BolaStore.com - Jersi Bolasepak Malaysia Original!

Apa itu RSS?

KEMUDAHAN langganan maklumat melalui Really Simple Syndication [RSS] adalah kaedah mendapatkan maklumat terkini setiap kali laman web dikemas kini. Konsep penggunaan RSS dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama, laman web yang memberikan kemudahan langganan RSS. Bahagian kedua pula adalah perisian digunakan untuk membaca paparan langganan RSS.

1. Melakukan langganan di laman web yang mempunyai kemudahan RSS.

Sebelum sesebuah laman web boleh dilanggan menggunakan teknik RSS, laman web terbabit perlulah mempunyai kemudahan langganan RSS. Pengunjung boleh mengetahui sama ada laman web itu memberikan kemudahan langganan melalui RSS atau tidak dengan mencari tanda seperti berikut:

A. Simbol ikon RSS  atau

B. Capaian yang memaparkan kemudahan RSS.

C. Paparan capaian yang mengandungi alamat RSS.

D. Alamat laman web atau blog yang membenarkan langganan melalui alamat. [Terdapat ikon RSS di sebelah alamat]

Selepas anda dapat mengesahkan laman web terbabit mempunyai kemudahan RSS melalui kaedah di atas, langkah seterusnya adalah menyalin alamat yang mengandungi maklumat RSS itu.

Untuk menyalin alamat RSS yang diberikan, perlu ikuti langkah berikut :

a. Klik di atas ikon simbol RSS dengan menekan butang tetikus sebelah kanan dan pilih : Copy Link Location.

b. Klik di atas alamat yang dipaparkan dan salin alamat yang diberikan.

c. Salin alamat laman web atau blog yang mengandungi ikon RSS di sebelahnya.

2. Memasukkan alamat RSS ke dalam perisian melanggan RSS.

Antara perisian melanggan maklumat RSS secara online adalah http://reader.google.com. Tetapi anda perlu mendaftar untuk mendapatkan kemudahan langganan terlebih dulu.

Selepas proses langganan dilakukan, bolehlah memasukkan alamat RSS yang ingin dilanggan dalam ruang disediakan.

Sebaik langganan selesai, maklumat terkini yang terdapat dalam laman web itu akan dipaparkan di sebelah kanan ruang langganan.

Jika reader.google.com adalah kemudahan pembacaan RSS secara online melalui laman web, terdapat juga kemudahan untuk membaca RSS secara perisian yang boleh disimpan di dalam komputer.

Ini membolehkan maklumat yang dilanggan dibaca walaupun tanpa capaian ke Internet. [Capaian hanya diperlukan semasa proses memuat turun maklumat RSS]. Perisian yang boleh digunakan untuk tujuan terbabit adalah seperti FeedReader. Feedreader boleh dipindah turun di www.feedreader.com.

Selain daripada melanggan kemudahan RSS seperti yang dibincangkan, RSS boleh dilanggan melalui telefon bimbit.

Apa yang diperlukan adalah kemudahan perisian RSS di dalam telefon bimbit dan salin semula alamat RSS yang diperoleh di laman web ke pembaca RSS di telefon bimbit.

Dengan teknik ini, maklumat terkini di dalam laman web akan dipaparkan di dalam telefon bimbit.

Jika tidak mempunyai perisian RSS di telefon bimbit, pengguna masih boleh membaca langganan RSS secara online di telefon bimbit jika menggunakan kemudahan reader.google.com. Caranya adalah dengan menaipkan alamat reader.google.com di dalam ruang browser di telefon bimbit anda.

Filed Under: Internet

Tags: , , ,

2 comments on “Apa itu RSS?

  1. wazy on said:

    salam bro,info tetang rss ni best la,nanti nak try guna google reader lak,thanks for sharing bro

  2. tokjogho on said:

    sure no problem! dtg lagi ke blog ni ye…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.

 

Artikel Terkini di PanduanPercuma.info

No thumbnail available

Hayati Erti Sebenar Korban Dalam Islam

June 18th, 2013

Umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Haji / Hari Raya[...]


Fahami Tujuan Perkahwinan Dalam Islam

Fahami Tujuan Perkahwinan Dalam Islam

June 16th, 2013

Pembentukan keluarga itu bermula dengan perkahwinan. Perkahwinan itu mempunyai tujuan dan matlam[...]


Teknik Persembahan atau Presentasi Yang Berkesan

Teknik Persembahan atau Presentasi Yang Berkesan

June 14th, 2013

Teknik persembahan adalah sebahagian daripada ilmu komunikasi. Komunikasi itu sendiri adalah penyamp[...]


Hidup Tanpa Seks

Hidup Tanpa Seks

June 12th, 2013

DIANGGARKAN satu peratus daripada penduduk di dunia terdiri daripada mereka yang hidup tanpa seks da[...]


Mutiara Kata Khalil Gibran – Bhg II

Mutiara Kata Khalil Gibran - Bhg II

June 9th, 2013

Berikut adalah sambungan kepada artikel sebelum ini iaitu koleksi mutiara kata terpilih daripada[...]


This site is protected by WP-CopyRightPro 16 queries in 1.043 seconds.