Apa itu RSS?

KEMUDAHAN langganan maklumat melalui Really Simple Syndication [RSS] adalah kaedah mendapatkan maklumat terkini setiap kali laman web dikemas kini.

Konsep penggunaan RSS dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama, laman web yang memberikan kemudahan langganan RSS. Bahagian kedua pula adalah perisian digunakan untuk membaca paparan langganan RSS.

1. Melakukan langganan di laman web yang mempunyai kemudahan RSS.

Sebelum sesebuah laman web boleh dilanggan menggunakan teknik RSS, laman web terbabit perlulah mempunyai kemudahan langganan RSS. Pengunjung boleh mengetahui sama ada laman web itu memberikan kemudahan langganan melalui RSS atau tidak dengan mencari tanda seperti berikut:

  • Simbol ikon RSS ? atau 
  • Capaian yang memaparkan kemudahan RSS.
  • Paparan capaian yang mengandungi alamat RSS.
  • Alamat laman web atau blog yang membenarkan langganan melalui alamat. [Terdapat ikon RSS di sebelah alamat]

Selepas anda dapat mengesahkan laman web terbabit mempunyai kemudahan RSS melalui kaedah di atas, langkah seterusnya adalah menyalin alamat yang mengandungi maklumat RSS itu.

Untuk menyalin alamat RSS yang diberikan, perlu ikuti langkah berikut :

  • Klik di atas ikon simbol RSS dengan menekan butang tetikus sebelah kanan dan pilih :  Copy Link Location.
  • Klik di atas alamat yang dipaparkan dan salin alamat yang diberikan.
  • Salin alamat laman web atau blog yang mengandungi ikon RSS di sebelahnya.

2. Memasukkan alamat RSS ke dalam perisian melanggan RSS.

Antara perisian melanggan maklumat RSS secara online adalah http://reader.google.com. Tetapi anda perlu mendaftar untuk mendapatkan kemudahan langganan terlebih dulu.

Selepas proses langganan dilakukan, bolehlah memasukkan alamat RSS yang ingin dilanggan dalam ruang disediakan.

Sebaik langganan selesai, maklumat terkini yang terdapat dalam laman web itu akan dipaparkan di sebelah kanan ruang langganan.

Jika reader.google.com adalah kemudahan pembacaan RSS secara online melalui laman web, terdapat juga kemudahan untuk membaca RSS secara perisian yang boleh disimpan di dalam komputer.

Ini membolehkan maklumat yang dilanggan dibaca walaupun tanpa capaian ke Internet. [Capaian hanya diperlukan semasa proses memuat turun maklumat RSS]. Perisian yang boleh digunakan untuk tujuan terbabit adalah seperti FeedReader. Feedreader boleh dipindah turun di www.feedreader.com.

Selain daripada melanggan kemudahan RSS seperti yang dibincangkan, RSS boleh dilanggan melalui telefon bimbit.

Apa yang diperlukan adalah kemudahan perisian RSS di dalam telefon bimbit dan salin semula alamat RSS yang diperoleh di laman web ke pembaca RSS di telefon bimbit.

Dengan teknik ini, maklumat terkini di dalam laman web akan dipaparkan di dalam telefon bimbit.

Jika tidak mempunyai perisian RSS di telefon bimbit, pengguna masih boleh membaca langganan RSS secara online di telefon bimbit jika menggunakan kemudahan reader.google.com. Caranya adalah dengan menaipkan alamat reader.google.com di dalam ruang browser di telefon bimbit anda.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*