10 Perkara Yang Perlu Dipatuhi Semasa Menjalani Kuarantin Di rumah (Influenza A – H1N1)

virus h1n1Virus H1N1 – iaitu virus selsema babi nampaknya semakin menular di Malaysia sehinggakan ada jangkitan secara lokal berlaku. Ramai juga yang dikenakan kuarantin akibat daripada merebaknya wabak yang berbahaya ini. Bagi sesiapa yang telahj dikenakan tidakan kuarantin, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan.

1. Anda perlu berada di rumah sepanjang tempoh kuarantin yang ditetapkan (seboleh-bolehnya duduk dalam bilik berasingan dari ahli keluarga yang lain).

2. Anda tidak dibenarkan keluar dari rumah sama ada untuk bertugas, pergi ke sekolah, tuisyen, rumah ibadat, majlis makan, kenduri, membeli-belah dan lain-lain aktiviti atau mana-mana tempat awam.

3. Amalkan kebersihan diri:
Tutup mulut dan hidung dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
Kerap membasuh tangan dengan air dan sabun terutama selepas batuk atau bersin. Basuh tangan selepas menyentuh hidung, mulut dan mata anda.
Elakkan berkongsi peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain. Sebaik-baiknya gunakan tandas yang berasingan.
Pastikan pengudaraan yang baik di dalam rumah
Permukaan objek seperti lantai dan meja yang tercemar oleh cecair hidung atau mulut perlu dibersihkan. Gunakan bahan cucian berasaskan klorin ( misalnya, chlorox – Campurkan 1 bahagian chlorox dengan 49 bahagian air).
4. Jika ada demam, batuk dan mengalami gejala-gejala selesema dan perlu berhubung dengan orang lain, gunakan penutup mulut dan hidung (mask).
5. Kurangkan pertemuan dengan rakan atau saudara mara dan elakkan dari hadir di tempat awam.
6. Pantau suhu badan (demam) dan tanda-tanda jangkitan setiap hari sepanjang tempoh kuarantin.
7. Dapatkan bantuan saudara mara atau rakan bagi memperolehi keperluan harian jika tinggal bersendirian.
8. Catatkan nama, nombor telefon dan alamat saudara mara, rakan atau mereka yang mengunjungi rumah anda.
9. SEGERA hubungi Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan sekiranya mengalami demam atau gejala-gejala lain penyakit.
10. Ikuti perkembangan semasa mengenai penyakit ini dari laman web Kementerian Kesihatan  Malaysia, radio, TV dan akhbar.

PATUHI SEMUA ARAHAN YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK BERKUASA!

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*