Bahaya Memakai Kasut Bertumit Tinggi

Perempuan mana yang tidak mahu kelihatan anggun dan menawan? Salah satu cara yang biasa digunakan agar kelihatan anggun, seksi dan menawan adalah dengan menggunakan kasut bertumit tinggi (high heels). Tapi sedarkah anda pemakain kasut bertumit tinggi ini sebenarnya membawa banyak elemen negatif untuk kesihatan anda? Sedarkah dengan anda menambah ketebalan/ketinggian tumit kasut, anda juga menambah ketidakstabilan pada kaki.

Menggunakan kasut tumit tinggi akan membuat pinggul miring ke depan dan menambah lengkungan pada tulang belakang. Tulang belakang akan condong ke belakang untuk menyokong keseimbangan dan hal ini dapat menyebabkan pemampatan pada punggung bahagian bawah.

Berikut adalah bahaya menggunakan kasut bertumit tinggi:

1. Ketika menggunakan kasut bertumit tinggi, pinggul miring ke depan, dan menambah kelengkungan pada tulang belakang. Tulang belakang akan bertumpu ke belakang untuk memperbetulkan keseimbangan, dan hal ini dapat menyebabkan pemampatan pada punggung bahagian bawah.

2. Pemakaian kasut bertumit tinggi yang berterusan juga dapat meningkatkan risiko radang pada ibu jari, kerosakan tulang telapak kaki, dan meningkatkan kaki merosot ke bahagian depan kasut kerana beban tubuh tertumpu pada jari-jari kaki.

3. Postur yang dihasilkan ketika berjalan dengan kasut bertumit tinggi, menambah paksaan pada bahagian belakang lutut, kawasan umum dari osteorthritis di antara wanita.

4. Kasut bertumit tinggi mendorong pusat massa pada tubuh ke depan, membuat pinggul dan tulang belakang tidak sejajar lagi. Dari samping tubuh akan terlihat melengkung.

5. Otot betis berkontraksi dan menyusuaikan sudut dari kasut bertumit tinggi, menyebabkan otot menjadi lebih pendek dan tegang.

6. Tinggi tumit kasut dan bahagian depan kasut yang sempit dapat menimbulkan penebalan jaringan saraf antara jari ketiga dan keempat yang dapat menimbulkan rasa sakit dan mati rasa pada jari.

Kesan sakit pada jari kaki boleh menyebabkan radang jari. Jari-jari kaki bakal menjadi bengkok..

7. Kaki akan mudah cedera, terutama bahagian buku lali

8. Otot kaki bahagian bawah tidak akan bekerja secara maksima

9. Peredaran darah tidak lancar dan terhambat di beberapa tempat

10. Otot lebih mudah cedera dan berkumpul pada suatu tempat kerana aliran darah yang tidak lancar

Tulang belakang membengkok untuk menyokong kasut tumit tinggi
Tulang belakang membengkok untuk menyokong kasut tumit tinggi

11. Mengenakan kasut bertumit tinggi membuat badan cenderung condong ke depan, ini menyebabkan perlahan, tapi pasti tulang punggung anda tidak akan tegak dan lurus, namun condong ke depan.

12. Tekanan pada jari-jari kaki lebih besar, sehingga pada umumnya jari kaki akan bengkok, bentuknya tidak lagi alami seperti biasanya.

13. Beberapa peneliti menyebutkan bahwa kasut bertumit tinggi mampu memengaruhi ketidak lancaran sistem urogenital. mereka yang mengenakan kasut bertumit tinggi, sistem pembuangannya tidak lancar, sulit membuang air besar mahupun kecil.

14. Mempengaruhi bentuk tulang dan tubuh.

15. Mempengaruhi kesuburan dan hasrat seksual.

Penggunaan kasut bertumit tinggi walaupun cukup berbahaya, namun tidak dapat dipisahkan dari kehidupan seorang wanita. Maka sebaiknya gunakan kasut bertumit tinggi seperlunya saja, jangan gunakan kasut bertumit tinggi setiap saat. Sebuah penelitian menyatakan bahawa sebaiknya menggunakan kasut bertumit tinggi tidak lebih dari 2-4 jam sehari.

Semakin tinggi tumitnya semakin berbahaya, toleransi tinggi tumit tinggi adalah sampai 1 inci. Tumit lebih dari 1 inci selain tidak selamat dan mampu mencederai kaki, juga dapat mengubah bentuk kaki anda.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*