Khasiat Daun Lidah Buaya Untuk Kesihatan
Saya pernah menulis artikel tentang 21 Herba Mempunyai Khasiat Kesihatan dan di antara tumbuhan herba yang mempunyai khasiat kesihatan ialah daun lidah buaya. Ramai mungkin kenali pokok lidah buaya yang biasanya ditanam di dalam di hadapan rumah. Yang pasti daun lidah buaya mempunyai khasiat kesihatan tersendiri kerana ianya antara tumbuhan yang punya kandungan aloe vera tertinggi dalam komposisinya.
Paling baik sekiranya halaman rumah dipenuhi dengan tumbuhan aloe vera. Aloe vera adalah antara jenis herba semulajadi yang paling banyak mempunyai khasiat penyembuhan kepada manusia. Pengamal nutrien, Mike Adams dalam kajiannya berpendapat aloe vera adalah herba yang terbaik dalam beribu-ribu herba yang ditemuinya, manakala bawang putih menduduki tempat kedua. Memang tiada tumbuhan lain yang boleh memberi sebegitu banyak manfaat perubatan seperti aloe vera. Lihatlah apa faedah yang boleh didapati dari sebatang pokok aloe vera;
- menghentikan pertumbuhan tumor
- merendahkan kadar kolesterol
- memperbaiki sel darah
- menambah oksigen di dalam darah
- menghalang penyakit kidney stone dan kesan kafein dari kopi dan teh
- memberi keseimbangan asid/alkali di dalam badan
- menyembuhkan penyakit ulser, sistem penghadaman
- mengurangkan tekanan darah tinggi dengan merawat punca, bukan hanya simtom
- menambah mineral, vitamin, enzim dan nutrien di dalam badan
- mempercepatkan sembuh dari kesan melecur, terbakar
- merawat luka sehingga tidak meninggalkan parut
- menggantikan first aid kit (peti pertolongan cemas), berfungsi sebagai bandage kerana ia bersifat anti-bakteria
- menghentikan kanser colon
- sebagai pelincir salur perkumuhan
- menghilangkan buasir
- meneutralkan gula di dalam darah
- memelihara buah pinggang dari penyakit
- menghalang jangkitan
- memberi keseimbangan elektrolit seperti minuman tenaga
- memelihara muka, kulit dan membaiki sel yang rosak
- menguatkan ketahanan badan (sistem imunisasi)
Pembentukan Jeli Aloe Vera:
Pokok aloe vera memang dijadikan Tuhan untuk memerangkap air dan menyimpannya di dalam “tangki” yang besar yang terdapat pada daunnya yang keras dengan kulit yang tebal. Air yang terkumpul diubah kepada bentuk jeli. Jeli inilah yang memberikan khasiat pengubatan untuk kegunaan manusia. Apabila daunnya dikerat, dalam masa beberapa jam, jeli ini akan bertindak membaluti bahagian yang dikerat dengan sendirinya. Maka bahagian jeli yang terdedah tadi akan terlindung dari serangan bakteria. Begitulah ia bertindak untuk memelihara kulit manusia apabila terluka.
Sehingga kini, hanya satu cara yang terbaik untuk mendapatkan faedah dari jeli aloe vera ini – iaitu menanamnya sendiri. Sudah bertahun saya lakukannya. Apabila ingin mendapatkan, saya akan pergi ke halaman rumah, potong seulas daunnya, siat kulit dan ambil jelinya. Kemudian jeli tersebut dimasukkan ke dalam pengisar, lalu campurkan di dalam air minuman atau air bertapis. Anda akan mendapat faedah yang optimum dari herba semulajadi ini.
Ia mempunyai gred yang lebih tinggi, bebas dari racun serangga dan penuh kepekatan. Cecair aloe vera yang terdapat di pasaran (biasanya dibotolkan) adalah sangat lemah. Sebahagian dicampur dengan pemekat supaya ia kelihatan seperti jeli. Sesetengah pula langsung tidak mengandungi jus aloe vera sedikitpun. Malah ia dijual dengan harga yang sangat mahal. Sesetengah lagi dimasak dengan suhu yang tinggi sehingga memusnahkan nutrien-nutrien berfaedah di dalamnya.
Apa Yang Terkandung Di Dalam Lidah Buaya:
- Air
- 20 mineral
- 12 vitamin
- 18 asid amino
- 200 phytonutrien
- enzim
- triterpen (phytonutrien yang mengurangkan gula dalam darah)
- glyconutrien & glycoprotein
- polisakaraid
- acemann, mannose-6-fosfat polimannan
- fenolik glikosid
- dihidrokomarin
Sumber dipetik drp blog WajahAyu
Filed Under: Kesihatan



















