Khasiat Limau Bali

limau_bali_pic1

 Khasiat Limau BaliHampir semua orang kenal buah limau bali. Isi buahnya yang segar dan banyak mengandung air, boleh terus dimakan setelah dikupas atau sebagai campuran salad maupun rojak. Buah limau bali [bahasa Inggeris: Pomelo) bermanfaat bagi kesihatan. Kandungan pektinnya lebih banyak dibandingkan dengan limau jenis lain. Pektin inilah yang dipercayai mampu menurunkan kolesterol sekaligus mengurangi risiko sakit jantung.

Fakta Ringkas Limau Bali

Nama Tempatan: Limau Bali, Limau Besar atau Limau Tambun

Nama Saintifik: Citras grandis Osbeck

Keluarga: Rutaceae

Asal:

Limau bali berasal dari asia tenggara. Penanamannya didapati meluas di Indonesia, China dan Thailand.

Kawasan Utama Tanaman:

Di Malaysia, limau bali banyak ditanam di Perak, Kedah, Melaka, Kelantan dan Johor.

Kegunaan:

Ia biasanya dimakan segar atau diproses menjadi jus.
Khasiat dan Manfaat
Buahnya yang berwarna putih (ada yang merah) dapat dijadikan manisan setelah dibuang bahagian kulit luarnya yang banyak mengandung kelenjar minyak. Di Vietnam, bunganya yang harum digunakan untuk membuat minyak wangi ( perfume ). Bukan hanya itu, kayunya juga sering dimanfaatkan untuk membuat perkakas alat dapur.

Buah limau bali amat bermanfaat menurunkan kolesterol dan melawan penyakit jantung.Selain itu, limau bali juga baik untuk kesihatan gusi kerana kadar vitamin C-nya tinggi. Hal ini dibuktikankan oleh pengkaji di Universiti Friedrich Schiller, Jerman, yang menemukan kaitan kesihatan gusi pada mereka yang banyak makan buah limau bali.

Penelitian melibatkan 58 responden yang mengalami kerosakan gusi yang cukup parah. Kenyataannya, limau bali membawa kesan positif setelah dimakan setiap hari selama dua minggu. Bahkan, kesan positif itu juga berlaku bagi perokok maupun bukan perokok. Seperti diketahui merokok adalah salah satu penyebab utama kerusakan gusi.

Manfaat lain limau bali, ianya mampu membersihkan sel darah merah yang telah tua di dalam tubuh dan menormalkan hematokrit (percentage sel darah per volume darah). Sekaligus sebagai sumber antioksidan bagi penyakit kanser.

Selain dimakan buahnya, limau bali sering diolah dalam bentuk jus. Semasa membuat jus, anda boleh mencampur limau bali dengan bahan atau buah lainnya, sehingga rasanya jadi lebih nikmat.

#Sumber vitamin C dan menurunkan kolesterol
Makan dua “ruang” (ruang dalam buah) limau bali ukuran sedang setiap hari untuk mendapatkan manfaatnya secara maksima.

#Minuman antioksidan dan antikanser
Ambil satu biji limau bali ukuran sedang yang telah dikupas dan dibuang isinya. Masukkan ke dalam blender, tambahkan air secukupnya. Boleh juga ditambahkan satu sudu teh madu dan buah lainnya seperti mangga atau pir.

Cara lain, ambil satu biji limau bali ukuran sedang yang telah dikupas dan dibuang isinya, dan 1 cm halia yang telah dibuang kulitnya. Masukkan seluruh bahan tersebut ke blender dengan ditambah sedikit air.

#Manisan
Potong-potong bahagian kulit limau bali (kulit luarnya dibuang) berbentuk kiub, rebus dengan api kecil selama 60 minit. Buang air rebusannya, tapiskannya, lalu ditimbang. Siapkan gula pasir sama beratnya dengan berat kulit limau yang telah direbus.

Masukkan kulit limau bali yang telah direbus dalam periuk, tambah air hingga terendam seluruhnya, tambahkan gula pasir. Rebus di atas api kecil sambil sesekali dikacau sampai menjadi sirap pekat. Angkat, biarkan kulit limau tetap terendam dalam sirap semalaman.
Esoknya, masak lagi di atas api kecil hingga sirap gula hampir habis. Keluarkan kulit limau dari sirap, hamparkan di atas nyiru, jemur hingga setengah kering. Potong-potong kecil panjang, masukkan ke dalam bekas tertutup. Agar tahan lama (1 bulan), simpan di dalam almari.

Selain dimakan begitu sahaja, manisan kulit, limau bali boleh dicampurkan ke dalam adunan kek, terutama untuk menggantikan manisan yang lain atau kulit limau purut. Manisan kulit limau yang dicampur manisan kering buah-buahan akan memperkaya cita rasa fruitcake.

Perokok juga dianjurkan untuk makan buah limau bali dua “ruang” (ruang dalam buah) setiap hari. Peningkatan kadar vitamin C di dalam darah mampu memperbaiki jaringan yang rosak, bahkan kanser, disebabkan ketidakstabilnya molekul radikal bebas kerana rokok dan polusi udara.

Related posts

3 Comments

  1. Jasa Jasa said:

    Insya Allah, kulit limau bali (yg lapisan putih sahaja) di rebus sebelah malam. Esuknya sesudah di biarkan sejuk, air rebusan ini boleh di minum utk melegakan sakit dada dan urat2 yg tersumbat. Kesannya terasa apabila anda kuat kencing daripada selalunya.

  2. dyla said:

    kulit dia boleh ubatkan penyakit kuning baby. caranya, rebus kulit limau, amik air rebusan tu dan gunakan utk mndi baby. insyaallah berkesan.

*

*


five + 5 =

 

[corner-ad id=1]
Top This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
Main Kecapi Di Depan Lembu – Pepatah Cina

Main Kecapi Di Depan Lembu. Apa yang menarik dengan pepatah Cina ini? Nak tahu? Jom sama-sama kita terokai erti di sebalik pepatah ini. Asal Usul:...

Close