Sejarah Penggunaan @ pada Alamat Emel

Kita pasti sudah tidak asing lagi dengan kata “emel”. Ya, emel merupakan surat elektronik yang banyak digunakan orang ketika ini. Bahkan tak jarang seseorang memiliki lebih dari satu alamat emel. Saya pasti juga kebanyakan di kalangan kita semua sudah ada alamat emel kan? Cuba kamu perhatikan, pasti di setiap alamat emel ada simbol kecil berbentuk “@”. Nah, tahukah kita simbol apa itu? Dan mengapa pada setiap alamat emel ada simbol itu.
 Jika anda masih tidak tahu tentang emel, cuba baca dulu tentang apa itu emel . Sama seperti surat-menyurat yang memerlukan alamat pengirim dan penerima,  emel juga memerlukan alamat pengirim dan penerima. Namun ada satu tanda yang sangat khas dalam penulisan alamat e-mel ini iaitu simbol @ atau dibaca sebagai at yang bermaksud “di” (awalan untuk menunjukkan tempat) atau “pada”.

Dahulu kala, sebelum ianya digunakan sebagai simbol pada alamat emel, @ digunakan untuk menggambarkan bayaran atau berat suatu benda, seperti contohnya jika membeli 6 biji epal, maka akan ditulis “6 epal @ RM10”.

Setelah itu muncul lah idea untuk menggunakan simbol @ pada emel. Idea ini dicetuskan oleh seorang  yang bernama Ray Tomlinson. Waktu itu ia memilih menggunakan lambang @ kerana menurutnya lambang itu sangat membantu, kerana ianya mirip huruf “a” untuk address/alamat kepadad pemilik emel yang dituju. Dari sinilah lambang @ terus dipakai hingga sekarang.

Simbol “@” ini memiliki kegunaan yang penting , di Internet.  Simbol @ atau “at sign” berguna untuk memisahkan nama user/pengguna yang online dari alamat emelnya, sebagi contoh ahmad@gmail.com. Tanpa menggunakan hurup @ ini, alamat emel yang kita tuju takkan dapat sampai kepada penerimanya. Kerana betapa pentingnya simbol @ ini, maka syarikat pembuat keyboard atau papan kekunci meletakkan simbol ini khas pada susunan keyboard.

Cuba  perhatikan pada keyboard anda, pasti ada simbol @ ini kan? Nah begitulah sejarah penggunaan simbol @ pada alamat emel.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*