BolaStore.com - Jersi Bolasepak Malaysia Original!

Puasa Bagi Pesakit Diabetes

DIABETES Mellitus (DM) adalah penyakit kronik di mana terdapat kadar gula berlebihan di dalam darah yang disebabkan oleh gangguan hormon insulin iaitu hormon yang berperanan mengawal paras gula dalam darah, baik secara kuantiti (insulin berkurangan) atau kualiti (insulin tidakberkesan).

pesakit diabetes berpuasa

Mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Kedua pada 1996, lebih 1.5 juta penduduk negara ini menghidap diabetes. Daripada jumlah itu, kira-kira satu juta terdiri daripadamereka yang beragama Islam yang secara amnya bertanggungjawab untuk berpuasa di bulan Ramadan.

Persoalannya, bolehkah pesakit diabetes berpuasa sedangkan mereka terpaksa begantung kepada ubat-ubatan atau suntikan insulin setiap hari untuk mengawal penyakit?

Pesakit diabetes yang beragama Islam bolehlah mengikuti panduan berikut, yang dipetik daripada persidangan yang menggabungkan pemikiran para ulama Islam dan doktor perubatan moden.

Siapa yang boleh dan tidak boleh berpuasa?

Secara umumnya, pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan dan diabetesnya terkawal serta tidak memerlukan insulin memanglah digalakkan berpuasa.

Walau bagaimanapun, pesakit diabetes yang tidak terkawal paras gulanya dan tidak mengambil ubat-ubatan atausuntikan insulin seperti yang disyorkan oleh doktor mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk berdepan dengan komplikasi jika berpuasa.

Antara pesakit diabetes yang tidak digalakkan berpuasa termasuklah;

· Penyakit diabetesnya tidak stabil. Dibimbangi ia akan mengakibatkan pelbagaikomplikasi seperti dehidrasi (kekurangan air), jangkitan kuman dan koma.

· Mengalami komplikasi diabetes yang serius seperti penyakit jantung koronari dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.

· Kerap mengalami komplikasi diabetik ketoasidosis (lebihcenderung bagi pengidap Diabetes Jenis I dan pesakit yang menggunakan suntikan insulin).

· Kerap mengalami komplikasi hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah).

· Sedang mengalami jangkitankuman.

· Warga tua dan tinggalbersendirian.

· Hamil yang memerlukan suntikan insulin.

· Berusia di bawah 12 tahun.

Pesakit diabetes yang ingin berpuasa mestilah bersahur, menyegerakan berbuka puasa, makan ubat/menyuntik insulin mengikut nasihat doktor, mengawasi penyakit diabetes dankesihatan mereka secara umumnya dan peka dengan tanda-tandahipoglesemia, hiperglisemia (gula berlebihan dalam darah) dan dehidrasi.

Mereka harus segera berbuka apabila mengalami samada hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi. Adalah haram untuk pesakit meneruskan puasa kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan. Jangan sekali-kali mengubah suai dos ubat atau insulin dan waktu ia harus dimakan/disuntik tanpa rujukan doktor.

Mengenal pasti keadaan hipoglisemia, hiperglisemia dandehidrasi






Hipoglisemia

Hiperglisemia

Dehidrasi

Menggigil

Terlalu lemah

Amat lapar

Berpeluh

Pucat

Berdebar-debar

Gelisah
Koma (tidak sedarkan diri)

Kerap buang air kecil

Terlalu dahaga

Sangatletih

Amat dahaga

Kulit dan lidah yang terlalu kering


Fikiran terganggu

 

 

 

Diet - Elakkan makan berlebihan ketika berbuka puasa dan pada waktu malam. Karbohidrat danmakanan berlemak boleh menambahkan berat badan serta menyukarkan kawalan diabetes.

Panduan kepada pesakit diabetes yang dibenarkanberpuasa





Sahur

Berbuka

Sekurang-kurangnya semangkuk

oat/bijirin ATAU 3-4 keping roti ATAU

Nasi dan lauk (lebihkan sayur-sayuran)

Hadkan pengambilan air bergula, kuih-muih manis.

Jika memakan kurma, hadkan kepada dua hingga tiga biji sahaja.

Kurangkanpengambilan nasi dan lebihkan sayur-sayuran.

Senaman – Melakukanaktiviti fizikal yang ringan ketika berpuasa tidak akan mendatangkan kemudaratan. Perubahan terhadap diet dan ubat-ubatan ketika bersahurharus dibuat (mengikut nasihat doktor) bagi mengelakkan hipoglisemia.

Ubat – Dapatkan nasihat doktor tentang pengubahsuaian dos serta waktu pengambilan ubat. Sebagai panduan, dos ubat-ubatan seperti glibenclamide, gliclazide, glipizide, chlorpropamide danAcarbose yang di ambil sebelah pagi pada kebiasaannya di hari tidak berpuasa, ditukar masa pengambilannya ke waktu berbukapuasa.

Dos yang diambil sebelum makan malam sewaktu tidak berpuasa pula perlu diambil sebelum bersahur. Pengurangan dos yang diambil mungkin perlu untuk mengelakkan hipoglisemia.

Ubat seperti repaglinide perlu dimakan pada waktu bersahur dan berbuka puasa. Metformin dan Rosiglitazone secara amnya kurang mengakibatkan hiploglisemia dan selalunya tidak memerlukan perubahan dos.

Insulin – Dos dan waktu insulin disuntik harus diubahsuai mengikut arahan doktor berdasarkan ujian tahap gula dalam darah yang dilakukan pada permulaan puasa seperti berikut:

  1. Tiga kali suntikan insulin: Dua dos insulin yang bertindak segera (short-acting insulin) ketika berbuka dan sebelum bersahur. Ini diikuti dengan satu dos insulin yang bertindak lama (intermediate acting insulin) sebelum tidur.
  2. Dua kali suntikan insulin: Satu dos insulin yang sudah dicampur (premixed insulin) ketika berbuka puasa. Dos yang diperlukan adalah sama seperti dos yang diberikan pada waktu pagi di hari tidak berpuasa. Satu dos insulin yang bertindak segera pula diberi sebelum bersahur .
  3. Pada permulaan bulan puasa, tahap gula dalam darah perlu diuji pada waktu-waktu berikut:

  • Sebelum bersahur
  • Duahingga empat jam sebelum bersahur
  • Sebelum berbuka puasa
  • Duahingga empat jam kemudian

Perkara lain yang perlu diberiperhatian

Pesakit yang memerlukan insulin perlu menjalani ujian ketone di dalam air kencing atau darah, sekiranya tahap gula di dalam darah mereka terlalu tinggi. Langkah ini dapat mengelakkan berlakunya koma diabetik ketoasidosis. Pesakit ini juga mesti segera berbuka puasa.

Awasi berat badan di sepanjang bulan puasa. Pertambahan lebih dua kilogram perlu dimaklumkan kepada doktor. Jika dalam satuhari berat badan didapat berkurangan 3%, pesakit mestilah segera berbuka bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya dehidrasi yang serius.

Banyakkan minum air tetapi elakkan minuman manis. Gantikan air yang hilang ketika membuang air kecil di tengah malam dengan meminum air.

Dengan pengawasan yang baik, ibadah puasa dapat dilaksanakan dengan selamat oleh pesakit diabetes. Pesakit perlu menjaga diet ketika berbuka, bersahur dan mendapatkan nasihat doktor berhubung pengubahsuaian dos dan waktu ubat/insulin harus dimakan/disuntik. Pesakit perlu peka terhadap tanda-tanda hipoglisemiaatau dehidrasi. Sekiranya ia berlaku, pesakit mestilah segera berbuka puasa.

Sumber: Artikel asal disediakan oleh A/Prof Dr Nor Azmi Kamarudin, KlinikDiabetis dan Endokrinologi Hospital UniversitiKebangsaan Malaysia (HUKM) dan diterbitkan untuk pendidikan ehsan oleh Novo Nordisk Pharma (M) Sdn Bhd.

Filed Under: Kesihatan

Tags: , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.

 

Artikel Terkini di PanduanPercuma.info

No thumbnail available

Hayati Erti Sebenar Korban Dalam Islam

June 18th, 2013

Umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Haji / Hari Raya[...]


Fahami Tujuan Perkahwinan Dalam Islam

Fahami Tujuan Perkahwinan Dalam Islam

June 16th, 2013

Pembentukan keluarga itu bermula dengan perkahwinan. Perkahwinan itu mempunyai tujuan dan matlam[...]


Teknik Persembahan atau Presentasi Yang Berkesan

Teknik Persembahan atau Presentasi Yang Berkesan

June 14th, 2013

Teknik persembahan adalah sebahagian daripada ilmu komunikasi. Komunikasi itu sendiri adalah penyamp[...]


Hidup Tanpa Seks

Hidup Tanpa Seks

June 12th, 2013

DIANGGARKAN satu peratus daripada penduduk di dunia terdiri daripada mereka yang hidup tanpa seks da[...]


Mutiara Kata Khalil Gibran – Bhg II

Mutiara Kata Khalil Gibran - Bhg II

June 9th, 2013

Berikut adalah sambungan kepada artikel sebelum ini iaitu koleksi mutiara kata terpilih daripada[...]


This site is protected by WP-CopyRightPro 15 queries in 0.849 seconds.