15 Freeware 2009 Yang Perlu Ada Dalam Komputer Anda

freewareBila bercakap pasal freeware, mungkin ramai yang beranggapan bahawa freeware adalah perisian percuma kelas ke-2 (second class) atau tidaklah sebaik perisian yang berbayar. Malah ramai juga yang mempunyai tanggapan yang begitu negatif sehingga terpahat dalam minda mereka yang perisian percuma ini adalah perisian yang tidak BERGUNA!! Yang NYATA adalah semua tanggapan mereka ini SALAH belaka.

Tahukah anda dalam banyak-banyak software yang terdapat di dunia ini, sama ada yang berbayar mahu pun yang percuma, ada 15 Freeware yang boleh di kategorikan sebagai YANG TERBAIK di antara TERBAIK dan POPULAR di dunia. Malah ianya digunakan oleh ramai pengguna internet jauh melebihi software komersil yang berbayar. Oleh itu, saya rasa software atau freeware ini PERLU ada dalam setiap computer yang menggunakan OS Windows.

Berikut adalah senarai freeware tersebut (tanpa susunan tertentu):

1 – Mozilla Firefox 3.5http://www.mozilla.com/firefox/

Mozilla Firefox merupakan Browser paling popular di internet sekarang selain Internet Explorer. Saiznya yang kecil dan operasinya yang laju berbanding dengan Internet Explorer serta kebolehannya untuk ditambah fungsi melalui extension dan plugin membuatkan ianya begitu popular seluruh dunia. Firefox juga boleh diubah suai dengan pelbagai tema yang terdapat di internet menyebabkan ramai orang menggemarinya. Bagi sesiapa yang belum mencuba Firefox, saya sarankan anda mencubanya terlebih dahulu sebelum menolaknya bulat-bulat. Anda boleh memuat turun Firefox 3.5 di sini

2 – Foxit PDF Reader v3.0http://www.foxitsoftware.com/

Foxit PDF Reader merupakan perisian untuk membaca fail dokumen berformat PDF (Adobe Acrobat) yang begitu berleluasa di internet sekarang. Ciri-ciri yang slick, bersaiz kecil dan laju membuat ramai pengguna internet memilihnya berbanding PDF reader yang yang lain termasuklah Adobe Reader (pembuat asal format PDF). Anda boleh donwload perisian tersebut di sini.

3 – OpenOffice v3.1http://www.openoffice.org/

OpenOffice.org ialah sebuah setopenoffice perisian produktiviti pejabat seperti Microsoft Office. Ia merupakan perisian sumber terbuka yang ditaja oleh Sun Microsystems. Pada asalnya ia merupakan perisian komersial yang dipanggil StarOffice. OpenOffice.org boleh digunakan dalam pelbagai sistem pengendalian seperti Windows, Linux, Solaris, Mac OS dan FreeBSD. Ia boleh membuka, menyunting dan menyimpan format dokumen Microsoft Office dengan baik terutamanya versi yang terbaru. Hal ini boleh didownload dan digunakan benar-benar percuma untuk tujuan apapun. Anda boleh memuat turun perisian OpenOFfice 3.1 di sini

4 – Mozilla Thunderbird 2.0http://www.mozillamessaging.com/en-US/thunderbird/

Mozilla Thunderbird ialah sebuah pelanggan e-mel dan pelanggan berita bebas, bersumber terbuka, rentas-pelantar yang dibangunkan oleh Yayasan Mozilla. Strategi projek ini adalah mencontohi Mozilla Firefox, sebuah projek yang bertujuan untuk mencipta sebuah pelayar web. Pada 7 Disember 2004, versi 1.0 telah dikeluarkan dan menerima lebih 500,000 muat turun pada tiga hari pertama pengluarannya (dan 1,000,000 di dalam 10 hari). Sehinggan Jun 2008, Thunderbir telah dimuat turun lebih daripada 67 Juta kali sejak keluaran 1.0. Downlaod Thunderbird di sini

5 – CCleanerhttp://www.ccleaner.com/

CCleaner (Crap Cleaner) menghapuskan semua jenis fail yangccleaner tidak terpakai, fail temp, cookies, fail log, fail cache dan fail lainnya dari komputer anda. Ini adalah sesuatu yang semua pengguna komputer harus melakukan secara teratur, bukan hanya untuk membebaskan ruangan pada hard drive tetapi untuk mengoptimakan komputer supaya lebih laju. A hard drive cleaner would be the first thing you would use when you have performance problems or system starts behaving erratically. Membersih, membebaskan ruang dengan mendefrag sesebuah cakera keras (hard disk) merupakan langkah pertama akan anda lakukan sekiranya anda menghadapi masalah sistem komputer yang lembab dan berkelakuan tidak menentu. Di sinilah gunanya CCleaner untuk PC anda.

6 – Macrium Reflect Freehttp://www.macrium.com/reflectfree.asp

Perisian mengklon hard disk untuk tujuan backup dan restore partitionmacrium dalam hard disk sekiranya berlaku kerosakan pada data disebabkan oleh virus dan sebagainya. Backup boleh dilakukan kepada hardisk, storan USB, CDR atau DVDR dan juga NAS (Network Attached Storage ). Anda boleh membuat system boot CD untuk tujuan restore bila berlaku kerosakan. Berfungsi seperti software popular seperti Norton Ghost. Proses restore hanya memerlukan masa yang begitu singkat untuk mengembalikan sistem komputer anda kepada keadaan yang sebelum ianya rosak atau bermasaalah, Ianya jauh lebih baik daripada anda menginstall semula Windows dan aplikasi pada komputer anda.

7 – Orbit Downloaderhttp://www.orbitdownloader.com/

orbit Berfungsi sebagai download manager dan accelerator yang membolehkan anda memuat turun fail daripada internet dengan lebih pantas dan juga anda boleh menyambung semula proses muat turun yang terputus. Anda boleh menggunakannya untuk memuat turun pelbagai format fail seperti video/musik/streaming media dari Myspace, YouTube, Imeem, Pandora, Rapidshare, sokongan RTMP. Muat turun Orbit DL di sini.

8 – Notepad++ http://notepad-plus.sourceforge.net/

Program penyunting fail pelbagai guna untuk txt, html, php. Boleh digunakan untuk menggantikan Notepad dalam Windows. Sila download software di sini .

9 – Recuvahttp://www.recuva.com/recuva

Recuva (diucapkan “recover“) merupakan freeware Windows utiliti untuk memulihkan fail yang telah sengaja dihapuskan daripada komputer anda. Ini termasuklah fail dikosongkan dari Recycle bin serta gambar dan fail lain yang telah dihapuskan oleh kesalahan pengguna dari kad memori kamera digital atau pemain MP3. Bahkan akan mengembalikan fail yang telah dihapuskan oleh crash dan virus! Download Recover di sini .

10 – GIMP 2.70http://www.gimp.org/

GIMP (The GNU Image Manipulation Program) ialah sebuah perisian Gimppenyunting grafik raster yang digunakan untuk memproses grafik digital dan foto. Kegunaan biasa merangkumi untuk mewujudkan grafik dan logo, gambar resizing dan mengeluarkan hasil, mengubah warna, menggabungkan lukisan-lukisan pelbagai, melepaskan imej tidak dikehendaki ciri-ciri, dan penukaran antara imej lain format. Gimp boleh juga diguna pakai membentuk asas format lukisan-lukisan hidup dalam Format GIF. Ia sering digunakan sebagai perisian alternatif kepada Adobe Photoshop, perisian komersial yang paling banyak industri editor bitmap telah digunakan dalam industri grafiks dan desktop publishing; walau bagaimanapun, ia bukanlah dibentuk untuk menjadi klon Photoshop. Muat turun Gimp di sini .

11 – Avast! Antivirus Home Editionhttp://www.avast.com/eng/avast_4_home.html

avastAvast! Antivirus Home Edition merupakan perisian antivirus yang begitu berkesan untuk mengesan dan menghapuskan virus. Ianya antara antivirus terbaik dalam pasaran yang diberikan PERCUMA untuk kegunaan peribadi di rumah. Jika anda menggunakannya di pejabat atau untuk tujuan bisnes, anda perlu mendapatkan versi Profesional secara berbayar. Muat turun avast Antivirus Home Edition di sini .

12 – Audacityhttp://audacity.sourceforge.net/audacity

Audacity adalah perisian sumber terbuka (open source) yang berfungsi sebagai penyunting dan perakam suara dan audio. Format fail yang disokong adalah seperti mp3, wav, asf dsb. Bagi sesiapa yang terlibat dalam rakaman dan penyuntingan suara dan audio, ianya amat sesuai digunakan kerana ciri-cirinya yang advanced tetapi mudah. Anda boleh dapatkannya di sini .

13 – uTorrenthttp://www.utorrent.com/ utorrent

Bagi penggemar-penggemar torrent, uTorrent merupakan klien torrent yang kecil dan pantas. Mudah digunakan seperti kebanyakan klien torrent yang lain. Di sediakan dalam pelbagai bahasa dan juga skin sperti WinAmp. Dapatkan uTorrent di sini .

14 – Hulbee Desktophttp://www.hulbee.com/hulbee_desktop.php

HulbeeDesktop intuitif memungkinkan anda untuk akses ke semuahulbee maklumat dan dokumen anda terletak pada komputer anda. Berdasarkan teknologi Hulbee, kata-kata dengan tema yang berkaitan disajikan dalam bentuk Cloud Data saat melakukan Desktop Search. Dengan cerdas tematis menyambung kandungan anda, HulbeeDesktop dapat meringankan beban kerja anda ketika menguruskan komputer anda dan isinya.

Tetapan daripada folder, yang boleh diubah namanya beberapa kali selama projek, dan dokumen-dokumen yang disimpan secara tidak benar kini menjadi bagian dari masa lalu. HulbeeDesktop menjimatkan masa yang berharga – sehingga anda boleh menumpukan pada hal-hal penting.

15 – CamStudiohttp://camstudio.org/

CamStudio merupakan perisian untukcamstudio merakam semua aktiviti skrin dan audio pada komputer anda dan menyimpannya dalam format piawai industri iaitu fail video AVI. Ia juga memanfaatkan ciri-ciri binadalam iaitu SWF Producer yang boleh menukar format AVI kepada format SWF yang kecil dan bandwidth-friendly untuk tujuan streaming secara online. Menggunakannya anda boleh membuat video untuk tujuan tutorial kepada sesuatu perisian, atau mencipta video bagi tujuan menunjukkan sesuatu pada skrin komputer kepada umum. Anda boleh muat turun CamStudio 2.0 di sini .

Nah! Itulah senarai 15 Freeware yang pada pendapat saya adalah antara yang terbaik di dalam pasaran sekarang – lebih-lebih lagi ianya dapat mengganti perisian komersial yang agak mahal dan mungkin digunakan secara tidak sah.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*