7 Penghos Fail Online Percuma

filedropperKebelakangan ini, keperluan ruangan untuk menyimpan fail atau data di komputer telah bertambah. Saiz gambar telah menjadi semakin besar, ditambah pula dengan banyak fail audio, video dan gambar yang dimuat turun daripada internet menyebabkan ruangan hard disk pada komputer kita semakin berkurangan. Secara peribadi, saya sendiri amat cepat kehabisan ruangan pada beberapa drive setiap masa. Mungkin anda sedang berusaha untuk mendapatkan fail dihantar kepada seseorang, tapi terlalu besar saiznya untuk lampiran pada emel anda. Mungkin juga anda ingin membuat sandaran (backup) beberapa fail untuk dimuat turun kemudian atau dimuat turun beberapa kali. Itulah sebabnya ada perlukan penghos fail percuma yang membolehkan anda menyimpan fail anda secara online.

Saya telah menemukan banyak syarikat penghos fail (file hosting) yang berbeza, namun kebanyakan dari mereka menyediakan saiz ruangan yang sangat kecil atau pun ciri-ciri yang agak terhad. Tetapi berikut adalah senarai penghos fail yang boleh dikategorikan sebagai yang terbaik untuk tujuan simpanan fail secara online. Tanpa urutan tertentu, berikut adalah senarai tersebut:

1. Filedropper – Filedropper menakjubkan. Yang perlu anda lakukan untuk meng-upload gambar klik “Upload Foto”, pilih fail.

Banyak laman penghos fail percuma memberikan pilihan kepada pengguna untuk meng-upload file sehingga antara 100-150MB, namun Filedropper memungkinkan pengguna untuk meng-upload fail sehingga kapasiti ruangan yang mengkagumkan iaitu 5GB!

Setelah anda selesai meng-upload sesebuah file, Filedropper memberikan anda link dan kod sumber untuk digunakan pada sesebuah laman web, jika anda suka.

2. Fileqube – Fileqube merupakan salah satu laman hosting gambar percuma. Rekabentuk lamannya yang begitu menarik dan pantas mengiakan lagi tujuan sebenar laman berkenaan. Ketika anda meng-upload sesebuah file, link ini disediakan untuk men-download file, link untuk memadam fail, dan kod HTML untuk ditambah ke sebuah website, dan lain-lain. Namun, sayang sedikit, ia hanya memungkinkan anda untuk upload hingga 150MB, namun yang paling jelas ianya salah satu penghos fail percuma yang terbaik.

3. MyFreeFileHosting– MyFreeFileHosting memiliki antaramuka yang mirip dengan MediaFire’s. Ini termasuk pilihan untuk menghantar notis emel kepada seseorang untuk memberitahu mereka tentang fail yang anda upload, tag untuk mengkategorikan fail, dan lain-lain lagi. Tentu saja, selepas satu-satu fail diupload, link akan diberikan kepada anda untuk tujuan pengedaran fail tersebut. Saiz fail maksimum yang dibenarkan adalah 100MB.

4. Fileden – Fileden adalah salah satu penghos perkhidmatan fail percuma yang paling berguna kerana anda dibenarkan untuk meng-upload fail, tanpa memerlukan sebarang akaun, simpanan fail terhad kepada 100MB, tetapi anda dibenarkan untuk mendaftar atay membuka akaun dengannya membolehkan anda menyimpan fail online tnapa had, tanpa had dari segi banwidthnya, pilihan untuk mencipta sesuatu projek, kemampuan untuk menggantikan jumlah gambar, statistik fail, statistik projek, dan sebagainya.

5. Easyshare – EasyShare menambah lebih banyak ciri untuk menghos fail. Mendaftar dan meng-upload fail dapat dilakukan dengan cepat, dengan akaun yang membolehkan anda men-download fail beberapa kali. Tidak seperti pengehos fail percuma yang lain, EasyShare membayar pengguna untuk upload. Jika fail yang diupload tersebut mempunyai jumlah downloadnya 10,000 kali, anda akan menerima bayaran USD$20. Jika anda mempunyai toolbar peribadi di laman Web, anda boleh menerima wang daripada mereka yang di upload melalui toolbar dan jika anda merujuk atau menaja orang lain untuk EasyShare anda akan menerima 10% daripada pendapatan mereka.

Apa yang menarik mengenai laman ini adalah pilihan upload. Anda boleh meng-upload ke hos ini daripada komputer anda, meng-upload menggunakan pelayan FTP, upload menggunakan perisian bebas, atau menggunakan remote upload dari pelayan lainnya. Saiz fail maksimum untuk sebuah akaun percuma 100MB. Satu lagi, ia juga menyedia perantaraan pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu!

6. FileFactory – FileFactory juga mirip dengan semua penghos fail sebelum ini, melainkan menyokong pilihan untuk menghantar notis emel kepada seseorang yang diupload. Sayangnya, FileFactory mengandungi sejumlah besar iklan jika anda tidak memilih perkhidmatan premiumnya. Namun, tidak seperti penghos fail lain, kadar saiz maksimum sesuatu fail yang diupload adalah 300MB yang merupakan jumlah besar per fail sebagai perbandingan. Sama juga dengan EasyShare, pengguna akan dibayar untuk setiap download yang mereka terima daripada fail tersebut.

7. Badongo – Badongo adalah penghos fail percuma yang sangat kemas dan menarik, dan ianya pasti merupakan sala satu hos yang terbaik. Sebagai pengguna yang belum berdaftar, anda dibenarkan untuk meng-upload sehingga saiz mencecah 4.8GB sehari dan sebagai pengguna berdaftar percuma, 12GB sehari dibenarkan. Untuk membuatnya mirip dengan Filedropper, Badongo memungkinkan pengguna untuk meng-upload file daripada saiz maksimum 1GB. Sebaik saja anda mendaftar dengan Badongo, anda bukan saja akan menerima akaun untuk menyimpan semua fail anda, tapi ia juga membenarkan anda untuk membuat foto album dari gambar-gambar yang anda simpan itu. Ini merupakan ciri yang amat mengkagumkan di samping perkhidmatan terbaik yang sedia ada.

Antara ciri-ciri lainnya termasuk pilihan untuk memainkan fail lagu MP3 pada laman web anda secara lansung daripada fail storan anda dengan memasukkan kod daripada akaun anda, kemampuan untuk mencipta pertunjukan slaid dengan special effects daripada gambar-gambar anda, alatan fail widget untuk ditempatkan dan pamerkan pada laman web anda, aplikasi desktop untuk meng-upload fail dengan pantas dan lain-lain ciri lagi.

Begitulah senarai penghos fail percuma yang sememangnya berguna untuk menyimpan fail-fail anda atau foto, lagu dan sebagainya. Ianya mat mudah digunakan dan ditambsh pula dengan pelbagai ciri menarik yang perlu diterokai oleh semua. Selamat mencuba!

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*