Peluang Hamil di Usia Melebihi 35 tahun

peluang untuk hamil untuk wanita berumur lebih 35 tahunMemang tidak dapat dipastikan bila jodoh itu datang kerana ianya sememangnya ketentuan Ilahi. Ada yang boleh mendapatkan pasangan hidup seawal usia 20an, bahkan seawal belasan tahun, ada juga di usia 30an bahkan kadang-kadang melampaui batas 40an. Begitu juga calon anak sebagaimana juga jodoh. Banyak pasangan yang baru berkahwin, setelah tempoh perkahwinan memasuki 2 bulan, isteri sudah hamil. Ada pula yang sudah berkahwin lebih dari 1 tahun, 2 tahun atau lebih, tapi belum juga dikurniakan seorang anak. Bahkan ada setengah-setengah pasangan yang berkahwin menjangkaui usia lebih 20 tahun, baru dikurniakan rezeki anak oleh Allah swt. Yang pasti, jalan hidup seseorang tidaklah sama.

Demikian pula bagi pasangan yang menunda kehamilan yang disebabkan oleh pelbagai alasan. Pada saat ingin mempunyai anak, kadang-kadang menemui rintangan. Padahal usia sudah tidak muda lagi. Khusus bagi wanita yang sudah berusia melebihi 35 tahun, peluang untuk hamil sudah semakin berkurang. Terutama buat calon ibu yang hamil pertama kali.

Kesuburan wanita akan terus menurun bersama-sama dengan bertambahnya usia. Demikian pula dengan risiko yang akan dihadapi ketika hamil. Risiko kehamilan seperti terjadinya keguguran, pre-eklampsia, plasenta previa atau diabetes. Peluang untuk melahirkan bayi yang mempunyai kelainan seperti Down ‘s Syndrome juga lebih besar berbanding dengan yang berusia 20 tahun.

Namun jangan bimbang, sudah banyak ibu-ibu yang berusia lebih 35 tahun yang hamil dan melahirkan bayi yang sihat. Selama tubuh sihat, pengambilan makanan yang berkhasiat, pola hidup juga sihat dan cukup rehat, semuanya boleh diatasi. Yang positifnya ialah di usia 35 tahun ke atas, biasanya ibu akan lebih matang dan terkawal emosinya. Jadi bersedialah secara mental untuk hamil dan punya anak. InsyaAllah berjaya!!

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*