Akupuntur: Kaedah Alternatif Perubatan

titik2 akupuntur

akupunturKaedah perubatan cina secara akupuntur atau urut refleksi mula dipraktikkan di China sejak 5000 tahun lalu. Pada masa dahulu ketulan-ketulan batu digunakan dan bukannya jarum seperti yang digunakan sekarang. Alternatif lain bagi rawatan akupuntur selain daripada menggunakan kaedah jarum adalah dengan kaedah memicit dan kaedah perubatan secara pembakaran.

Kaedah memicit dapat memudahkan pesakit melakukan rawatan sendiri dengan cara memicit di bahagian-bahagian tertentu pada anggota badan menggunakan hujung jari. Untuk itu pesakit perlu mengetahui titik-titik akupuntur yang terdapat pada tubuh badan mereka. Terdapat meridian serta formula tertentu dalam badan seseorang. Titik meridian bagi kaum lelaki dan kaum perempuan adalah berlainan. Kaum lelaki mempunyai kuasa “ying” iaitu positif, manakala kaum perempuan mempunyai kuasa “yang” iaitu negatif. Oleh itu tempat dan hari untuk mencucuk jarum adalah berbeza.

Pesakit dirawat megikut pengiraan hari dan jantina. Selepas menjalani rawatan, pesakit akan dibekalkan dengan pelbagai persiapan herba bergantung kepada penyakit yang dihadapinya. Antara penyakit-penyakit yang dapat dirawat melalui kaedah akupuntur adalah seperti rheumatism, strok, facial palsy, cerebarl palsy(kerosakan otak), gastrik, asma, migrin, sakit pinggang, sakit lutut, glukoma, rawatan muka, menguruskan badan serta pelbagai lagi penyakit lain.

ANDAIAN AHLI AKUPUNTUR

Ahli-ahli ilmu perubatan Timur berpendapat bahawa tubuh manusia merupakan sebuah alam yang kecil. Oleh itu manusia dan alam semesta seharusnya bergabung menjadi satu. Keadaan cuaca alam semesta tidak sentiasanya baik sepanjang tahun. Cuaca yang bermusim ini akan menyebabkan hujan atau cerah sepanjang tahun. Ahli – ahli akupuntur telah mengaitkan hal ini dengan keadan kesihatan seseorang, iaitu seseorang itu pasti akan sakit atau sihat dalam suatu selang tempoh tertentu. Menurut ahli- ahli perubatan akupuntur, punca penyakit adalah disebabkan oleh tiga unsur iaitu:-

Unsur luar: perubahan cuaca seperti sejuk, panas, lembap dan kering.

Unsur dalaman: perubahan mental dan emosi seperti gembira, sedih, fikiran terganggu, resah dan sebagainya. Walaubagaimanapun, kaedah perubatan akupuntur lebih mujarab bagi penyakit yang berpunca daripada perubahan cuaca dan pengaruh emosi.

ORGAN-ORGAN PENTING DALAMAN

Menurut ahli-ahli perubatan akupuntur ini, organ-organ di dalam tubuh terbahagi kepada dua bahagian iaitu terdapat enam organ di bahagian atas abdomen dan enam organ di bahagian bawah abdomen. Enam organ bahagian atas abdomen ialah hati jantung, pankreas, paru-paru, buah pinggang, dan pembungkus jantung. Manakala enam organ bahagian bawah abdomen adalah hempedu, usus kecil, usus besar, perut, pundi kencing, dan San Ciau. Kedua-dua bahagian abdomen itu saling bantu- membantu dalam melakukan tinbakbalas di dalam badan. San Ciau bermaksud sumber panas.

Oleh kerana manusia berdarah panas, jadi setiap kepanasan mesti ada sumbernya tersendiri. Sumber pertama adalah dari kepala hingga ke hati. Sumber kedua adalah dari hati hingga ke pusat. Manakala sumber yang terakhir adalah dari pusat hingga ke bahagian bawah tubuh badan. Tahap kepanasan setiap sumber-sumber tersebut mesti dijaga supaya seimbang. Pandangan tersebut berasaskan bahawa manusia merupakan alam kecil. Oleh itu, Sang Ciau merupakan langit, Cong Ciau adalah manusia dan Sia Ciau merupakan bumi.

MERIDIAN

Tenaga perlu dialirkan ke dalam bahagian dalam anggota badan supaya kedua-dua bahagian atas dan bawah abdomen dapat berfungsi secara normal dan stabil. Aliran tenaga ini lebih dikenali sebagai meridian. Terdapat 12 meridian secara keseluruhan di dalam setiap tubuh badan manusia. Dua meridian yang utama dalam badan manusia adalah Meridian Ren yang terletak di bahagian depan tubuh badan dan Meridian Tu yang terletak di bahagian belakang tubuh badan kita. Kita harus memastikan perjalanan meridian sentiasa lancar supaya tubuh badan kita sentiasa sihat. Perjalanan meridian yang tidak lancar akan menggangu organ-organ di dalam tubuh badan dan seterusnya akan menyebabkan penyakit.

TITIK AKUPUNTUR

Titik akupuntur merupakan titik yang sangat penting dalam tubuh badan manusia. Titik ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun ia merupakan titik yang digunakan bagi menentukan tahap kesihatan seseorang. Kaedah menekan, memicit, menggosok, membakar atau mencucuk pada titik ini dapat merawat pelbagai penyakit yang dialami oleh pesakit. Titik akupuntur terletak di atas 12 meridian. Jumlah keseluruhan titik akupuntur ialah 365. Jumlahnya adalah lebih kurang sama seperti jumlah hari setahun. Titik ini sangat dipengaruhi oleh penyakit-penyakit yang dihadapi oleh pesakit. Titik ini dicari dengan kaedah melihat dan meraba. Titik akupuntur berfungsi sebagai tempat bagi memulihkan penyakit dengan pelbagai kaedah akupuntur seperti yang telah dibincangkan.

titik2 akupuntur

TEKNIK-TEKNIK PERUBATAN DALAM AKUPUNTUR

1. TEKNIK PEMBAKARAN

Rawatan secara pembakaran memerlukan penggunaan sejenis herba cina. Herba yang yang dimaksudkan ialah Rumput Ai. Rumput ini banyak terdapat di kedai ubat-ubatan cina. Rumput Ai digulung supaya terbentuk seperti sebatang rokok yang halus. Rumput itu kemudian dibakar dan diletakkan di atas titik-titik yang sakit. Tenaga yang mengalir daripada rumput yang terbakar itu dapat merawat rasa sakit pada titik-titik akupuntur. Bagi mengelakkan kulit tubuh daripada terbakar, beberapa helai rumput Ai tadi boleh diletakkan di atas sepotong halia atau bawang putih yang nipis, kemudian ia dibakar dan diletakkan di atas titik akupuntur yang sakit . Langkah ini hendaklah dilakukan sebanyak 3 hingga 5 kali untuk orang dewasa dan 1 hingga 3 kali bagi kanak-kanak. Kurangkan pembakaran apabila tubuh terasa semakin letih. Rawatan ini hendaklah dilakukan selama tiga minggu berturut-turut dan kemudian berehat selama seminggu. Waktu yang paling sesuai bagi melakukan pembakaran adalah satu jam sebelum serta selepas makan dan minum. Pengambilan minuman keras adalah di larang semasa tempoh rawatan dijalankan.

2. TEKNIK MEMICIT

2(a). MENGUSAP

Picit dengan menggunakan keseluruhan tapak tangan. Tekanan semasa memicit mesti stabil. Cara ini dapat memicit beberapa titik akupuntur pada waktu yang sama.

2(b). MENEKAN

Tekan dengan satu jari atau lebih ke atas titik akupuntur dengan membiri tekanan sebanyak 3 hingga 5 kg selama 3 hingga 5 saat.

2(c). MENGGETAR

Menggetar sambil memicit dengan menggunakan tapak tangan atau jari.


RAWATAN BEBERAPA JENIS PENYAKIT SECARA AKUPUNTUR DENGAN KAEDAH MEMICIT

SAKIT KEPALA

Sakit kepala berpunca daripada keletihan, tekanan, tegangan, perubahan cuaca dan sebagainya. Sakit kepala yang berpunca daripada keletihan mudah disembuhkan dengan kaedah pemicitan titik akupuntur.

TITIK AMPUH

Pai Hui : Terletak di tengah tempurung kepala.Titik bagi menyembuhkan rasa beratkepala dan pening-pening.

Mi Ze : Bahagian yang terasa sakit apabila menggigit. Untuk melegakan rasa sakit kepala.

Tien Cu : Terletak di bahagian belakang leher,di sebelah kanan dan kiri otot besar. Untuk menyembuhkan kesakitan di bahagian belakang kepala.

Kun Lun : Terletak di bahagian buku lali. Untuk melegakan sakit kepala.

Ci Ce : Terletak di bahagian siku. Untuk menyembuhkan sakit kepala.

KAEDAH MEMICIT

  • Picitkan seluruh kepala dengan hujung jari. Kemudian tundukkan kepala dan buat satu pusingan perlahan-lahan.Tekan titik Tien Cu dengan kuat sambil kepala dicondongkan kearah yang berlawanan. Tegangkan kedua-dua belah kiri dan kanan leher. Bahu digerakkan ke atas dan bawah. Tarik nafas perlahan-lahan dan lepas.
  • Tekan hujung jari pada titik Pai Hui dengan kuat. Ulangi langkah ini beberapa kali. Kemudian tekan ibu jari pada titik Tien Cu dan tarik perlahan-lahan ke titik Pai Hui. Langkah ini juga diulangi sehingga rasa sakit berkurangan.
  • Tiupkan udara sejuk dan panas dengan menggunakan pengering rambut pada titik Mi Ze dan Tien Cu selama tiga minit secara berselang-seli. Udara panas akan mempercepatkan peredaran darah manakala udara sejuk akan melambatkan peredaran darah. Oleh itu rasa sakit kepala dapat dikurangkan apabila berlaku perubahan suhu dalam darah tadi.

2. KEKEJANGAN `

Kekejangan sering di alami oleh golongan yang berumur 40 hingga 50 tahun. Simptom-simptom bagi penyakit ini adalah rasa sakit dan lenguh serta susah untuk menggerakkan anggota badan.

TITIK AMPUH

Cien Liao : Terletak di antara lengan dan bahu. Untuk mengubati lengan yang susah digerakkan.

Tien Cung : Terletak di tengah-tengah tulang skapula.

Sen Su : Terletak di bahagian tulang pinggang dan belakang buah pinggang.

Cung Fu : Terletak di bahagian tengah bawah tulang selangka.

Pi Nao : Terletak di bahagian lengan iaitu tujuh jari dari lipatan siku. Titik ini merupakan titik paling baik untuk menyembuhkan sakit lengan.

KAEDAH MEMICIT

  • Lapkan bahu pesakit dengan air suam untuk mengalirkan haba . Kemudian picit titik-titik akupuntur di sekitar bahu. Picit titik-titik Sen Su, Tien cung dan Cien Laoi jika lengan tidak boleh digerakkan ke belakang. Sebaliknya jika lengan tidak dapat digerakan ke depan dan sisi picit titik-titik Cien Lao dan Pi Nao.Seterusnya, picit Cung Fu jika lengan pesakit tidak boleh diangkat ke atas.
  • Picit dan urut perlahan-lahan sehingga rasa sakit berkurangan.

3. TEKANAN DARAH TI NGGI

Tekanan darah tinggi sering menyerang golongan yang berumur lingkungan 40 tahun. Simptom-simptom bagi penyakit darah tinggi adalah seperti sakit kepala, pening, sembelit, sukar untuk tidur, mudah letih dan sebagainya.

TITIK AMPUH

Pai Hui : Terletak di bahagian tengah tempurung kepala. Untuk menghilangkan sakit kepala.

Can Cung : Terletak di antara buah dada.

Si Men : Terletak lebih kurang lima jari di atas pergelangan tangan sebelah dalam. Untuk mengubati sesak nafas dan mengurangkan rasa gementar.

Cie Yin Su :Terletak lebih kurang dua jari di sisi tulang punggung ke empat. Untuk melancarkan peredaran darah.

Sen Su : Terletak dua jari dari tulang punggung dan belakang buah pinggang. Untuk menambahkan tenaga kepada tubuh badan.

Cung Wan : Terletak empat jari ke atas pusat.

Ta Ci : Terletak tiga jari ke bawah pusat dan ke sisi kiri dan kanan. Untuk melancarkan pencernaan.

San Yin Ciao : Terletak empat jari di atas buku lali sebelah dalam. Untuk menghilangkan rasa sejuk kaki dan meningkatka fungsi organ dalaman.

KAEDAH MEMICIT

  • Titik-titik akupuntur di atas di picit perlahan-lahan. Langkah tersebut diulangi perlahan-lahan hingga rasa sakit berkurangan .Pukul kedua-dua tapak kaki kiri dan kanan dengan tangan secara perlahan-lahan sebanyak 100 kali untuk menurunkan tekanan darah pesakit darah tinggi.
  • Untuk melancarkan peredaran darah, angkat kedua-dua belah tangan dan goyangkan. Cara yang sama dilakukan pada kaki kanan dan kiri satu persatu. Picit bahagian kepala dengan hujung jari terutamanya pada titik Pai Hui. Duduk dengan tenang, gunakan empat jari dan picit bahagian tengah perutsambil menarik nafas dengan perlahan. Ulangi langkah ini sebanyak 3 hingga 5 kali. Selepas itu lakukan picitan pada titik Cung Wan.

KESIMPULAN

Akupuntur merupakan salah satu kaedah perubatan cina paling tua di negara kita. Melalui kaedah ini pelbagai penyakit dapat di ubati. Kaedah urutan yang dijelaskan di dalam tugasan ini adalah secara ringkas supaya pesakit dapat melakukan rawatan akupuntur secara urut refleksi sendiri di rumah. Walaubagaimanapun, bagi pesakit yang menghidapi penyakit yang serius dinasihati supaya berjumpa dengan ahli terapi akupuntur untuk menerima rawatan yang lebih profesional. Setelah beribu tahun melakukan rawatan ini, ahli terapi akupuntur juga telah menemui pelbagai kaedah dan penemuan baru. Salah satu adalah kaedah menggunakan jarum gunakan pada masa kini. Jarum dicucukkan pada titik-titik akupuntur bagi melakukan kaedah ini.

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Related posts

*

*


three + 7 =

 

Top
PROMOSI TERHAD!!! Diskaun 20% utk setiap langganan iklan 3 bulan. SAH sehingga 15/04/14!!
Tempah Sekarang
This site is protected by WP-CopyRightPro