Khasiat Madu Asli dan Kayu Manis

kayu manis

kayu manisKulit Kayu Manis merupakan rempah asli yang digunakan dalam masakan di Malaysia.  Gabungan kayu manis dan madu ternyata dapat menyembuhkan banyak penyakit. Untungnya bagi kita, kedua-dua bahan ini boleh didapati dengan mudah dimana-mana di Malaysia. Para ilmuwan moden telah bersepakat bahawa khasiat campuran kayu manis dan madu mampu menghasilkan kesan perubatan yang menakjubkan dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Mengikut kajian pakar kesihatan hari ini menyatakan bahawa walaupun madu itu manis, tapi kemanisan aslinya jika dimakan dengan dos yang tepat, tidak akan membahayakan pesakit diabetes.

Sebuah majalah di Kanada, Weekly World News, edisi 17 Januari 1995, memberikan senarai berikut akan khasiat kayu manis dan madu, dari hasil temuan para pakar ilmuan Barat Moden. Menurut kajian perubatan yang dijalankan di Kanada (Januari 1995), campuran madu asli dan kayu manis mampu mencegah serta merawat 14 jenis penyakit.

Berikut adalah kehebatan campuran madu asli dan kayu manis:

1. Sakit jantung

Di samping dapat mengurangkan kadar kolestrol, campuran madu asli dan serbuk kayu manis ini boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Ia turut membantu sistem pernafasan berjalan lebih lancar serta mengekalkan kadar normal bagi denyutan jantung.Anda boleh mengamalkan menyapu campuran serbuk kayu manis dengan madu asli dengan menyapunya ke roti sandwic untuk sarapan pagi (boleh menggantikan kaya atau jem).

2. Artritis

Sekiranya anda pesakit artritis, amalkan meminum campuran secawan air panas dengan 2 sudu campuran madu asli dan serbuk kayu manis setiap hari sebelum anda mengambil sarapan pagi.

Melalui kajian yang dibuat oleh University Copenhagen, 73 daripada 200 pesakit yang mencuba rawatan ini berjaya sembuh 100%. Dalam sebulan setelah diberi resipi makanan sedemikian, kebanyakan pesakit athritis ini mampu bergerak mahu pun berjalan tanpa merasa sakit.

3. Selesema/Influenza

Sekumpulan saintis Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa madu asli mengandungi bahan semulajadi yang mampu membunuh virus penyebab selsema.

4. Sakit perut

Campuran madu dan kayu manis pun boleh melegakan sakit perut serta membersihkan perut.

Ia akan membebaskan angin-angin di dalam perut. Di samping itu juga , ia boleh menurunkan berat badan.

5.  Sakit gigi

Kalau sakit gigi, ambil 1 sudu serbuk kayu manis dan campurkan dengan 5 sudu teh madu asli.

Letakkan campuran tadi kat bahagian gigi yang sakit tadi. Amalkannya 3 kali sehari sehinggalah hilang rasa sakit gigi.

6. Pengurangan Kolestrol

Jika di amalkan sebanyak 3 kali sehari, anda akan dapat menurangkan kadar kolesterol dalam badan. Malah dipercayai bahawa kadar kolesterol boleh dirunkan sebanyak 10% dalam masa 2 jam setelah anda meminum campuran teh, madu dan serbuk kayu manis ini.

Caranya;

Ambil 2 sudu teh madu dan 3 sudu teh serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan dengan 16 auns teh dan minum air tersebut.

7. Membantu Proses Penghadaman

Bagi melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh anda, ambillah campuran 2 sudu madu asli dan serbuk kayu manis.

8. Jangkitan pada pundi kencing

Jika anda ada masalah jangkitan kuman pada pundi kencing? Kalau ada, anda haruslah membunuh bakteria yang ada di dalamnya.

Caranya;

Ambil 1 sudu madu asli dan 2 sudu serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan ke dalam secawan air suam. Amalkan meminum air tersebut.

9. Jerawat

Campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu kayu manis. Kemudian, sapukan campuran itu pada muka (bahagian yang ada jerawat) lakukan sebelum tidur.

Pada keesokan pagi, bersihkan wajah anda dengan air suam. Amalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut.

Hasilnya, ia akan menyingkirkan jerawat anda dari akar umbi.  Selain itu, kulit anda akan terasa segar, awet muda dan juga merawat masalah kulit seperti ekzema.

10. Keguguran rambut

Bagi anda yang mengalami keguguran rambut, boleh gunakan khasiat campuran ini.

Ambil campuran 1 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis, kemudian sapukan pada kulit kepala. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.

11. Menguatkan Sistem imunisasi

Amalan pengambilan campuran ini juga mampu menguatkan sistem imunisasi serta melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria.

Ini kerana, para saintis telah membuktikan bahawa madu asli mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.

12. Masalah kesuburan

Bagi golongan lelaki; ambil 2 sudu madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan.

Untuk golongan wanita; ambil 1/2 sudu serbuk kayu manis dicampurkan dengan 1 sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.

13. Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran

Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan minum air campuran ini pada setiap pagi.

Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.


14. Mengekalkan tahap kesihatan yang baik

Untuk mengekalkan tahap kesihatan anda, amalkan meminum setiap hari;

Campuran 3 cawan air teh panas dengan 4 sudu madu asli dan 1 sudu serbuk kayu manis.

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Related posts

4 Comments

  1. jai said:

    boleh ke kulit kayu manis dan madu menyembuhkan penyakit kencing manis atau dapat menurunkan kandungan gula dalam darah dan dos yang diperlukan untuk satu hari. terima kasih.

*

*


− 5 = one

 

Top
PROMOSI TERHAD!!! Diskaun 20% utk setiap langganan iklan 3 bulan. SAH sehingga 15/04/14!!
Tempah Sekarang
This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
sial bulan safar
Tiada Sialnya Bulan Safar

Safar merupakan bulan kedua dalam kalender Islam atau kalendar Hijriah. Safar artinya kosong atau kuning. Dinamakan demikian kerana pada bulan kedua ini dahulu semua laki-laki...

Close