Penyakit berjangkit H1N1, apakah tindakan kita?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

selsema babiAssalamualaikum buat saudara seagama. Laknat Allah untuk iblis dan pengikutnya.

Dalam beberapa hari yang lepas terdapat permintaan dari rakan dan juga SMS dari pembaca Panduanpercuma.info yang meminta saya menambah info tentang penyakit berjangkit H1N1.  Saya telah menulis dan memetik beberapa arikel flu H1N1 sebelum dan saya rasa ini merupakan petikan yang terakhir yang saya petik daripada blog http://telokbakong.blogspot.com/ . Mungkin ini merupakan tulisan dengan perspektif yang berlainan dengan yang saya paparkan sebelum ini.

Fakta Mengenai H1N1

Apa itu H1N1?

‘H’ bermaksud Hemagglutinin protein

‘N’ bermaksud Neuraminidase protein

Viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evolusi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam ‘host’ yg lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi ‘air born’ dan menjangkit dari manusia kepada manusia.

Jangka hayat virus

Oleh kerana ia adalah virus yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host ( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yang baik….akan ‘bersih’ dari virus tersebut.

Apa yang perlu tahu ?

Sebenarnya telah terdapat outbrake (wabak) di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tetapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu ‘baling batu sembunyi tangan’ lalu tercetus lah outbrake di Mexico.

Virologi virus H1N1 incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 – 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit.

Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS). Pada peringkat awal, ia hanya pada ‘trakea’. Jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat ‘lung collapse’. Ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi.

Siapa yang berisiko

  1. orang yang ada masalah ‘obesiti’ @ gemuk
  2. perempuan yang mengandung
  3. orang yang ada penyakit asma
  4. orang2 yang bermasalah dengan sistem imunisasi (menjalani ‘operation yang besar’, kanak2 yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yang rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
  5. Perokok (tambahan dari Emjay)

* kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan2 di atas

Simptom2

Hari 1 – rasa kurang sihat, tak bermaya

Hari 2 – selsema, batuk dan demam yang kekal ( demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)

Hari 3 – rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas

Hari 4 – sakit dada yang teruk……..jumpa doktor dengan segera…….

Hari 5 dan ke atas – lung collapse @ koma

Langkah2 kawalan

  1. golongan2 yang berisiko, elakkan daripada kesesakan ( kawasan yang padat dengan orang ramai)
  2. menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
  3. elakkan diri jika terdapat ‘orang batuk, bersin dan kurang sihat
  4. jika kurang sihat, elakkan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
  5. jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai ‘mask’ (sekurang2 nya 3 ply mask)
  6. untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.
  7. jika ada tanda2 simptom di atas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
  8. jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk  ’checkup’ kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus. tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubat influenza!!!!!!!!!!.
  9. jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat2 tersebut terlebih awal.
  10. vaksin hanya akan ‘wujud’ seawal2nya pada Oktober dan hanya untuk ‘frontliner’ sahaja dan untuk awam selewat2nya pada 2010.
  11. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di dua makmal sahaja di Malaysia. Ia mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tidak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
  12. tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama2 menghadapi outbreak ini.

Sama2lah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin.

Ini adalah sumber dari taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dari kementerian. kesihatan Malaysia di Pan Pasific KLIA pada 01.08.2009.

~~~~~~~~~~~~~~~~

Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.

Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu. Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak di kalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.

Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 – yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah.

Sehingga 8 Ogos 2009 sudah 16 kes kematian akibat H1N1 di Malaysia.

Hospital swasta tidak menerima H1N1. Maklumlah mereka mementingkan perniagaan. Penyakit risiko tinggi seperti H1N1 adalah lebih merugikan perniagaan mereka. Hanya hospital kerajaan yang menangani penyakit H1N1 ini. Syukur alhamdulillah terima kasih semua kakitangan di hospital Kerajaan.

Ada orang yang mengatakan penyakit H1N1 ini adalah konspirasi pihak-pihak tertentu. Bolehlah membaca artikel-artikel berikut untuk mengetahui cerita tentang konspirasi ini di:

  1. Konspirasi H1N1 sila ke http://ibnuyaacob.com/?p=1099

2.      FLU IS NOT THE BIGGEST DANGER . http://www.davidicke.com/content/view/25191

  1. Canadian Doctor: H1N1 Vaccination a Eugenics Weapon for Mass Extermination di http://www.prisonplanet.com/canadian-doctor-h1n1-vaccination-a-eugenics-weapon-for-mass-extermination.html
  2. Dan banyak lagi artikel di internet.

Marilah kita semua umat Islam menghayati Firman Allah dalam Al Quran berikut yang bermaksud: “Telah nampak kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan oleh perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka supaya mereka kembali (ke jalan yang benar).” (Surah ar-Rum, ayat 41)”

Diantara kerosakan amat jelas kepada daratan dan lautan adalah pencemaran bumi tercinta ini. Satu lagi kerosakan adalah pencemaran daratan dan lautan serta sungai yang diakibatkan penternakan babi. Islam telah melarang semua umat manusia dan bukan setakat orang Islam untuk memakan babi. Apabila larangan ini tidak diendahkan, berlakulah kerosakan kepada daratan dan sungai dan seterusnya laut dan dengan ini melayakkan manusia mendapat balasan sesuai dengan ayat dari surah Ar Rum: 41 di atas.

Di Malaysia dahulu pada tahun 1999 telah banyak manusia mati iaitu seramai 105 orang akibat dari industri penternakan babi di Bukit Pelanduk Negeri Sembilan. Apa yang menjadi lawak ialah antara tauke penternakan babi ini adalah orang besar Melayu yang mengaku Islam!!

Pada tahun 1918 – 1919 pandemik flu babi (swine flu) sepanyol. Lebih dari 50 juta dari seluruh dunia mangsa telah mati akibat flu ini.

Jutaan penduduk Eropah pada tahun 1941 dilaporkan maut akibat wabak penyakit Flu Babi. Saat itu terdapat puluhan juta orang yang meninggal akibat flu babi.

Setiap sesuatu larangan Allah seperti berzina apabila dilakukan, tunggulah penyakit seperti AIDS, Sifilis, Gonorea dsbnya. Inilah hadiah daripada Allah kepada manusia-manusia apabila melanggar laranganNya. Kini seluruh manusia di dunia ketakutan dengan wabak H1N1.

Berhubung dengan penyakit merebak seperti H1N1 ini, marilah kita lihat beberapa hadis berikut:

A. Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada penyakit yang berjangkit, tidak ada larangan atau pantang pada bulan Safar dan tidak ada kecelakaan yang ditandai oleh suara burung malam. Kemudian seorang desa bertanya: Ya Rasulullah! Bagaimana dengan unta yang berada di padang, yang bergerak bebas bersih laksana kijang, kemudian didatangi oleh unta berkudis dan setelah bergaul, maka kesemua unta tersebut berkudis? Rasulullah s.a.w bersabda: Siapakah yang menjangkitkan kudis kepada unta yang pertama?.

Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 4116

B. Sabda Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Tidak boleh menjangkitkan penyakit, dan tidak boleh mengundi nasib, dan tidak boleh mempercayai Hama[ Hama berasal dari satu adat Jahiliyah yang mempercayai ruh seseorang yang mati dibunuh akan keluar dari kuburnya dalam bentuk jelmaan manusia atau burung dan ia akan mencela tuannya yang mati terbunuh itu. Demikian terang Mahmoud Matraji dalam Sahih Muslim yang beliau terjemahkan, jld 3B, ms 465.], dan tidak boleh mempercayai (kecelakaan) bulan Safar, dan larilah kamu dari penyakit Kusta sebagaimana kamu lari dari seekor singa. Sahih: Hadis dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, lafaz di atas dikeluarkan oleh al-Bukhari sahaja secara muallaq, lihat Sahih al-Bukhari – no: 5707

C. Apabila kamu mendengar satu wabak penyakit berjangkit di sesuatu daerah maka janganlah memasuki ia (daerah tersebut). Dan apabila kamu berada dalam daerah yang sedang dilanda wabak penyakit berjangkit maka janganlah kamu keluar darinya. Sahih: Hadis dari ‘Abdurrahman bin ‘Auf dan Sa‘ad radiallahu ‘anhuma, dikeluarkan oleh Ahmad, Abu Uwanah, al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Sahih al-Bukhari – no: 5728 & 5729.

Berikut adalah kupasan saya berdasarkan tiga hadis di atas ini.

  1. Tidak ada penyakit berjangkit sebagaimana hadis A di atas adalah bermaksud Allah telah menetapkan mereka-mereka yang kena jangkitan penyakit tersebut melalui rububiahNya. Ini dijelaskan dalam penghujung hadis A di atas dimana sahabat bertanya tentang unta yang sihat mendapat jangkitan dari seekor unta yang berkudis. Sekiranya setiap penyakit hanya berjangkit melalui jangkitan secara bebas, bagaimanakah kita mampu menjelaskan dari manakah unta pertama mendapat jangkitan kudis tersebut kalau bukan dari Allah??

Saya ingin menceritakan kisah saya membela ayam kampung pada 1983 – 1985. Bermula dengan beberapa anak ayam kampung saya telah membina reban ayam lengkap dengan pagarnya di Sekolah Menengah Sains Raub Pahang. Dalam tempuh yang singkat ayam-ayam kampung saya ini telah membiak menjadi sungguh banyak. Saya amat gembira melihat ayam-ayam saya ini. Satu ketika seorang guru ingin membeli ayam kampung saya ini. Dek kerana sangat sayang dengan ayam kampung ini saya menolak untuk menjual tambahan pula saya sendiri belum berani menjadikan ayam kampung saya ini sebagai lauk saya. Ditakdirkan Allah selepas saya menolak pembelian ayam saya oleh sahabat tersebut, ayam-ayam saya telah diserang wabak penyakit ayam dan hampir keseluruhan ayam-ayam saya mati. Itulah balasan orang yang kedekut untuk menjual ayam.

Persoalan iktibar dari kisah ini ialah siapakah yang mula menjangkitkan penyakit sampar ayam ini kepada ayam pertama yang diserang penyakit sampar ini kalau bukan Allah SWT. Allah ingin mengazab saya dan Dialah yang berhak untuk menentukan bagaimana ayam-ayam saya mati akibat kezaliman saya.

Allahlah yang berhak membalas kepada setiap kejahatan manusia sama ada Allah mematikan melalui lemas dalam air, gempa bumi, kena petir, wabak penyakit dan sebagainya. Setiap kejadian ini adalah hak mutlak Allah SWT. Fahamilah Al Quran Al An’aam: [133]
Dan Tuhanmu Maha Kaya, lagi Melimpah-limpah rahmatNya. Jika Ia kehendaki, nescaya Ia binasakan kamu dan menggantikan sesudah (binasanya) kamu dengan sesiapa yang dikehendakiNya, sebagaimana Ia telah menjadikan kamu dari keturunan kaum yang lain.

  1. Apabila sesuatu wabak penyakit telah berlaku, Islam melalui hadis Rasulullah SAW pula telah memberikan panduan melalui penghujung hadis B dan hadis C. Islam mengajarkan apabila menghalau unta, halaulah unta-unta ini ke kawasan yang rumputnya subur segar bukan sekadar membiarkan unta dan hanya berdoa. Apabila suatu kampung, kawasan, rumah atau sekolah mengalami wabak penyakit tertentu, orang-orang dalam kampung, kawasan, sekolah atau rumah tersebut di larang untuk bergerak memasuki kawasan lain. Ini adalah satu ikhtiar sebab yang diajarkan oleh Islam agar tidak merebakkan penyakit ini ke kawasan lain.

Orang yang sihat juga dilarang untuk memasuki mana-mana kawasan yang sedang menghadapi penyakit berjangkit untuk sebagai ikhtiar sebab bagi mengelakkan penyakit berjangkit ini.

  1. Sebagai orang yang beragama Islam, adalah wajar sekali kita sentiasa redha dengan segala ketentuan takdir Qada’ Qadar dari Allah. Sekarang ini Malaysia adalah bebas dari sebarang penyakit merebak yang merbahaya seperti penyakit taun. Namun Allah SWT amat berkuasa dan pada hari ini Allah boleh menjadikan saya atau anda sebagai orang pertama menghidap penyakit taun merbahaya ini dan seterusnya merebak hingga membunuh ramai umat manusia di Malaysia. Sekiranya kita amat mempercayai konsep “penyakit berjangkit”, siapakah yang menjangkitkan penyakit taun ini kepada orang pertama yang menghidap penyakit taun ini? Itulah Allah dan sesiapa pun tidak dapat menghalang sebarang ketentuannya.

Sewaktu saya baru belajar konsep penyakit / penyakit berjangkit menurut Islam ini, keluarga saya ramai yang menghidap penyakit mata termasuk isteri dan beberapa anak saya. Saya masih belum kena penyakit mata ini. Setelah memahami bahawa penyakit sama ada yang berjangkit atau tidak adalah anugerah mutlak dari Allah SWT kepada hambaNya, saya amat redha dan tidak takut atau runsing sekiranya saya  juga diberikan Allah penyakit mata ini. Saya sebagaimana biasa bercampur dengan anak-anak saya dan terus tidur bersama isteri saya. Alhamdulillah Allah tidak memberikan penyakit ini kepada saya. Itulah Alah yang Maha Besar. Dialah sahaja yang mampu memberikan dan tidak memberikan penyakit kepada setiap hambaNya.

Jikalau kita juga amat mempercayai konsep penyakit berjangkit secara bebas (bukan dibawah kawalan selia Allah SWT) pastinya apabila timbul satu wabak penyakit seperti penyakit mata, tentunya doktorlah orang yang bakal kerap menghidap penyakit mata serta penyakit merebak lain kerana doktor adalah orang yang kerap dikunjungi oleh para pesakit.

Itulah sebabnya apabila berlaku wabak H1N1, tidak semua orang akan dijangkiti penyakit ini lalu mati kerana kesemuanya adalah dalam ketentuan Allah SWT. Jika mengikut konsep penyakit berjangkit secara bebas, apabila seseorang yang dijangkiti H1N1 menaiki bas ekspres bersama penumpang sihat lainnya, pastinya kesemua penumpang tersebut akan turut sama dijangkiti H1N1 namun hakikatnya ialah tidak sampai 10% jangkitan yang sampai kepada penumpang bas ekspress tersebut.

Penyakit selsema biasa pun adalah mudah merebak. Namun atas kekuasaan Allah SWT, orang yang tenang jarang menerima jangkitan dari seorang pesakit selsema ini. Selalunya orang yang ketakutan yang selalu memarahi pesakit selsema agar sentiasa menutup hidung dan mulut apabila bersin agar mengelakkan jangkitan, mereka inilah yang selalunya bakal dijangkiti penyakit selsema ini.

Rasulullah bersabda mafhumnya:

Allah tidak menguji hambaNya yang Mukmin dengan satu musibah, pada dirinya, hartanya atau anaknya, melainkan kerana salah satu dari dua perkara: Mungkin kerana dia memiliki dosa yang tidak dihapus kecuali dengan cara ini, atau mungkin kerana dia berhak mendapatkan darjat di sisi Allah yang tidak dicapai kecuali dengan cara ini.

Dalam riwayat Ahmad disebutkan:

Jika Allah menguji hambaNya yang Muslim dengan suatu musibah pada tubuhnya maka Dia berfirman kepada malaikat ”tulislah baginya pahala kebaikan amal yang dia lakukan”. Jika Allah menyembuhkannya maka dia mencucinya dan membersihkannya. Jika Allah mencabut nyawanya maka Dia mengampuni dosanya dan merahmatinya.

Jadi berbaik sangkalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa musibah yang menimpa manusia merupakan kebaikan bagi manusia. Itu sudah pasti, hanya manusia sahaja yang tidak mengetahuinya. Firman Allah:

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi mu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. Al Baqarah:216.

As Syuura: 30
Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

Rasulullah bersabda mafhumnya:

Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla tidak menurunkan penyakit melainkan Dia juga menurunkan ubatnya yang akan diketahui siapa pun yang mengetahuinya dan tidak diketahui siapa pun yang tidak mengetahuinya. Jika suatu ubat dapat menyembuhkan penyakit maka orang yang sakit akan sembuh dengan seizin Allah.

Itulah sebabnya Nabi SAW berdoa dengan ucapannya “Ya Allah Engkaulah Zat yang menyembuhkan dan tidak ada penyembuhan kecuali penyembuhan dari Mu”. Kita harus faham bahawa yang menyembuhkan adalah Allah bukan doktor atau ubat. Maka hendaklah kita bergantung kepada Allah semata-mata bukan kepada sebab-sebab, yang membuat hati kita bergantung kepada sebab dan akhirnya menimbulkan syirik.

Tidak ada salahnya kita mengambil sebab tetapi dengan syarat agar hati kita tidak bergantung kepada sebab lalu melupakan pembuat sebab iaitu Allah Azza wa Jalla. Maka hendaklah kita bebaskan hati kita semua dari kebergantungan kepada makhluk dan hendaklah hati kita bergantung kepada Allah SWT. Inilah sebab penyembuhan, insya-Allah.

Ada seseorang pernah berkata kepada Nabi SAW “aku adalah orang yang dapat mengubati”. Maka baginda bersabda mafhumnya: “Allahlah yang dapat mengubati. Yang lebih tepatnya, engkau adalah rafiq (pendamping) sedangkan yang mengubati adalah yang menciptakanya”. Janganlah kita mengakui bahawa kita adalah tabib kerana Nabi SAW menegaskan “Engkau adalah Ar Rafiq sedangkan Allah adalah tabib yang menyembuhkan”

Al Quran memantapkan fahaman ini dengan doa Nabi Ibrahim dalam As Syu’ara’:80 “Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkannya”

Allah menegaskan bahawa Allah SWT memberikan penyembuhan kepada sesiapa pun yang mahu mengambil sebab dengan syarat dia harus yakin bahawa ubat itu adalah merupakan sebab, bahawa dalam ubat itu tidak ada kekuatan dalaman untuk menyembuhkan kecuali jika Allah menghendakinya. Sesiapa yang yakin bahawa sebab itu sendiri yang mendatangkan pengaruh maka keyakinan ini salah dan boleh menyebabkan syirik.

Sekian

Wassalam buat saudara seagama. Laknat Allah untuk iblis dan pengikutnya.

Wallahuaqlam

Emjay

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*