay.com lebih sukar dianalisa oleh Google berbanding dengan www.popular-artits-say.com

Secara peribadi, saya tidak gemar akan hype (-) pada nama domain tetapi hakikatnya penggunaannya mungkin bergantung kepada kesesuaian nama domain yang anda inginkan dan situasi keperluan ketika itu.

Saya harap dengan panduan ini, anda lebih berhati-hati menamakan domain anda dan saya berharap anda menemui nama domain yang anda perlukan.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*