Tips Untuk Format Pendrive kepada NTFS

Sebahagian kita mungkin jarang memperhatikan jenis sistem fail yang digunakan Flashdisk/pendrive kita, apakah ia NTFS, FAT32 atau FAT. Untuk mengetahui fail sistem yang digunakan, klik kanan Flashdisk/pendrive di Windows Explorer dan pilih Properties. Di sana kita akan dapat melihat jenis sistem yang digunakan.

Tetapi ketika kita akan mencuba menformat melalui windows Explorer, mungkin tiada menu NTFS, adanya hanya FAT32 dan FAT. Bagaimana cara menformat NTFS dan apa bezanya dengan FAT32 dan juga FAT ?


Mengapa NTFS ?

NTFS merupakan format fail system Windows terbaru setelah FAT32, dan mempunyai beberapa kelebihan berbanding sistem fail FAT atau pun FAT3 seperti kemampuan menyimpan tambahan maklumat mengenai fail/folder (metadata), ciri-ciri keselamtan, data kompresi, fail struktur yang lebih baik dan sebagainya.

Selain itu, sistem fail NTFS boleh digunakan untuk menformat saiz hard disk pada kapasiti  yang lebih besar, contohnya, untuk FAT ia hanya menyokong saiz partition kepada 2 GB, FAT32 8 TB ( 8,000 GB), sedangkan NTFS boleh sampai 16 EB ( 16 juta TB ). Meskipun demikian, sistem fail NTFS ada juga kekurangannya, seperti ianya tidak boleh dibaca oleh Win9x dan DOS serta proses baca/tulis ke disk yang lebih kerap.

Disebabkan setiap fail/folder dapat menyimpan informasi yang lebih banyak (metadata), maka proses baca/tulis setiap fail/folder akan lebih kerap daripada fail format FAT32 atau FAT, sehingga untuk flashdisk/pendrive, mempengaruhi jangkahayatnya (daya tahan). Memandangkan Flashdisk/pendrive mempunyai batasan baca tulis. ( artikel tentang menjaga flashdisk/pendrive agar lebih tahan lama boleh dibaca disini -> Bagaimana Menjaga Pendrive Anda Daripada Mudah Rosak.

Mengaktifkan format NTFS di Windows Explorer

Untuk menformat USB Flashdisk/pendrive dengan fail format NTFS, anda boleh menggunakan program HP USB Format Tools. Tetapi sebenarnya Windows Explorer boleh melakukannya. Untuk mengaktifkannya boleh diikuti langkah berikut:

  1. Buka System Properties dengan cara Klik kanan My Computer > Properties (atau dengan butang Keyboard Win + Break )
  2. Buka tab Hardware kemudian klik butang Device Manager
  3. Pilih Disk Drive dan pilih Flashdisk/pendrive yang ingin di format dengan NTFS, klik kanan, pilih Properties.
  4. Setelah terbuka pilih Tab Policies
  5. Pilih Optimize for performance dan klik OK

  6. Setelah itu cuba klik kanan Drive flashdisk/pendrive di windows Explorer dan pilih menu Format, maka disana seharusnya sudah muncul Fail System NTFS.

Yang perlu diperhatikan adalah ketika opsyen ini diaktifkan, setiap kali mencabut flashdisk/pendrive harus selalu melalui Safety Remove Hardware. Jika pilihan adalah “Optimize for quick removal” maka sebenarnya flashdisk/pendrive boleh langsung dilepas, tanpa Safety Remove hardware

Uji antara NTFS, FAT32 dan FAT

Saya telah mencuba beberapa perbandingan (terutama proses menyalin data) dengan fail format yang berbeza-beza, dan hasilnya sebagai berikut :

  • Copy 11 fail (ukuran masing-masing sekitar 170 MB) total sekitar 1.8 GB
    NTFS 04:44 ( 4 minit 46 saat )
    FAT32 05:09 ( 5 minit 9 saat)
    FAT 04:46 ( 4 minit 46 saat)
  • Copy 1,297 fails (ukuran antara 1 KB sampai 23 KB) dengan total 8,23 MB
    NTFS 29 saat
    FAT32 56 saat
    FAT 58 saat
  • Kapasiti setelah di Format
    NTFS 2.038.044.672 bytes Used space 12.937.216 bytes (12.3 MB)
    FAT32 2.046.959.616 bytes Used space 4.096 bytes (4.00 KB)
    FAT 2.050.686.976 bytes Used Space 0 bytes

Jika dilihat di sini,  proses copy data dengan NTFS, secara relatif ianya lebih cepat, tetapi saiz ruangan setelah di format akan menjadi lebih kecil kerana ia menggunakan ruangan ekstra untuk menyimpan informasi fail/folder (metadata). Jika flashdisk/pendrive sering digunakan untuk proses baca tulis, memerlukan compatibiliti dengan OS sebelumnya (DOS, Win 9X)  dan tidak begitu memerlukan ciri-ciri NTFS, iaitu seperti keselamatan data, maka memilih fail sistem fail FAT32 adalah lebih baik berbanding NTFS.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

One thought on “Tips Untuk Format Pendrive kepada NTFS

  • 14/09/2011 at 8:37 pm
    Permalink

    usb sy dia kluar ‘device not recognize’ mcm mn mau buat ek?? sume pc dh cucuk, tp msh x leh bc.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*