5 Kesilapan Pengendali Goolge Adsense

Pernahkah anda meletakkan iklan pada blog anda dengan Google melalui perkhidmatan Google Adsense? Tahukah anda beberapa perkara yang perlu anda tahu sebagai pengiklan dan beberapa kesalahan atau kesilapan yang anda mungkin tidak tahu. Berikut disenaraikan 5 kesilapan asas yang biasanya dilakukan oleh para pengiklan Google Adsense terutama mereka yang dianggap newbie dalam perkhidmatan ini:

Kesilapan 1:  Tidak Mengikuti Perkembangan TOS

Term of Service atau TOS Google Adsense selalu berubah setiap waktu. Sesuatu yang semalamnya legal untuk dilakukan mungkin hari ini sudah menjadi sesuatu yang ilegal. Oleh itu periksa dan bacalah TOS  dengan teliti dan sering-seringlah menjenguk masuk ke dalam Forum yang membahas isu Adsense.

Kesilapan 2: Mengundang Orang Lain untuk Mengklik Iklan

Mengklik iklan sendiri tentulah merupakan sebuah kesalahan yang sangat jelas dan kerana itu tidak ada toleransi untuk kesalahan ini. Begitu juga jika sekiranya anda menyuruh orang lain untuk mengklik iklan anda, dengan menggunakan sebaris teks yang menganjurkan mereka untuk mengklik iklan yang terpasang di blog Anda.

Kesilapan 3: Memilih bentuk Iklan yang Tidak Tepat

Dua kesilapan diatas, iaitu kesilapan 1 dan 2 boleh mengakibatkan Akaun Adsense anda ditutup. Namun, kesalahan yang satu ini hanya mengakibatkan  pendapatan Anda. Bentuk iklan yang disediakan oleh Google pastinya boleh diletakkan di semua sudut halaman blog anda. Namun ingat, hanya satu bentuk iklan tertentu sajalah yang mampu memberikan pemasukan tinggi.  Begitu juga, anda hanya dibenarkan meletakkan 3 iklan adsense sahaja pada sesuatu laman. Jika lebih, ianya menjadi satu kesalahan pada Google.

Kesilapan 4: Salah Memilih Warna

Mungkina nda berfikir bahawa iklan yang berwarna-warni akan mampu menarik perhatian dan kelihatan menarik. Hal ini merupakan satu kesilapan besar. Oleh itu sebaiknya gunakanlah warna latar belakang blog yang sama dengan warna latar belakang halaman iklan anda, begitu juga dengan warna font-nya. Betepatan dengan TOS Google Adsense, iaitu dilarang mengedit kod iklan, maka tidak diperbolehkan untuk mengedit warna background iklan adsense Anda.

Kesilapan 5: Kesilapan Pemilihan Halaman

Beberapa halaman di blog anda merupakan tempat strategik untuk memasang iklan. Oleh kerana itu, tempatkan iklan di halaman strategik yang sering dikunjungi orang dan hindari daripada meletakkan iklan dengan alasan agar sebuah halaman blog terlihat cantik atau serasi. Penempatannya boleh anda letakkan di sidebar, bahagian atas halaman, atau bahkan di dalam sebuah artikel.

Semoga nasihat ini menjadi pedoman asas kepada sesiapa yang ingin mencuba Google Adsense.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

2 thoughts on “5 Kesilapan Pengendali Goolge Adsense

  • 23/04/2010 at 11:02 am
    Permalink

    erm panduan yang benar2 membantu… kadang2 silap letak tempat yang betul (letak bawah sangat)..jadi orang tak tahu advertiment… tuh

    Reply
    • 23/04/2010 at 3:13 pm
      Permalink

      tok masih belum bersedia lg utk masukkan iklan adsense mau pun nuffnang. tunggu ckit lg bila trafik meningkat…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*