Antioksidan dan Kesihatan Anda

Antioksidan seperti Vitamin E atau beta karotena, secara sendirian tidak dapat menghindarkan penyakit jantung, melawan kanser, membasmi penyakit mata atau menghalang penyakit Alzheimer seperti didakwa sesetengah pihak.

 

Anggapan yang mengatakan antioksidan baik untuk kesihatan berpunca dari kajian yang mendapati mereka yang mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan mempunyai kesihatan jangka panjang yang lebih baik. Namun begitu ujian yang menggunakan pemakanan tambahan tunggal memberikan hasil yang sangat mengecewakan.

 

Antioksidan menstabilkan radikal bebas, hasil sampingan proses penjanaan tenaga oleh badan kita, yang membahayakan. Radikal bebas boleh merosakan sel tubuh, membuat kolesterol LDL menjadi lebih teruk dan membuat kacau di merata tempat dalam tubuh kita. Tubuh kita tidak mengeluarkan antioksidan, ia memerlukan pelbagai jenis antioksidan yang terkandung dalam makanan untuk membantunya meneutralkan radikal bebas.

buah-buahan kaya antioksida
Antara buah-buahan kaya antioksida

Para penyelidik antarabangsa telah membuat kajian ke atas lebih dari 1,000 makanan untuk menentukan tahap kandungan antioksidan di dalamnya. Mendahului senarai ialah acaiberi, blueberi, blackberi, walnut, strawberi, cranberi, raspberi, elderberi, bunga cengkih kisar, delima dan anggur merah.

carta makanan yang mengandungi antioksida paling tinggi
Carta makanan yang mengandungi antioksida paling tinggi

Kesemua makanan tadi mengandungi antioksidan dari jenis yang berbeza.

Memilih hanya satu makanan yang kaya dengan antioksidan tidak dapat

membantu anda untuk kekal sihat. Anda perlu memakan beberapa jenis untuk mendapatkan pelbagai jenis antioksidan.

 

Sumber: Harvard Heart Letter/Premium Health News Service/TMS

I


 

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

2 thoughts on “Antioksidan dan Kesihatan Anda

  • 05/09/2011 at 8:15 am
    Permalink

    blog yg menarik..

    perkoongsian ana mengenai madu dan habbatussauda di blog ana..

    banyak perkembangan terkini yg mana kita tak tahu serta wajib tahu..

    janji kesembuhan dalam perintah allah..

    Reply
  • 17/03/2011 at 2:01 pm
    Permalink

    Assalamualaikum…

    Dalam apa jua situasi, kita kena serius dalam menjaga kesihatan. Penting utk kita selalu amalkan cara yg betul supaya hasil yg dicapai tk sia2. Salah satu rawatan bagi mendapat kesihatan adalah dgn membuang atau men-singkirkan kotoran, toksik serta kuman yg tidak diperlukan dlm badan. Boleh rujuk rawatan yg ada di:

    Rawatan Pencegahan kahak, lendir, bisul, nanah dan resdung kronik

    Semoga info di sana berjaya menolong anda melalui hari2 yg bermakna bersama kesihatan yg baik. Tq.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*