BolaStore.com - Jersi Bolasepak Malaysia Original!

Enjin Pencari Yang Halal Lagi Toyyibah

halalAnda menggunakan Google? Saya pasti anda menggunakan Google seperti juga 80% pengguna internet yang lain. Google merupakan enjin pencari tersohor di dunia, namun ianya boleh dikatakan tidak HALAL kerana hsil cariannya menjangkaui pelbagai aspek temasuk perkara-perkara yang boleh dikelasifikasikan sebagai TIDAK HALAL. Apa sebenarnya TIDAK HALAL ini? Apa pula yang HALAL?

Secara amnya, perkara yang halal di sisi Islam adalah perkara yang tidak haram dan bersesuaian dengan kod etika umat Islam sejagat. Oleh itu, hasil carian Google yang menampilkan semua keputusan dari rating U (Umum) sehinggakan XXX (triple XXX) sememangnya tidak bertepatan dengan lunas-lunas Islam. Maka sewajarnya enjin pencari Google tergolong dalam kategori enjin pencari yang TIDAK HALAL – lebih-lebih lagi apabila ianya digunakan oleh kanan-kanak.

Apakah ada enjin pencari yang HALAL dan mesra pengguna terutama kepada kanak-kanak? Jika anda seorang yang benar-benar inginkan enjin pencari yang HALAL, anda tidak perlu risau kerana mulai sekarang anda boleh menggunakan khidmat enjin pencari yang dinamakan “ImHalal.com” -satu-satunya enjin pencari yang HALAL lagi toyyibah di dunia ini. Setelah mencubanya, saya dapati enjin pencari ini amat pantas (walaupun tidak sepantas Google, namun ianya masih lagi pantas) dan betul-betul mesra pengguna kanak-kanak atau mesra pengguna Islam. Ianya didatangkan dengan 20 bahasa utama dunia termasuk Bahasa Melayu (seperti juga Google) dan anda juga boleh memuat turun toolbar “ImHalal” ke dalam browser anda seperti Internet Explorer dan Firefox, membolehkan anda mencari sebarang item melalui browser kesayangan anda.

Enjin Pencari ImHalal.com

Enjin Pencari ImHalal.com

Anda boleh mencuba enjin pencari HALAL ini di pautan http://imhalal.com Format pencariannya agak tipikal seperti  Google di mana di samping mencari laman web, anda juga boleh mencari Images (gambar/foto), Berita (News) dan juga Quran Search (cari teks dan makna ayat-ayat Al-Quran).

Yang pasti, tiada lagi teks-teks carian yang ofensif seperti sex/seks, nude/bogel dan seumpamanya. Kalau nak tahu, cuba masukkan teks seks dalam kotak carian dan cuba lihat hasilnya. Anda pasti terkejut kerana tiada hasil carian yang memenuhi kriteria teks ofensif tersebut. Syabas!! Syabas diucapkan kepada pengendali laman web tersebut.

Filed Under: Internet

Tags: , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.

 

Artikel Terkini di PanduanPercuma.info

No thumbnail available

Hayati Erti Sebenar Korban Dalam Islam

June 18th, 2013

Umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Haji / Hari Raya[...]


Fahami Tujuan Perkahwinan Dalam Islam

Fahami Tujuan Perkahwinan Dalam Islam

June 16th, 2013

Pembentukan keluarga itu bermula dengan perkahwinan. Perkahwinan itu mempunyai tujuan dan matlam[...]


Teknik Persembahan atau Presentasi Yang Berkesan

Teknik Persembahan atau Presentasi Yang Berkesan

June 14th, 2013

Teknik persembahan adalah sebahagian daripada ilmu komunikasi. Komunikasi itu sendiri adalah penyamp[...]


Hidup Tanpa Seks

Hidup Tanpa Seks

June 12th, 2013

DIANGGARKAN satu peratus daripada penduduk di dunia terdiri daripada mereka yang hidup tanpa seks da[...]


Mutiara Kata Khalil Gibran – Bhg II

Mutiara Kata Khalil Gibran - Bhg II

June 9th, 2013

Berikut adalah sambungan kepada artikel sebelum ini iaitu koleksi mutiara kata terpilih daripada[...]


This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
Tahun Baru Hijrah – Amalan Mulia di Bulan Muharam

Alhamdulillah kita telah memasuki tahun baru hijrah dan bermulalah bulan Muharam untuk tahun 1431H. MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah...

Close
18 queries in 0.782 seconds.