Bertungku Pulihkan Perjalanan Darah

bertungku

bertungku Bertungku Pulihkan Perjalanan DarahSebenarnya bertungku mempunyai banyak kebaikan. Antaranya bertungku elok untuk membetulkan perjalanan darah, memanaskan badan si ibu serta merawat beberapa penyakit. Malah ia juga dapat memecahkan darah beku.

Terdapat dua kaedah bertungku; Tungku refleksiologi yang menggunakan batu gunung berapi dan bertungku badan menggunakan batu sungai. Tungku refleksiologi diletakkan di tapak kaki kerana tapak kaki merupakan pintu kepada organ-organ penting badan kita. Dengan meletakkan tungku pada tempat yang betul ia dapat merawat rahim dan organ badan yang lain.

Selalunya bertungku dilakukan setelah ibu selesai berurut di awal pagi dan di waktu petang sebelum mandi selama 45 minit. Bagi yang bersalin secara pembedahan, tunggulah luka anda pulih sebelum menjalani rawatan bertungku.

Cara-cara Bertungku

Batu tungku dipanaskan lebih kurang selama 30 minit. Setelah itu, dibalut dengan beberapa lapisan kain yang telah diletakkan daun mengkudu. Setelah dibalut dengan rapi, hujungnya diikat dengan ketat supaya tidak terburai.

Bahagian Badan Yang Perlu Di Tungku

Bahagian peranakan ditungku bagi mengecutkan peranakan yang membesar sewaktu mengandung. Bertungku di bahagian ini perlu berhati-hati. Bahagian badan yang perlu ditungku ialah bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak dan belikat. Bertungkuk dibahagian ini dilakukan ketika ibu terbaring.

Tungku diletakkan disekitar buah dada dengan perlahan-lahan supaya darah mengalir dengan baik, mebolehkan air susu keluar lancar. Selepas itu berpindah ke bahagian ulu hati. Tujuannya untuk memecahkan angin di bahagaian perut dan ulu hati. Kemudian beralih ke bahagian kanan ketiak kanan dan kiri. Setelah itu barulah ke bahagian belikat kanan dan kiri untuk beberapa minit.

Di bahagian tengkuk, bertungku dilakukan dengan meletakkan tungku di bawah tengkuk seperti menggunakan bantal. Bahagian ini perlu ditungku untuk memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher.

Di bahagian bawah pinggang pula, anda perlu menungku bahagian betis, peha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki. Ia memakan masa selama 15-20 minit. Pada bahagian terakhir, iaitu di tapak kaki, kaki dirapatkan menjadi satu kemudian digerakkan ke hadapan dan kebelakang, atau dengan menggolek-golekkan tungku kehadapan dan ke belakang sekiranya tungku itu berbentuk bulat atau bujur. Biarkan tungku berada di bahagian ini sehingga sejuk.

Waktu yang sesuai untuk bertungku ialah pada waktu pagi, iaitu sebelum matahari naik dan pada waktu petang, selepas waktu asar. Tetapi bertungku boleh juga dilakukan sewaktu badan terasa sejuk-sejuk atau terasa tidak selesa akibat perjalanan darah tidak lancar. Tungku perlu dibakar semula sekiranya telah sejuk.

*

*


8 − = five

 

[corner-ad id=1]
Top This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
thumbelina-kuda-paling-kecil-di-dunia-2-small.jpg
Thumbelina – Kuda Terkecil Di Dunia

Dia mungkin kecil dan berketinggian hanya 17 inci dan dengan berat hanya 32kg, tetapi adalah seeokr kuda sejati. Thumbelina, begitulah nama yang diberi, dianugerahkan sebagai...

Close