Chikungunya – Cara Pencegahan dan Kawalan

chikungunya-transmission-cyclePenyakit Chikungunya adalah penyakit jangkitan virus yang disebarkan oleh gigitan nyamuk Aedes. Gejala utama jangkitan adalah demam panas, rasa sakit yang teruk pada sendi terutamanya sendi kecil dan ruam.

Cara Pencegahan

Satu-satunya cara menghindari penyakit ini adalah membasmi nyamuk pembawa virus iaitu NYAMUK AEDES. Nyamuk ini membiak di dalam takungan yang mengandungi air jernih dan biasanya berada di dalam rumah dan di sekeliling luar rumah.

Cara-Cara Kawalan Di Dalam Rumah

* Basuhlah tempayan dengan memberus sehingga bersih tiap-tiap minggu sebelum mengisi air yang baru.

* Buang air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok hingga bersih.

* Tutup semua bekas simpanan air dengan rapat.

* Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut.

* Masukkan ubat Abate pembunuh jentik-jentik ke dalam kolah air 3 bulan sekali mengikut sukatannya.’

Cara-Cara Kawalan Di Luar Rumah

* Tanam semua benda buruk/bekas yang boleh menakung air hujan seperti botol, tin kosong, plastik-plastik, tayar buruk dan sebagainya

* Bersihkan saluran hujan pada bumbung rumah seminggu sekali.

* Tutup lubang saluran udara (“air vent”) di tangki najis dengan jaring untuk mencegah nyamuk masuk.

Jika anda atau sesiapa dalam keluarga anda menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti demam, pergilah dengan segera ke klinik kesihatan atau hospital yang berhampiran untuk mendapat rawatan.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*