Fahami Masalah Kembung Perut Bayi

bayi kembung perutSering kita ketemu, tidak kira samada baru mendapat anak pertama atau sebaliknya, masalah kembung perut pada anak-anak kita memang sentiasa ada. Dan masalah ini sebenarnya perlu kita fahami agar kita dapat menanganinya dengan baik. Kembung perut yang diistilahkan sebagai colic oleh bidang perubatan biasanya menyebabkan anak-anak atau bayi menangis tanpa henti dan jika kita tidak memahaminya, boleh menyebabkan kita membuat satu tanggapan yang salah dan menjuruskan kepada penyelesaian masalah yang tidak bersesuaian dengan masalah sebenar bayi.

Apa itu kembung perut (Colic)?

Kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis disebabkan oleh sakit perut.
Diagnosa ditentukan berdasarkan ciri-ciri berikut:

  • Bayi menangis berterusan atau kerap menangis buat masa yang lama tanpa sebab-sebab yang jelas.
  • Masalah ini berlarutan selama 2-4 jam sehari untuk sekurang-kurangnya 5 hari seminggu dan selalunya bermula pada umur bayi 2-3 minggu dan beransur kurang/pulih apabila bayi mencapai umur 3-4 bulan.

 

Mengapakah sesetengah bayi mengalami kembung perut?

Sebabnya tidak diketahui secara khusus. Antara beberapa teori termasuk :

  1. Usus :
    • Alah kepada protein susu lembu.
    • Alah kepada laktosa.
    • Usus belum matang. Pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna akan menyebabkan kembung dengan “angin” yang berlebihan.
    • Ketidakselesaan disebabkan “angin”.
  2. Biologi :
    • Cara menyusu : kurang atau lebih menyusu dan kurang sendawakan bayi.
    • Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut.
  3. Psikososial
    • Ibu bapa yang tertekan.
  4. Lain-lain
    • Sistem saraf bayi yang belum matang menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.

 

Adakah ramai bayi yang mengalami masalah ini?

Dianggarkan 1 hingga 5 dalam 10 bayi mengalami kembung perut.

Apakah tanda-tanda bayi anda mengalami kembung perut?

Bayi akan selalunya :

  • Menangis sekuat hati dalam jangka masa yang lama.
  • Di ikuti menarik kedua belah kaki ditarik ke perut dan tangan dikepal.
  • Tidak selalunya berkait dengan perut buncit, muntah, demam atau tanda- tanda penyakit yang lain

 

Adakah kembung perut akan menyebabkan masalah serius yang lain?

 

  • Kebiasaannya bayi akan sihat dan boleh membesar dengan baik.
  • Bagaimanapun, masalah ini mungkin boleh menyebabkan tekanan perasaan dan kebimbangan di kalangan ahli keluarga.
  • Ibu bapa merasa kecewa dan risau melihat keadaan bayinya.

Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?

  • Tiada rawatan yang khusus. Keadaan ini akan pulih dengan sendiri apabila bayi berumur 3-4 bulan.
  • Jika anak anda kembung perut :
    1. Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek.
    2. Selimutkan bayi sehingga selesa dan dodoikan dengan lemah lembut
    3. Kurangkan bunyi bising
    4. Bawa bayi anda bersiar-siar
    5. JANGAN SEKALI-KALI MENGGONCANG BAYI ANDA
    6. Jika ibu bapa merasa tertekan atau penat, cuba dapatkan bantuan orang lain untuk menjaga bayi dan ambil rehat yang secukupnya.

Dapatkan nasihat doktor jika :

  • Tangisan bayi anda seperti di dalam kesakitan.
  • Ada masalah lain seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau sembelit.
  • Bayi anda demam
  • Ibu bapa terlalu bimbang atau penat dan tidak boleh menangani masalah ini sendiri.

 

Apakah ubat yang boleh membantu?

  • Tiada ubat yang berkesan untuk meredakan kembung perut.
  • Anda boleh mencuba ubat untuk “angin” atau “colic” dan sejenis ubat bernama “dimethicone” untuk mengurangkan rasa kembung.

 

Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?

Jika bayi anda menghisap susu botol:

  • Amalkan teknik penyusuan yang betul, pastikan saiz puting yang sesuai dan sendawakan bayi anda di antara penyusuan.
  • Cuba tukar susu contohnya susu soya selepas merujuk kepada doktor anda.

Jika bayi menyusu badan :

  • Teruskan penyusuan susu ibu, tetapi ibu perlu mengelakkan makanan tertentu seperti kobis, broccoli, bunga kobis, kafein dan makanan yang dibuat dari susu lembu.

 

Peringatan

  • Kembung perut (colic) adalah masalah yang mencabar tetapi ia tidak menimbulkan kesan bahaya kepada bayi pada masa akan datang. Diagnosa yang tepat adalah penting.
  • Dapatkan nasihat doktor jika:
    • Diagnosa tidak dapat dipastikan
    • Adanya tanda-tanda penyakit serius yang lain.

 

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*