DropBox – Ruang Storan Percuma Untuk Anda

Jika anda masih belum menggunakan DROPBOX, anda sebenarnya terlepas sesuatu yang menarik dan percuma dalam hidup anda. Dropbox membolehkan anda synchronize fail dan folder pada komputer anda ke laman storan online yang selamat secara lansung tanpa anda sedari.

dropbox

 

Untuk menggunakan servis Dropbox, anda hanya perlu memasang sati program/software yang perlu didownload semasa anda menyertai Dropbox. Menggunakan software ini, anda mampu mewjudkan fail dan folder untuk disimpan atau dikongsi bersama rakan-rakan melalui Dropbox. Semua fail dan folder pada komputer anda yang anda masukkan ke dalam folder Dropbox akan dikemaskini dan dibackup secara automatik ke storan Dropbox Online anda selagi talian internet anda aktif. Ianya ibarat satu unit storan backup kepada komputer anda. Bukan itu sahaja, jika anda mempunyai data di beberapa (multiple) komputer lain, anda boleh synchronize semua data daripada komputer-komputer tersebut ke storan Dropbox online anda. Semuanya senang dan automatik!

Buat permulaan, untuk servis yang percuma anda akan diberikan jumlah storan sebanyak 2GB, yang mana anda boleh tambahkan saiznya sehingga 16GB dengan percuma jika sekiranya anda boleh memujuk rakan-rakan anda menggunakan khidmat Dropbox ini. Setiap se orang rakan anda yang menyertai khidmat Dropbox ini, akan akan diberikan 500MB storan percuma sehingga ianya mencecah 16GB. Nak tahu macamana nak gunakan servis percuma ini…Sila lihat video Youtube di bawah:

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=7QmCUDHpNzE[/youtube]

 

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*