Enjin Pencari Alternatif di Internet

searchenginesBercakap pasal Search Engine atau Enjin Pencari di internet, anda pasti akan terus terfikir akan Google, Yahoo atau pun yang terbaru Microsoft Bing. Yang pasti hampir 99% pengguna internet menggunakan Google sebagai enjin pencari maklumat termasuklah saya sendiri kerana keberkesanannya mendapat maklumat tertentu dengan tepat. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat banyak lagi enjin pencari lain yang memainkan peranan peranan yang sama atau fungsi yang lebih spesifik berbanding dengan Google atau pun Yahoo?

Berikut saya senaraikan 10 enjin pencari utama yang terdapat di internet:

  1. Alta Vista – http://www.altavista.com
  2. AOLNetfind – http://search.aol.com/
  3. Bing – http://www.bing.com
  4. Excite – http://www.excite.com
  5. Google – http://www.google.com
  6. Hotbot – http://www.hotbot.com
  7. Infoseek – http://www.infoseek.com
  8. Lycos – http://www.lycos.com
  9. Webcrawler – http://www.webcralwer.com
  10. Yahoo – http://www.yahoo.com/

Walau bagaimanapun, terdapat juga enjin pencari yang berfungsi lebih spesifik kepada topic atau subjek tertentu. Misalnya, enjin pencari imej atau gambar, dokumen pdf, fail musik seperti MP3, fail video, icon dan lain-lain yang mungkin dapat memberi keputusan yang lebih spesifik. Tidak dinafikan, enjin pencari utama mampu menghasilkan keputusan yang sama, namun kehadiran enjin pencari spesifik ini lebih memudahkan pengguna-pengguna internet mencari apa yang mereka perlukan.

Berikut adalah enjin-enjin pencari spesifik yang saya maksudkan. Anda boleh mencubanya sendiri dan tuliskan komentar di sini samada ianya benar-benar berguna atau pun sebaliknya mengikut pendapat anda. Senarai tersebut adalah:

Enjin Pencari Imej/Gambar

Imageryhttp://elzr.com/imagery – merupakan enjin pencari imej kegemaran saya (selain daripada Google Iimage) berdasarkan kepada sistem yang “simple” dan “intuitive”. Anda akan dipamerkan dengan imej dan ciri-cirinya seperti saiz resolusi (dlm piksel) dan anda juga boleh memilih “preference” untuk menentukan ciri-ciri lain seperti jenis fail format – (PNG, JPG dsb) warna (B&W, greyscale, color) dan saiz (kecil, sedang, besar). Cuba gunakannya – anda pasti merasa kagum dengan hasil yang anda dapati berbanding dengan Google.

imagery

Enjin Pencari PDF

PDFSearchEnginewww.pdf-search-engine.com – merupakan enjin pencari fail PDF. Alterntif lain PDFGeni dan PDF-Searcher.com

pdfgeni

Enjin Pencari Torrent

Torrentzhttp://www.torrentz.com/ – atau pun Torrent Finderhttp://torrent-finder.com/ merupakan enjin pencari torrent yang terbaik di internet di mana anda boleh mencari filem/movie dan siri televisyen. Laju dan efisien. Altenatif lain ialah Toorgle

torrentfinder

Enjin Pencari Muzik/MP3

http://skreemr.com/ – Enjin pencari Mp3 untuk mencari lagu/muzik beformat mp3. Alternatif lain ialah Songza.com (muzik), MusicGama.com dan MP3Realm.org

skremer

Enjin Pencari Icon

IconFinder.net, iconlet.com, iconseeker.com – khas untuk penggemar icon. Mencari icon dengan lebih mudah dengan enjin pencari ini.

iconfinder1

Enjin Pencari YellowPages

Tujuan untuk mencari nama dan alamat sesuatu organisasi atau syarikat seperti buku yellowpages di setiap negara di dunia ini. Biasanya setiap negara mempunyai laman web yellowpages masing-masing seperti di Malaysia – Malaysia Yellowpages dsb. Di sini saya masukkan satu enjin pencari yellowpages yang universal iaitu WowYellowpages.com di mana anda boleh memilih yellowpages beberapa negara utama dunia daripada senarai direktori yang disediakan.

my-yellowpages

Saya rasa memadailah dengan senarai enjin pencari tersebut. Cuba gunakan dan anda mungkin mendapati ianya amat berguna untuk situasi-situasi yang tertentu. Mungkin pada entri yang lain, saya akan menulis artikel secara terperinci mengenai sesuatu enjin pencari yang terpilih.

SELAMAT MENCUBA!!

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*