Membuat Kulit E-Buku 3D Dengan Mudah Percuma
Anda ada menulis e-buku untuk pasaran di internet? Dan anda dapati begitu susah untuk mencipta Kulit Ebuku dalam format 3D yang menarik kerana anda tidak mahir menggunakan aplikasi grafiks seperti Photoshop. Tahukah anda, kini terdapat aplikasi yang memudahkan anda mencipta kulit ebuku (ebook cover) 3D dengan begitu mudah sekali?
Sekarang anda tidak memerlukan lagi kemahiran Photoshop atau mengupah seorang pelukis grafiks menciptanya. Ini kerana ada perkhidmatan mencipta kulit ebuku secara PERCUMA dan anda hanya perlu menyediakan sedikit gambar/grafiks untuk diupload. Perkhidmatan percuma ini disediakan oleh 3D-Pack.com. Anda bukan saja boleh membuat kulit ebuku 3D, malah boleh juga buat kotak CD/DVD dan Kotak 3D. Anda hanya perlu mengupload gambar/fail grafiks yang biasa (flat – tanpa 3d) dan anda akan dapat hasilnya dalam sekelip mata saja tanpa susah payah.

Antara contoh ebuku dalam galeri yang dihasilkan dengan aplikasi di laman ini:
Berikut adalah video cara membuat ecover yang sediakan pada blog 3D-pack.com.
[vsw id="D-jjEKPshbk" source="youtube" width="425" height="344" autoplay="no"]
Saya harap artikel ini berguna kepada sesiapa yang ingin membuat kulit ebuku 3D. Selamat mencuba!!
Lain2 Artikel Menarik:
Filed Under: Internet








