Panduan Blogger – Tips Blog Muncul di Enjin Pencari

Okay…anda sudah mempunyai blog atau laman web sendiri. Tapi ramai yang tidak tahun akan kewujudannya. Atau mungkin, jika dicari dalam enjin pencari seperti Google dan Yahoo, nama blog anda tidak muncul, kenapa? Apa sebenarnya yang perlu anda buat agar kehadiran blog anda diketahui umum. Apakah silap anda? Bagaimanakah blog rakan-rakan anda muncul pada enjin pencari? Realitinya, membuat blog adalah senang tetapi mempromosi dan menghebahkan kewujudan blog anda kepada umum tidak semudah yang kita rasakan…

Di sini saya ingin berkongsi tip-tip ringkas bagaimana untuk membolehkan blog kita muncul dlam enjin pencari seperti Google dan Yahoo.  Apatah lagi untuk muncul pada halaman pertama dalam enjin pencari sudah tentu amat sukar kerana persaingan dalam internet tersangat hebat. Sebenarnya, ada banyak cara yang perlu dilakukan oleh anda agar blog anda wujud di mata umum, bermula dengan script-script yang dipasang, penggunaan meta tag yang bertepatan sehinggalah menggunakan khidmat SEO (Search Engine Optimization).  Berikut adalah tip-tip yang boleh anda gunakan:

Tip untuk Google
1. Cuba taipkan alamat URL blog kamu di google search,  kemudian tekan Enter. Jika blog anda muncul, ini bererti ianya sudah di indeks  oleh Google, e tapi mungkin masih kalah bersaing dengan yang lain. Dan jika blog anda tidak muncul bererti ianya belum memasuki indeks Google. Cuba daftarkan blog anda di http://google.com/addurl. Hasilnya tidak terus menjadi, kerana ianya memerlukan waktu supaya blog kita diindeks  oleh google.

2. “Title Blog” atau tajuk blog, jika membuat blog tentunya kita disuruh untuk membuat title blog. Title blog ini sangat penting dan sangat berpengaruh terhadap hasil pencarian di search engine, jadi pintar-pintarlah untuk memilih title blog anda. Buatlah title blog yang menggambarkan isi dan kandungan artikel blog anda. Jangan terlalu panjang dan jangan terlalu pendek.

3. “Title Posting” atau tajuk post anda. Title posting ini juga hampir sama pentingnya dengan title blog. Dalam membuat title posting atau judul kiriman hendaknya difikirkan betul-betul, bayangkan teks-teks title/judul yang paling sesuai dengan post anda. Juga bayangkan sekiranya anda yang mencari artikel di internet. bagaimana halatuju anda mencarinya, entri teks atau katakunci / keyword yang anda cari. Sebaik mungkin, anda gunakan “Keyword Tool” untuk mendapat idea bagaimana seseorang mencari teks dalam Google.

4. “Update Blog”, sering-seringlah mengupdate atau mengemaskini blog anda setidaknya sekali atau dua dalam satu minggu. Perkara ini berlaku pada salah satu blog saya, di mana saya tidak menggemaskinikan blog tersebut secara berkala, dan kesannya jumlah kunjungan tetamu berkurangan. Setelah saya kembali mengupdatekannya, ianya meningkat secara agak drastik.

5. “Promosikan blog anda”, promosikan blog anda ke banyak web/blog, forum, laman-laman yang menyediakan hebahan percuma. Cuba buat linkexchange atau pertukaran link dengan rakan-rakan blogger yang yang lain. Di samping itu, apabila nada menyertai sebarang forum, pastikan anda letak “signature” anda dengan link ke blog anda. Jangan terlalu strict meletakkan link tersebut, sebaliknya gunakan cara kreatif dengan link tersebut.

Anda juga disaran lakukan “blogwalking” atau menjelajah dari satu blog ke blog yang lain, tinggal komen yang berfaedah dan menarik pada entri atau artikel dalam blog tersebut. Di samping itu juga, anda juga boleh menggunakan “shoutbox” atau “ruangan chat” untuk mengajak tetamu lain mengunjungi blog anda.

Hakikatnya, semakin banyak link blog anda tersebar pada blog-blog yang lain, maka semakin kerap pula spider searh engine mengunjungi blogmu. Ini boleh mempertingkatkan daya saing blog anda di mata search engine tadi..

Diharap tip-tip ini dapat diguna pakai sebaiknya. Walau bagaimana pun, ia tidak menjamin blog anda akan terus berjaya memasuki hasil pencarian pada search engine kerana metod sebenar penghasilan carian pada search engine bergantung kepada algoritma yang gunakan oleh search engine tersebut.

Selamat mencuba!!

Filed Under: Internet

Tags: , , , , ,

4 comments on “Panduan Blogger – Tips Blog Muncul di Enjin Pencari

  1. zik on said:

    erm baru bulan lepas add url untuk google.. huhu..

  2. tokjogho on said:

    amacam zik? dah muncul dlm enjin google ke? blog ni..alhamdulillah mendapat pengunjung hampir 80% drp enjin pencari mcm google dan yahooo.

  3. nuaz on said:

    wah….info yang bagus untuk saya… thanx..

  4. madkie on said:

    menarik, alhmdllh dh brjya bt..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.

 

File not writeable: /home/panduanp/domains/panduanpercuma.info/public_html/wp-content/plugins/specialrecent_v2.4.3/cache/MTAwMTAwbm82MTU1LTE1MHgxNTA=.jpg
Problem detected on file: /home/panduanp/domains/panduanpercuma.info/public_html/wp-content/uploads/2013/02/6155-150x150.jpg
File not writeable: /home/panduanp/domains/panduanpercuma.info/public_html/wp-content/plugins/specialrecent_v2.4.3/cache/MTAwMTAwbm82MTUyLTE1MHgxNTA=.jpg
Problem detected on file: /home/panduanp/domains/panduanpercuma.info/public_html/wp-content/uploads/2013/02/6152-150x150.jpg

Artikel Terkini di PanduanPercuma.info

No thumbnail available

Kelawar Dan Bagaimana Cara Mengawalnya

May 23rd, 2013

Jika kita tinggal di kawasan kampung atau di kawasan yang berbukit dan berhutan, ada kemungkinan rum[...]


No thumbnail available

Panduan Solat Istikharah

May 19th, 2013

SOLAT ISTIKHARAH Apabila seseorang itu berada di dalam keadaan dilema terhadap sesuatu perkara yang[...]


Puasa Bagi Pesakit Diabetes

Puasa Bagi Pesakit Diabetes

May 14th, 2013

DIABETES Mellitus (DM) adalah penyakit kronik di mana terdapat kadar gula berlebihan di dalam darah [...]


Kisah Janda Yang Dahaga

Kisah Janda Yang Dahaga

May 10th, 2013

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami….[...]


7 Kebaikan Tidur Awal

7 Kebaikan Tidur Awal

May 10th, 2013

Kita selalu disyorkan untuk tidur tujuh hingga lapan jam setiap hari, atau tidur lebih awal dan bang[...]


This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
Tips Jaga Kesihatan Kepala dan Kecantikan Rambut

Rambut sememangnya mahkota wanita. Beberapa petua yang sering diamalkan oleh orang dulu-dulu nyata kebanyakannya membawa kesan yang mujarab jika selalu diamalkan walaupun sukar dibuktikan dengan...

Close
8 queries in 1.370 seconds.